Syabas di ucapkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.
Semalam, K' ada pergi ke Masjid Al-Akram (Kg.Datuk Keramat,KL) dan terasa amat bangga dan kagum atas usaha MAIWP dan JAWI yang menitik berat KEBERSIHAN di masjid berkenaan terutama di Tandas,Bilik Air dan Tempat Wuduk. Memang semuanya telah dinaiktaraf (berbanding sebelum ini). Aspek-aspek Amalan 5S memang dah ada di masjid ini dan kalau nak dapat Sijil pun dah boleh dah...
- Naiktaraf tempat wuduk dan bilik air
- Promosi untuk menjaga kebersihan bersama (banner)
- Poster di setiap Tempat Wuduk dan Bilik Air
- Senarai Aset (Inventori) Masjid
- Penyelia yang menjaga tempat Wuduk dan Bilik Air
- Sistem Pemberian Gred / Nilai (Cemerlang, Baik, Lemah dll)