Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 29 Januari 2012

SELAMANYA - Harimau Malaya

Sokong! Sorak! Semangat! Setia! dan Selamanya Harimau Malaya. Mari kita beri sokongan kepada skuad bola sepak kebangsaan kita dalam apa jua cara. Tidak kira lah time mereka menang dan kalah. Dan atas semangat sokongan KyRe@tiF terhadap Harimau Malaya. Maka terhasilah video klip - 2012 Selamanya Harimau Malaya (himpunan gambar, video dan maklumat yang terbaik dalam penghasilan video ini). Terima kasih atas sumber bahan daripada Kelab penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya, Sokernet.com, blog-blog peminat dan seumpamanya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Video ini disertakan dengan lirik agar dapat membakar semangat kita dan diselitkan sekali 'bonus' sorakan/nyanyian penyokong tegar Harimau Malaya iaitu Utras Malaya lagu 'selamanya' di stadium. Semoga Skuad 'Selamanya' di Sanubari,Saksikanlah....
2012-Video Selamanya Harimau Malaya+lirik+Sorakan Ultras Malaya @ Youtube
Disertakan lirik lagu Selamanya Harimau Malaya: Nyanyian oleh Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet :

Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!! 
Hey le le le le le le oohh!!oohh!! 
HARIMAU MALAYA!!! 
Inilah tunah tumpahnya darah ku, 
Negara pasukan biarlah hanya satu, 
Harimau kami berlari laju, 
belang nak tertanggal dari baju.
Harimau kami cekap gelecek, 
Pertahanan lawan tumbang sederet, 
Bila turun padang berumahkan gelanggang, 
Kalau berani mari bersandang.... 
Semua berlari hingga tiada keringat, 
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat, 
Bila atas padang main tak ingat, 
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat.
Pernahkah ada harimau yang jinak?, 
Jawapannya tidak semestinya lincah, 
Penyokong ke stadium beranak pinak, 
Untuk mu MALAYSIA kami sana.... 
Hey,nari kita semangat, 
HITAM KUNING terpahat, 
Mari kita berjuang, 
Tempur berperang di padang.
Sekali lagi, Maju lagi, 
Serang lagi, Gagah berani sebati, 
Tidak genat tenang, 
Dengar sorakan Gemilang, 
Harimau Malaya Pasti Menang!!! 
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!! 
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!! 
Hey le le le le le le oohh!!oohh!! 
HARIMAU MALAYA!!! 

Selanjutnya...

Khamis, 26 Januari 2012

5S - Buku Standard Sistem 5S/QE

Satu lagi bahan ilmiah 5S/QE yang baik hendak dikongsi di sini iaitu Buku Standard Sistem Persekitaran Berkualiti (5S) terbitan MPC yang mengfokuskan kepada keperluan pelaksanaan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti.

Nota : Standard / piawaian Sistem Persekitaran Berkualili yang dibangunkan di Malaysia adalah melalui kerjasama dan kesepakatan jawalankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil industri, pengguna, dan lain-lain agensi yang berkaitan. Standard/piawaian ini juga akan dikaji secara berkala bagi memastikan keberkesanan dan penerimaan industri dan juga pengamal sistem sadia ada mahupun yang baru. Sistem Persekitaran Berkualili merupakan asas kepada kecemerlangan industry dan merupakan sistem yang menyokong kepada slstem-slstem yang lain diantaranya ISO 9000, EMS 14000 dan OSH 18000, Sistem ini juga merupakan tonggak di dalam menjayakan sebarang aktiviti di dalam perlaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TOM).

Antara isi kandungan buku ini adalah :
  1. Skop (Umum dan Penggunaan)
  2. Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti
  3. Perancangan
  4. Realisasi Persekitaran Berkualiti
  5. Pengukuran, Analisis dan Penilaian
  6. Penambahbaikan
Antara Isi Kandungan Buku Ini
Baiklah kepada pengamal-pengamal 5S dan yang ingin memantapkan lagi pelaksanaan Amalan 5S/QE di agensi atau sekadar menambah ilmu 5S anda, bolehlah dapatkan salinan/softcopy buku ini dengan mengisi Borang Maklum Balas di bawah, lagi elok jadilah ahli blog ini (mudah untuk KyRe@tiF menyalurkan apa-apa bahan 5S kepada ahli jika ada info terkini). Ok semoga Sukses Selalu dan Standardkan Semua Supaya Senang dan Sempurna!!



Selanjutnya...

Isnin, 23 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Kepada Sahabat-Sahabat Kaum Cina, KyRe@tIF mengucapkan Gong Xi Fa Cai. Tahun Naga lagi le lebih 'bertenaga'. OK apa yang penting kita hidup aman damai dan yang best cuti panjang..hi3

Selanjutnya...

Khamis, 19 Januari 2012

KREATIF - Olimpik Robot Dunia 2012 @ Kuala Lumpur


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pelajar SMK USJ 4, Lee Kai Cen (tiga dari kanan), Nicholas Goon Choong Ming dan Parvin Suthan (dua dari kiri) pada pra pelancaran Kuala Lumpur World Robot Olympiad (WRO) 2012 dan pelancaran laman web rasmi WRO 2012 di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr. Wee Ka Siong (belakang tengah), Abdul Ghafar Mahmud (kiri) dan Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui (kanan). - BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 18 Jan. - Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik Robot Dunia (WRO) 2012 bertemakan Nurturing 21st Century Skills yang bakal berlangsung pada 9 hingga 12 November depan.
Sebanyak 400 pasukan dari 40 buah negara di seluruh dunia dijangka menyertai kejohanan yang berupaya meningkatkan minat para pelajar terhadap sains dan teknologi, robotik serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Acara tahunan sejak 2004 itu memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemampuan diri dengan menggunakan teknologi secara inovatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menyempurnakan majlis pra pelancaran WRO 2012 dan pelancaran laman web rasmi www.wro2012.org di sini hari ini.

Selanjutnya...

Isnin, 16 Januari 2012

5S - Apa dia KAIZEN?

KAIZE? apakah ia.. kita selalu dengan perkataan ini dalam melaksanakan Amalan 5S/QE.. tetapi tahukah anda secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Kaizen ini. Ok, kali ini KyRe@tiF nak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan perkara ini hasil sumber-sumber tertentu.
Kaizen merupakan perkataan dari Bahasa Jepun yang membawa maksud 'Penambahbaikan Berterusan'. Iaitu dari dua suku kata KAI (Ubah) dan ZEN (Baik). Selalu kita nyatakan dalam 5S kita perlu Kaizen, iaini jangan asik ditakuk lama sahaja. Contoh, bila dah dapat sijil 5S tahun pertama.. selepas itu Amalan 5S nya semakin berkurangan, bila nak masuk pensijilan ke-2 baru semangat kembali (itu pun sebab nak kekalkan sijil sedia ada).. emmm. kalau macam ni le yang kita amalkan..tiada makna kita dengan program persekitaran berkualiti yang kita war-war kan. Ertikata lain, ada penambahbaikan yang berterusan yang kita laksanakan adalan pelaksanaan 5S kita. Jika dulu 'label' tidak seragam, kini dengan idea baru, kos jimat, nampak menarik dll, maka terhasil 'label' yang seragam dan kemas.

Seterusnya dalam kita meningkatkan produktiviti, ada 2 perkara yang selalu ditekankan iaitu KAIZEN dan INOVASI. 2 Perkara ini membawa maksud yang hampir sama, iaitu 'Penambahbaikan', tetapi ia berbeza.. Apakah perbezaannya? :-
  • KAIZEN : Pendekatan secara perlahan. Ianya merupakan pendekatan penambahbaikan berterusan. Pendekatan ini banyak digunapakai di dalam aktiviti 5S.
  • INOVASI : Pendekatan secara mendadak. Merupakan pendekatan yang agak cepat.
Pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunkan cara yang bersesuaian dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan antara KAIZEN dan INOVASI :
Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada kita apa itu Kaizen (yang selalu kita cakap-cakap, tetapi tidak tahu maksudnya). Oklah, Jom tingkatkan produktiviti dengan amalan Kaizen dan Inovasi.. sukses selalu...

Selanjutnya...

Jumaat, 13 Januari 2012

SIHAT - Jom Berhenti Merokok

Jom Berhenti Merokok!! adalah satu kempen dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), Poster yang diterbitkan oleh KKM ini banyak terdapat di Hospital atau Klinik kerajaan dengan tips yang dikenali sebagai "12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok". Jom kita lihat satu persatu apa 12M berkenaan:
  1. MELENGAH-LENGAHKAN - Tunggu 5 minit atau katakan nanti dahulu
  2. MENARIK NAFAS PANJANG - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. MINUM AIR - Minum air masak, elakkan minuman berkafien
  4. MENYIBUKKAN DIRI - Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran untuk melupakan rokok
  5. MENJAUHKAN DIRI - Dari tempat orang merokok
  6. MENGELAKKAN DIRI - Dari suasana atau tempat orang merokok
  7. MENGUNYAH SESUATU - Seperti gula-gula atau buahan, elakkan yang manis
  8. MEMBASUH TANGAN
  9. MANDI DENGAN KERAP
  10. MEREGANGKAN OTOT - Melakukan senaman ringan apabila rasa nak rokok
  11. MEDITASI
  12. MEMOHON DOA - Berdoa agar dikuatkan iman dan  tingkatkan usaha
Sekian Semoga Sihat-Sihat Selalu, Sejahtera Sentiasa!!


Selanjutnya...

Khamis, 12 Januari 2012

5S - Pengiktirafan 5S pada Beras!

Baru-baru ini, KyRe@tiF pergi ke gedung belibelah untuk beli barang-barang keperluan rumah. Masa nak beli beras tu, terpandang le satu logo 5S!.. Belek punya belek, terdapat logo atau pengiktirafan Amalan 5S kepada pihak BERNAS (Padiberas Nasional Berhad), pada kampit beras berkenaan. Dalam pemerhatian, hanya jenama FAIZA sahaja yang menampilkan logo 5S ini di kampit beras syarikatnya. Satu strategik yang berkesan, kerana KyRe@tiF terus beli beras berkenaan kerana ada logo 5S..hahahaha. Lepas ni, syarikat beras yang lain pun digalakkan letak logo 5S lee (sebab ia dibawah BERNAS). Ini bermaksud pelaksanaan Amalan 5S/QE yang diiktiraf adalah salah satu standard menunjukkan kualiti sesebuah organisasi. Mungkin selepas ini, KyRe@tiF nak mencadangkan agar MPC mengeluarkan satu logo 5S MPC yang standard untuk membuktikan pengiktirafan amalan berkenaan seperti logo-logo standard kualiti yang biasa kita lihat seperti pengiktirafan ISO, SIRIM mahupun seperti logo HALAL. Apalagi jom makan beras 5S!!
Logo 5S Bernas bersama logo Halal dan ISO 9001
Beras Faiza Emas bersama logo 5S Bernas
Beras Bunga Raya Faiza bersama logo 5S Bernas
Hasil tinjuaan, didapati BERNAS telah memperolehi pengiktirafan Amalan 5S pada tahun 2002 dan keratan berita berkenaan Anugerah 5S di BERNAS terdapat di Laporan Tahunan BERNAS 2002 (boleh merujuk kepada link berkenaan : http://padiberas.listedcompany.com/misc/ar2002.pdf)


Selanjutnya...

Rabu, 11 Januari 2012

KREATIF - Pertandingan Mencipta Logo Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP, KPKK)


Kepada mereka yang kreatif dan berbakat dalam mencipta logo, meh kita mencuba bakat anda dalam Pertandingan mencipta logo Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Terbuka kepada semua dengan hadiah utama RM5,000.00 untuk dimenangi. Butiran lanjut dan pertanyaan, emelkan ke faudzan@kpkk.gov.my . Tarikh tutup 23 Januari 2012. JPDP merupakan sebuah organisasi baru kerajaan dan butiran/maklumat lanjut berkenaan organisasi ini bolehlah merujuk kepada butiran dibawah. Ok selamat perah otak untuk mencipta logo..sukses!



Selanjutnya...

Sabtu, 7 Januari 2012

Khamis, 5 Januari 2012

SASARAN - Blog Sukses 5S 2012



Selamat tahun baru kepada semua Sahabat-Sahabat Sukses 5S Sekalian. Kita dah masuk tahun baru 2012, tentu ada banyak impian, azam dan sasaran yang kita dah rancang. Cuma tercapai idak, tak tahu le.. yang tahun 2011 dah tercapai ke?.. Takpe lah yang penting setiap insan ada impian dan matlamatnya. Seperti jua KyRe@tiF ada pasang macam-macam azam.. cuma perlu tabah dan tidak putus asa, InsyaAllah apa yang kita sasarkan akan tercapai. Begitu jua dengan blog SUKSES 5S pun ada SASARAN nya pada tahun ini. Walaupun umur blog ini masih baru (10 bulan), KyRe@Tif ada bebarapa sasaran untuk memantapkan blog perkongsian kreativiti dan ilmu 5S/QE ini. Berikut antara Sasaran Sukses 5S:

  1. POSTER 5S KyRe@TiF = Hendak menghasilkan beberapa poster-poster berkaitan 5S/QE untuk dikongsi bersama.
  2. PANDUAN AUDIT 5S MPC 2012 = Panduan atau skima dalam pengauditan 5S yang terkini (draf) oleh MPC bagi tahun 2012.
  3. PRODUK LABEL 5S KyRe@TiF = Penambahan beberapa produk seperli label/simbol/logo berkenaan 5S.
  4. eBook 5S YES!! = Penambahbaikan eBook berkenaan dengan info terkini.
  5. eBook SECURITY = Menghasilkan satu eBook berkenaan Tips-tips Keselamatan, terutama dalam mencegah kecurian di rumah, kaedah pemasangan kunci, dan seumpamanya.
  6. VIDEO 5S = menghasilkan dan berkongsi dengan sahabat-sahabat Sukses 5S beberapa video-video klip / montaj berkenaan 5S.
  7. INFO 5S LUAR = perbanyakkan lagi maklumat-maklumat 5S yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi luar yang dapat dikongsi di blog ini.
Itu sahaja yang terlintas buat masa ini, harap-harap boleh tercapai. Dan semua ini adalah untuk menyemarakkan lagi bidang persekitaran berkualiti QE/5S. Sebenarnya sasaran KyRe@TiF adalah agar blog SUKSES 5S  menjadi pusat sehentian bagi perkongsian, cadangan, maklumat bagi 5S di negara ini... tetapi hendaklah dengan bantuan, maklum balas, sumber dari sahabat-sahabat sekalian.. Ok Semoga Sasaran Sukses 5S tercapai!!

Selanjutnya...

Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

"SELAMAT DATANG 2012"
"SELAMAT TINGGAL 2011"
"KIRIM SALAM 2010"

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...