Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 15 Jun 2012

KREATIF - Pertandingan Cipta Bendera Daerah Ledang


Kepada yang sukses dan kreatif!! meh sini fikir dan reka design untuk Bendera Daerah Ledang.. butiran lanjut, klik sini :Cipta Bendera Ledang

Info web : Pentadbiran Tanah Johor:

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang sedang diadakan bermula pada 9 Mei 2012 hingga 01 Ogos 2012 kelolaan Pejabat Tanah Ledang dan Pejabat Daerah Ledang bagi tujuan memberi hebahan kepada orang awam berkaitan dengan Majlis Ulangtahun Pengisytiharan Daerah Ledang Kali ke-4 disamping memberikan orang awam peluang untuk bersama-sama meraikan pengisytiharan tersebut serta dapat menggalakkan budaya reka cipta dikalangan masyarakat.
Reka cipta terbaik akan memenangi hadiah seperti berikut:

Johan RM 5,000.00 beserta Sijil Penghargaan
Naib Johan RM 2,500.00 beserta Sijil Penghargaan
Ketiga RM 1,500.00 beserta Sijil Penghargaan

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan maklumat berkenaan pertandingan tersebut untuk perhatian semua.

Muat turun spesifikasi syarat-syarat pertandingan


Muat turun borang penyertaan


Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Urusetia Reka Cipta Bendera Daerah Ledang (06-978 1008)

Selanjutnya...

Khamis, 14 Jun 2012

5S - Konvensyen 5S - Zon Utara & Pantai Timur 2012

Seperti biasa, dan hampir masuk pertengahan-hujung tahun, maka Konvesyen-Konvesyen 5S anjuran MPC akan kembali mengikut zon masing-masing hingga lah ke kemuncaknya Konvesyen 5S Peringkat Kebangsaan MPC 2012 (dijangka pada 15-17 Oktober @ KLCC). Bagi bulan Julai ini 2 wilayah MPC akan menganjurkan Konvesyen 5S di tarikh dan lokasi seperti berikut :

(klik link berkenaan utk Borang Penyertaan, dan butiran lanjut ) 

Info blog : MPC Wilayah Utara :

MPC Wilayah Utara sekali lagi akan mengadakan Konvensyen ICC & 5S Wilayah Utara . Berikut adalah butiran lanjut program berkenaan:

Tarikh : 18 - 19 Julai 2012
Tempat : Hotel Equatorial Pulau Pinang

Yuran :RM190.00 (Peserta/hari) - tanpa penginapan
RM210.00 (Pemerhati/hari) - tanpa penginapan

Tarikh tutup : 13 Julai 2012

Objektif konvensyen kali ini adalah seperti berikut:
Menggalakkan pemesatan aktiviti ICC & 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan ICC & 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan ICC & 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi pegawai berikut :
En Muhd Adha Abdul Hamid (Konvensyen ICC)Cik Norhasimah Ibrahim (Konvensyen 5S)

Selanjutnya...

Khamis, 7 Jun 2012

KREATIF - Proses Sendiri Sisa Organik Anda

Proses sendiri sisa organik anda - lepas ni sampah/sisa makanan kat rumah tu boleh le simpan..utk buat baja. tapi kena ada mesin khas le..apa2 pun ini adalah idea kraetif dari korea utk pengurusan sisa makanan yg moden dan efektif..

sumber : Akhbar Kosmo - 7 Jun 2012



SELAMA ini, Abdullah Hassan yang bekerja sebagai chef di Kelab Danau Golf, Bangi, Selangor perlu menyimpan sisa makanan sehingga menjangkau dua hari sebelum pihak berwajib datang untuk mengutip sampah tersebut.
Hasilnya, bau yang tidak menyenangkan daripada makanan yang bertindak balas dengan persekitaran mula menusuk hidung. Makhluk perosak seperti semut dan tikus berkeliaran umpama berpesta makanan.
Masalah boleh menjadi lebih parah apabila tiba musim cuti umum atau hari perayaan. Kehadiran ahli kelab yang ramai dan kontraktor mengutip sampah yang bercuti menyumbang masalah tersebut menjadi lebih kritikal.
Namun, itu semua sudah berlalu. Hal ini kerana setiap malam makanan yang dikumpul akan diproses dalam sebuah mesin menjadikan kuantiti sampah menjadi lebih sedikit, manakala bau busuk dan kotor sudah tiada lagi.


Selanjutnya...

Rabu, 6 Jun 2012

5S - Jom Jengok Blog JOM 5S!!

Setelah hampir 15 bulan, blog JOM 5S menyepi.. akhirnya ia menyinar kembali dengan coretan dan input-input yang berfaedah untuk perkongsian bersama. Pengasas blog ini adalah 'sifu' saya yang banyak mengajar dan berkongsi ilmu-ilmu Amalan 5S/QE dan Kualiti. Kami telah hampir 5 tahun bersama 'mengembangkan' perkongsian 5S ini ke serata negara. Melalui blog JOM 5S lah, tercetusnya kelahiran blog SUKSES 5S (setahun kemudian). Banyak kenangan bersama 'sifu' 5S ini. Dan KyRe@TiF rasa lega apabila beliau kembali mencoret di blog.. marilah sama-sama kita beri sokongan dan menyemarakkan lagi 'dunia 5S' ini..
http://yaba-jom5s.blogspot.com/
Dalam awal bulan Jun 2012 sahaja dah ada 5-6 coretan berkenaan 5S antaranya 'Sejarah Kewujudan 5S', 5S-Untuk Kebaikan Sendiri, Antara Kajaian 5S di Malaysia dan banyak lagi.. Jom 5S, Jom Semarakkan ia..

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...