Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT - Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung @ Hari Raya :)

Baner Peringatan Agar Mengisi Borang Balik Kampung @ PDRM

Lagi berapa hari lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri, maka agenda 'Balik Kampung' adalah yang utama dalam hendak menyambut hari lebaran ini. Tetapi kita kena ingat , sebelum nak balik kampung..langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan sebelum, semasa dan selepas berhari raya. Disini KyRe@tiF nak kongsi serba sedikit tips '5S' sebelum balik kampung:
  1. SERAH borang balik kampung yang boleh didapati di Balai Polis berhampiran dengan mengisi maklumat yang diminta. Ini bertujuan untuk pemantauan pihak PDRM akan kawasan perumahan kita.
  2. SEBAR maklumat nak balik kampung ini kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung, untuk jenguk-jenguk rumah kita dan bagitahu berapa hari kita bercuti.
  3. SERVIC kenderaan anda sebelum balik kampung, semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan semasa memandu kita rasa lebih yakin.
  4. SECURITY tambahan, carilah ikhtiar untuk menggandakan keselamatan kawasan perumahan kita dengan mengupah pengawal keselamatan, memasang pagar dawai, buat kunci/mangga tambahan, pasang CCTV (jika mampu le), pasang Alarm dan lain-lain lagi.
  5. SIDAI pakaian diampaian - konon-konon ada le orang di rumah, tetapi ingat!! jangan menggunakan penyidai pakaian yang jenis beroda, ini kerana ia boleh menutup pandangan gril/pintu anda (ini akan memudahkan 'pencuri' buat kerja di sebalik penyidai berkenaan)
Hati-hati dengan menyidai pakaian di ampaian beroda di luar rumah!
Borang Balik Kampung (Boleh download di www.cops.org.com)
Akhir kata, KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung, Pandu Cermat dan Ingatlah orang yang tersayang!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih atas komen & cadangan anda...