12 Rabiulawal adalah Hari Keputraan Nabi Muhammmad SAW. Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (Khamis), dan tema peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Rabu, 23 Januari 2013
Sabtu, 19 Januari 2013
5S - Promosi 5S @ MP Nilai
Majlis Perbandaran Nilai (MPN), telah mempromosikan 5S dengan menggantung banner 5S nya didepan premis mereka. Dengan motto "5S Asas Kecemelangan Kerja" serta paparan istilah/maksud 5S berkenaan di banner ini akan menarik penduduk di sekitar Nilai, N.Sembilan untuk mengetahui lebih lanjut apa itu 5S. Satu langkah bijak pihak pengurusan 5S MPN akan promosi ini. Semoga ia membuka mata kepada semua akan keberkesanan Amalan 5S/QE ini. Terus Sukses!!
Selanjutnya...
Jumaat, 18 Januari 2013
5S @ Masjid Melaka
Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), atas usaha memperluaskan Amalan Pelaksanaan 5S/QE ke masjid-masjid di Melaka. Seperti yang pernah di ceritakan dalam post 5S @ Masjid dahulu, akhirnya ia telah menjadi kenyataan dan pada 13 Disember 2012 yang lalu, audit 5S oleh MPC telah dibuat ke atas masjid-masjid berkenaan.
Berikut info dan gambar berkenaan yang dikongsi melalui rakan fb Zurul Iman (JAIM) melalui http://www.facebook.com/groups/5SJAIM/
Zurul Iman : Tahniah dan terima kasih kpd semua sempena Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di masjid2 oleh MPC pd 13.12.2012...Secara keseluruhannya, auditor memuji amalan 5s di masjid ug berada pd tahap yg 'cemerlang' dgn markah 90%...sebanyak 43 stiker cemerlang spt berikut:-
1-Masjid Sayyidina Ali (8 stiker)
2- Masjid Al Ghaffar (9 stiker)
3- Masjid Al Alami (12 stiker)
4- Masjid Ar Rasyidin (6 stiker)
5-Masjid Al Azim (7 stiker)
6-Sudut Induk 5S Masjid (1 stiker)
Pencapaian yg amat membanggakan sehingga bjaya mengatasi pencapaian jabatan...Tahniah kepada semua di atas kejayaan ini terutamanya warga kerja masjid..Kejayaan tidak akan dpt tnpa usaha dan kerjasama semua..Moga Allah terus memberikan kejayaan kpd JAIM...
Selanjutnya...
Khamis, 17 Januari 2013
5S - Label Lampu & Kipas @ Masjid
Pelaksanaan Amalan 5S/QE telah banyak digerakkan di Masjid-masjid (Rujuk 5S @ Masjid). Berikut dikongsi bersama salah satu kaedah pemasangan label untuk suis Lampu dan Kipas yang kemas dan berkesan di Masjid UTM, Jalan Semarak, KL. Kebiasaannya di Masjid akan ada banyak lampu dan kipas, dengan kaedah yang berkesan ia dapat mempercepatkan pemasangan 'on' lampu/kipas yang berkenaan sahaja. Seterusnya penjimatan eletrik akan ada. Dengan sistem label 'Nombor' dan 'Warna' serta dengan Peta/Rajah Kedudukan Lampu/Kipas yang jelas amat berkesan bagi tujuan ini.
Selanjutnya...
Selasa, 15 Januari 2013
KREATIF - Krisis Air - Reka Rim Basikal Untuk Angkut Air
Masalah bekalan air terputus di Lembah Kelang, sejak 2-3 minggu lalu amat mendukacitakan. Kesian kat diorang yang takde air.. bayangkan macam mana nak uruskan keperluan harian.. terutamanya urusan nak pergi sekolah, kedai makan terpaksa tutup.. keselesaan tiada amat-amat 'berat'.. kalau takde eletrik masih boleh 'terima' lagi.. kesian dan simpati kepada mereka-mereka ini.. dengar cerita bulan Februari 2013 (Tahun Baru Cina) baru perkara ini 'selesai'.....
Sumber : BHarian 10 Januari 2013 |
Apa-apa pun K' nak kongsi kreativiti mereka yang duduk kat rumah pangsa/flat/rumah tinggi.. nak ambil air ulang alik naik lif atau tangga.. amat membebankan.. Disini lah timbul idea dan kreatif mereka mencipta dan mengguna bahan terpakai untuk buat 'roda' penarik air dari tingkat bawah.. dengan menggunakan rim basikal dan tali, tercipta lah alat untuk mengangkut air dengan tarik air dari bawah rumah..tak payah naik-turun tangga.. mantap!!
Selasa, 1 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)