Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 28 Disember 2012

KREATIF : Penjimatan Air Melalui Tangki Tandas

Salah satu kaedah nak jimat air sehingga 30% adalah dengan meletakkan objek seperti botol (yang diisi air/batu), Batu, Simen dan lain-lain ke dalam Tangki Tandas rumah kita untuk mengurangkan pengisian air ke dalam tangki berkenaan.. Bila dah ada objek dalam tangki berkenaan, maka air yang diisi dalam tangki akan kurang dan bila kita 'flush'... penggunaan air adalah sedikit.. (Cuba fikir, kadang-kadang buang air kecil pun kita 'flush'.. tak ke membazir namanye tuuuu..)
Contoh: Botol yang diisi batu, diletakkan dalam Tangki Tandas
Oleh itu, dalam pelaksanaan Amalan 5S, K' rasa kita boleh gunakan kaedah ini di tandas-tandas sekitar agensi/pejabat. Lagi jimat.. so Impkas 5S dalam kaedah Penjimataan Penggunaan Air boleh di war-warkan.. Jom Jimat!!
Tips Lain : Masukkan pewarna / nila dalam Tangki Tandas ini.. untuk menguji jika ada kebocoran air (mudah kesan dengan penggunaan warna). Sebab dalam kes air bocor secara kecil-kecilan kita tidak perasan kebiasaannya...
Sumber Rujukan :
Akhbar Kosmo 19/12/2012 : 15 Cara Melestarikan Alam > Tips 12 : Jimatkan Penggunaan Air Tandas [Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Penggunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus]

JOM JIMAT AIR... K' dah laksanakan projek ini kat rumah.. memang jimat.. berikut langkah/gambar pemasangan botol di dalam tangki air tandas..
Botol Terpakai yang disi batu dan air (utk pemberat)
Kedudukan Botol yang dimasukkan dalam Tangi Air Tandas
Perbezaan paras air dalam tangki Sebelum & Selepas (ditanda)

Selanjutnya...

Isnin, 24 Disember 2012

5S - Khidmat Perunding, Penceramah & Audit 5S

Salam Sukses!! Kepada yang berminat untuk mendapatkan Khidmat Nasihat, Rujukan, Penceramah mahupun Audit Amalan 5S/QE bolehlah menghubungi Mr.Yaba. Beliau merupakan penceramah bebas berkenaan Amalan 5S/QE ini (mempunyai Sijil Iktiraf Amalan 5S MPC). Mempunyai pengalamanan dalam 5S/QE sejak 2004 lagi.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau bolehlah hubungi butiran seperti dibawah untuk maklumat lanjut :
  1. Mr. Yaba  : hp : 019-241 5576 emel : yabamacgdi@gmail.com
  2. Mr. K'       : hp : 016-313 1167 emel : ksukses5s@gmail.com
 Berikut antara gambar siri ceramah/ audit/ semakan dokumentasi/ aktiviti 5S @ Mr.Yaba:
Antara Pengalaman Mr.Yaba @ 5S
Pengalaman  5S  2004 - 2012

Selanjutnya...

Selasa, 18 Disember 2012

SUBHANA'ALLAH - Betik Dalam Betik!


Subhana'Allah - Maha Suci Allah, Yang Maha Pencipta... bergitulah penemuan di Kota Bahru oleh seorang warga emas, En.Mat Lazim bin Ab.Rahman,61 di kebun beliau. Terdapat betik kecil apabila sebijik betik seberat 1 kilogram dibelah dua..
Sumber : MyMetro 14/12/2012

Selanjutnya...

Khamis, 13 Disember 2012

SANTAI - Lawak Ha-ha Menjelang Malaysia vs Thailand 13.12.2012

Berita Lawak edisi TIPU Harian Metro 12.12.2012.. susulan penganjur, menjelang perlawanan Separuh Akhir ke-2 di Thailand (13.12.2012) yang menyediakan padang latihan umpama 'Bendang' (http://malayaharimau.blogspot.com/2012/12/sinar-harimau-diberi-padang-umpama.html) ..hhihi.. Apa apa hal.. Go mengaum Harimau Malaya.. Kau Boleh!!

Idea kreatif yang dibuat oleh mereka yang 'edit' akhbar ini seperti 'asal' amat menghiburkan dan diharap ia tidak disalah guna untuk memaparkan 'Berita Palsu'.. sebagai peminat Harimau Malaya (HM), dan blog SELAMANYA HARIMAU MALAYA telah dikongsi bersama. Semoga HM menang bertemu Thailand malam ini untuk ke final bertemu SINGAPURA..
jom SOKONG, SORAK, SEMANGAT, SETIA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!

KEPUTUSAN:

Separuh Akhir 1 : Malaysia (1) vs Thailand (1)
Separuh Akhir 2 : Thailand (2) vs Malaysia (0)

Agreget : Thailand layak ke Final dengan Agregat 3-1

Final 1 : Singapura (3) vs Thailand (1)
Final 2 : Thailand (1) vs Singapura (0)

Singapura JUARA AFF CUP 2012 - Tahniah Sang Singa!!!

Harimau Malaya,,huhuhuhu..teruskan berjuang dan mengaum lebih kuat di 2013 - kelayakan Piala Asia.. kau boleh!!!

Selanjutnya...

Selasa, 11 Disember 2012

KREATIF - Mari Kasi Pening Kepala.....

Tengok lama-lama, boleh bikin kepala pening!! hahaha. Macam mana le diorg boleh terpikir dari imej berkenaan, ilusi mata kita boleh nampak ia bergerak-gerak...

Selanjutnya...

Ahad, 9 Disember 2012

5S - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor @ Kursus 5S


4-5 Disember 2012 - Gunung Ledang, Johor : Sukses dengan jayanya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) menganjurkan Kursus Motivasi Pengamalan 5S Secara Berterusan di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor. Dengan berlatarbelakangkan dan suasana dingin di kawasan peranginan / air terjun di Gunung Ledang, kursus ini berjaya menaikan semangat jati diri dan motivasi peserta. Seramai hampir 35 peserta yang mewakili daerah/mahkamah syariah masing-masing telah menghadiri kursus yang berobjektif :
  1. Meningkatkan Pemahaman dalam Pengamalan 5S pada Kakitangan JKSNJ
  2. Memupuk Kesedaran Terhadap Kepentingan Pengamalan 5S Secara Berterusan
  3. Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti di Kalangan Warga Kerja JKSNJ
Kursus 2 hari ini telah dirasmikan dan diketuai oleh Y.A.A Tn. Hj. Amir bin Danuri (Ketua Hakim Syarie Johor Darul Ta'zim), manakala taklimat berkenaan motivasi/jatidiri dan Pelaksanaan Amalan 5S telah disampaikan oleh Penceramah 5S iaitu Mr.Yaba.
 

KyRe@TiF juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam taklimat Ok ke Tak Ok 5S dan Tips Audit 5S. Keseluruhan peserta telah menunjukkan semangat,  kesungguhan dan melontarkan banyak idea dalam penambahbaikan 5S di JKSNJ. Sesi pencambahan idea bagi memantapkan pelaksanaan 5S telah dibentangkan oleh wakil kumpulan masing-masing.
Peserta Kursus JKSNJ dan Sesi Taklimat oleh Mr.Yaba

Bahan Kursus : Nota Poket 5S, Fail, Tag, Buku Atur Cara

Sesi Pembentangan, Perbincangan dan Penyampaian Sijil/Cenderahati

JKSNJ telah memperolehi pensijilan 5S MPC pada tahun 2011, dan kini dalam peringkat memperbaharui sijil bagi tahun ke-2. Dijangka pada akhir Disember 2012 ini, Audit Pensijilan 5S MPC akan dilaksanakan dan di harap mereka terus berjaya dan cemerlang. Dan apa yang boleh dibanggakan JKSNJ telah berjaya melaksanakan Pensijilan 5S secara bersama dan serentak dengan Mahkaham Syariah Daerah seperti di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing. Serta JKSNJ juga telah berjaya memperolehi Anugerah Emas di Konvensyen 5S MPC 2012! Tahniah dan semoga terus berjaya dalam semua bidang bagi tahun-tahun mendatang....TQ kepada pihak urus setia atas jemputan dan urusan semasa disana. Semoga Sukses Selalu Sejahtera Sentiasa!

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...