Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 27 September 2013

Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 (KEKK)



Mari meramai dan memeriahkan lagi acara Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 (KEKK) atau SkillsMalaysia ini bermula 26-29 September 2013 di Maeps Serdang, Selangor. Keterangan lanjut : http://www.skillsmalaysia.gov.my/events/karnival-dan-ekspo-kemahiran-kebangsaan-2013/#
 

Selanjutnya...

Rabu, 25 September 2013

Impak 5S terkini : iPHONE 5S... hahaha

Akhirnya impak 5S yan terbaru dan ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat dunia telah dilancarkan pada 20 September 2013, iaitu : iPhone 5S ..hahahaha

Sumber : Utusan : Peminat iPhone 5S berkampung

Sumber : Hariantekno.com

Kelebihan iPhone 5S yang Tidak Dimiliki Generasi Sebelumnya-Rumor mengenai akan dirilisnya iPhone 5S dalam waktu dekat, semakin santer diperbincangkan. Kabar yang beredar saat ini, Apple disukan tengah mempersiapkan iPHone 5S dengan kemampuan dan fitur yang jauh lebih baik dibanding generasi sebelumnya.

Selanjutnya...

Selasa, 24 September 2013

SENYUM SELASA : Tak Boleh Kawin Dengan....

Sebelum pelbagai spekulasi yang menjelma dalam minda anda, sila baca sesi dialog antara dua orang sahabat yang berbicara mengenai topik perkahwinan...

Samad : Aku nak kawin la Sahak....

Sahak : Dengan budak mana?

Samad : Satu pejabat...

Sahak : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tu!

Samad : Eh, kenapa pula haram? Kau ni dah terikut ajaran sesat ke apa?

Sahak : Aku pun alim juga la...aku pun ada dengar ceramah di masjid.....

Samad : Ok, bagitahu aku..sebab apa sampai jadi haram?

Sahak : Islam suruh kahwin paling ramai 4 orang jer... kalau dah satu pejabat ada 20,30 orang perempuan, itu bukan ke haram namanya....?

Kuang..kuang..kuang....

Selanjutnya...

Khamis, 19 September 2013

KREATIF : 'MOUSE' yang Sebenonye...hahah



Inilah di 'mouse / tetikus' yang sebenar-benarnye.. hahaha Ada berani mahu cuba..!!


Selanjutnya...

Selasa, 17 September 2013

SUKSES : Tanda-Tanda Hidup Kita Tidak Berkat



Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Selanjutnya...

Jumaat, 6 September 2013

TAHNIAH - PENSIJILAN SEMULA 5S JKM MELAKA



Tahniah buat Jabatan Ketua Menteri Melaka atas Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S /QE . Seperti yang sedia maklum negeri Melaka adalah antara negeri yang paling aktif melaksanakan 5S/QE. Boleh dikatakan semua Agensi Kerajaan telah mempunyai sijil, termasuklah semua Masjid, Sekolah dan kawasan-kawasan yang berkenaan. Tahniah dan Sukses kepada pentadbiran negeri Melaka atas semangat dan kecemerlangan memeperbudayakan persekitaran yang berkualiti ini. 'Semoga Sukses Selalu dan Sejahtera Sentiasa'



Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...