Sumber : Berita Harian
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Festival Inovasi dan Kreativiti 2012 bertemakan 'UTMost Imagination' yang berlangsung selama empat hari mulai hari ini sehingga Ahad di kampusnya dekat Skudai di sini.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena festival itu yang mampu menarik pengunjung terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk perlumbaan kereta solar, pengesanan sistem pengesanan global (GPS), cabaran graviti, pertandingan membina menara serta mewarna menggunakan tablet.
Selain itu festival berkenaan juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang akan bersama pengunjung pada Jumaat dan Sabtu serta kelas animasi bersama maskot kartun popular, Boboi Boy, setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.