Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 30 Ogos 2013

SALAM MERDEKA KE-56

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YAGNG KE-56 PADA 31 OGOS 2013. DENGAN TEMA MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..

Cuma tahun ni punye hari kemerdekaan tidak berapa terasa sangat sebab:

1: Jatuh pada hari SABTU (so tak de cuti Umum)

2: Jatuh time Raya (banyak ornag buat Open House)

3 : Bendera pun banyak yang tidak dikibarkan

Apa-apa pun SAYA BANGGA DENGAN NEGARAKU TERCINTA!!




Selanjutnya...

Jumaat, 2 Ogos 2013

HU HU HU.. JANGAN LE TIME RAYA BARU NAK BALIK KAMPUNG!!

Dah siap-siap nak Balik Kampung ke?.. Selamat le perjalanan ke destinasi masing-masing. Cuma cuba kita fikirkan, jangan le time 'Raya' je, baru nak balik kampung jumpa ibubapa / atuk nenek. Jadikanlah ia kemestian untuk menjengung dan menziarahi mereka sekerap mungkin. Selalulah bertanya khabar.. Jangan menyesal, bila mereka tiada, baruhlah 'teringat'. Hargai mereka sementara mereka masih ada...

Sedikit Cerita Untuk Santapan Bersama:

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke? (Samad..sekadar nama sahaja..bukan nama sebenar)
Samad: Ya mak, ni samad. Kenapa call samad? Samad tengah kerja ni.
Ibu tua: Mak saja telefon.
Samad: Oh.. Ingatkan ada apa tadi. Samad ada kerja sikit ni mak. Nanti samad call balik.

Keesokan Hari
Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Ada apa mak call malam-malam ni?
Ibu tua: Mak saja telefon. Ko kat mana?
Samad: Samad sekarang kat luar ni. Jumpa client dengan kawan-kawan. Nanti samad dah balik rumah, samad call mak balik ye.

Keesokan Hari
Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Sorry mak, semalam balik lambat. Balik terus tertidur. Kenapa mak?
Ibu tua: Mak nak tanya sikit.
Samad: Tanya apa tu?
Ibu tua: Berapa gaji ko sehari nak?
Samad: Emm.. Boleh la mak. Dalam RM100 sehari. Tu pun tak berapa nak cukup kalau duduk kat bandar ni.
Ibu tua: Kalau macam tu, mak ada duit sikit nak kasi ko. Buat belanja ko kat sana.
Samad: La ye ke? Susah-susah je mak. Mak simpan duit tu untuk belanja rumah dah la. Kat sini tau la samad cari duit.
Ibu tua: Kau balik la rumah sehari dua nak. Nanti mak bayar gaji RM200. Mak rindu kat kau nak.
..............................
Apa korang rasa..ada kena batang hidung sendiri tak?..
Apa2 pun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KREATIF @ SUKSES 5S

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...