Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 27 Mac 2013

5S - Koleksi Kertas Pembentangan Konvensyen 5S/QE MPC 2010-2012

 
Berikut Himpunan / Koleksi Kertas Pembentangan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE semasa Konvensyen Kebangsaan 5S/QE anjuran MPC (Perbadanan Produktivti Malaysia) bagi tahun 2010,2011 dan 2012.

Atas permintaan ramai pengiat Amalan 5S/QE yang memohon kertas-kertas pembentangan berkenaan, dan K' terpaksa emel setiap satu kertas pembentangan berkenaan yang kadang-kadang tidak sempat nak beri sepenuh perkhidmatan terbaik dalam perkongsian tersebut.

Apabila permintaan melalui emel, maka kertas pembentangan ini perlu di’kecil’ kan sizenya (format PDF). Berikut proses ‘kecilkan size’ berkenaan, ia akan mengakibatkan keseluruhan imej dalam kertas pembentangan itu menjadi kabur, kualiti rendah dan tidak jelas langsung.

Susulan masalah berkenaanlah, K’ ambil langkah dengan menyusun semula kertas-kertas pembentangan 5S/QE ini yang ada dalam simpanan dari tahun 2010, 2011 dan 2012 (terima kasih juga rakanku Zamiluk Maahin atas perkongsian kertas-kertas ini). Maka terhasil dan terbitlah:

“CAKERA PADAT (DVD) KOLEKSI KERTAS PEMBENTANGAN @ KONVENSYEN KEBANGSAAN 5S/QE ANJURAN MPC BAGI TAHUN 2010, 2011 & 2012”

Nota : Koleksi:

TAHUN 2010 : Hanya 5 kertas pembentangan sahaja (ini kerana pada tahun berkenaan hanya agensi terpilih sahaja yang membuat pembentangan = MPC, JPN, PERODUA, TNB & wakil SINGAPURA);

TAHUN 2011 : Sejumlah 48 agensi yang membuat pembentangan (tetapi hanya 36 kertas pembentangan sahaja yang dapat dipaparkan + Bonus : 1 Kertas Kajian Kes MPC); dan

TAHUN 2012 : Daripada 67 agensi yang membuat persembahan, hanya 34 kertas pembentangan yang dapat dipaparkan (berikutan masalah teknikal / kertas pembentangan tidak dapat papar/tidak diterima urus setia MPC).


http://koleksi5s.blogspot.com/
75 Kertas Pembentangan 5S/QE dihimpunkan dalam DVD ini, daripada 120 agensi (yang bersize 3.4 GB) untuk dibuat rujukan dan panduan dalam pelaksanaan Amalan 5S/QE yang berkesan. Kepada agensi berkenaan yang terlibat dalam Konvensyen Kebangsaan 5S MPC ini, mohon keizinan perkongsian pengalaman dan ilmu ini, dan diharap perkongsian ini dapat menyemarakkan lagi industri 5S di negara kita dan kertas pembentangan anda ini adalah yang terbaik untuk dipaparkan dan akan menjadi panduan dalam pelaksanaan 5S/QE di lain-lain agensi. Terima kasih….

Untuk mendapatkan Salinan DVD ini, bolehlah ke link berkenaan:

http://koleksi5s.blogspot.com/

Semoga Sukses Semuanya & Sejahtera Sentiasa – K’2013

Selanjutnya...

Khamis, 21 Mac 2013

5S - Pensijilan 5S/QE MPC

Di Malaysia, kesedaran mengenai pentingnya elemen 5S dalam persaingan semakin meningkat. Banyak agensi telah berjaya menunjukkan bahawa mereka telah membangunkan satu sistem pentadbiran berlandaskan pelaksanaan 5S dan bilangan organisasi yang mendapat perakuan ini semakin meningkat.
Contoh Sijil-Sijil 5S MPC
Pensijilan 5S/QE (Amalan Persekitaran Berkualiti) yang diperkenalkan oleh MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) bertujuan untuk membangunkan dan mengekalkan budaya produktiviti melalui proses yang berterusan untuk mencapai kecemerlangan. Pencapaian pensijilan merupakan satu deklarasi awam sesebuah agensi/syarikat/organisasi untuk memberikan komitmen bagi meningkatkan budaya kualiti ke peringkat yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Proses Pensijilan 5S MPC
  • Satu pasukan juruaudit akan mengaudit tempat kerja (organisasi) seperti mana yang disyaratkan untuk mendapatkan sijil
  • Sijil akan dianugerahkan oleh MPC kepada organisasi yang telah mengamalkan 5S dengan jayanya
Pendaftaran Pensijilan 5S MPC
Mana-mana organisasi yang ingin mendaftar untuk mendapatkan Sijil 5S/QE, hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh MPC.

Tempoh untuk memperbaharui Sijil ini adalah 1 tahun, dan organisasi berkenaan perlu menghubungi MPC untuk menjalani sesi pengauditan 5S/QE semula untuk tahun berikutnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOTA: Bagi sektor awam (kerajaan), kini ada pilihan untuk memperolehi Pensijilan 5S, antara dari MPC atau dari pihak MAMPU. Ini kerana MAMPU juga telah mengeluarkan Sijil Pelaksanaan Amalan Perskitaran Berkualiti nya yang tersendiri, dan proses untuk memperolehi sijil ini berbeza sedikit dengan MPC. Dan yang 'best'nya, sijil 5S MAMPU ini kuatkuasa selama/tempoh 3 tahun!!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Contoh : Sijil Amalan 5S - MAMPU



Selanjutnya...

Khamis, 7 Mac 2013

KREATIF : Animasi Bola Kampung The Movie

Anmasi Bola Kampung yang selalu ditayang di tv akan menemui penontong di pawagam pada 21 Mac 2013.. jom layan kartun tempatan..
 
 
Foto Kulit
 
PENGARAH Urusan Animasia Studio, Edmund Chan, telah menubuhkan syarikat dan rumah produksi ini sejak tahun 2005.
 
FILEM animasi Bola Kampung menggunakan tenaga kerja sebanyak 100 orang termasuk animator dan penyumbang suara.
 
Aktres Deana Yusof merupakan salah seorang penyumbang suara dalam filem animasi Bola Kampung.
 
Sumber : Kosmo
Mahu setaraf antarabangsa

SELAMA ini penonton televisyen terutamanya kanak-kanak di negara ini sering kali dihiburkan dengan pelbagai program animasi yang menarik dari luar negara.

Siri animasi seperti Mickey Mouse, Tom And Jerry, Doraemon dan Crayon Sin Chan merupakan antara produk animasi luar negara yang begitu digemari kanak-kanak di negara ini.

Bagaimanapun, bidang animasi di Malaysia sebenarnya bermula sekitar era 80-an menerusi siri cerita pendek seperti Sang Kancil Dan Buaya, Sang Kancil Menipu Pak Belang dan Arnab Dan Kura-Kura yang disiarkan di saluran TV Pendidikan terbitan Filem Negara Malaysia.

Menariknya, cerita animasi yang diterbitkan itu bukan sekadar hiburan semata-mata, malah ia turut sarat dengan pelbagai mesej yang berguna kepada kanak-kanak.

Kemudian pada tahun 90-an industri animasi tempatan dilihat semakin berkembang dengan pelbagai siri animasi tempatan yang mula mendapat perhatian penonton seperti Usop Sontorian, Kluang Man dan Anak-Anak Sidek.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...