Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 28 Januari 2014

KREATIF - Pertandingan Cipta Logo JUBLI PERAK PPZ


Jom serlahkan kreativiti anda dalam Pertandingan Mencipta logo Jubli Perak PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)....

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA JUBLI PERAK – 25 TAHUN PPZ-MAIWP

Penyertaan dalam pertandingan ini adalah PERCUMA.
WAJIB MENGGUNAKAN TEMA : "PPZ PEMACU INOVASI ZAKAT"
Tarikh tutup : 21 Februari 2014

HADIAH PERTANDINGAN
Tempat Pertama - Hadiah plak, sijil penyertaan dan RM1,500
Tempat Kedua - Hadiah plak, sijil penyertaan dan RM1,000
Tempat Ketiga - Hadiah plak, sijil penyertaan dan RM500

Sebarang urusan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi emel :
urusetia@zakat.com.my

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN & KETERANGAN LANJUT : layari
http://www.zakat.com.my/

Selanjutnya...

Khamis, 23 Januari 2014

13 S - Formula Kejayaan

Salam Sukses, berikut dikongsi formula untuk berjaya yang di namakan 13 S :

 
SYUKUR
SABAR
SUCIKAN DIRI
SOLAT
SUJUD
SELAWAT
SEDEKAH
SERAH
SENYUM
SALAM
SILATURRAHIM
SAYANG
SUMBANGAN

Formula 13'S : Untuk Magnet Kekayaan & Kejayaan Dunia Akhira
Sumber :FB #DrAzizanOsman

Selanjutnya...

Isnin, 13 Januari 2014

SALAM MAULIDU RASUL S.A.W 1435H

YA.. ALLAH..
KEMULIAAN MU NAN AGUNG MENYINARI,
SEMULIA RASUL UTUSAN MU, U'LUL'AZMI,
NABI MUHAMMAD, MENCORAK ALAM INI,
DARI JAHILIYYAH, TERPANCAR CAHAYA ILAHI..
ISLAM, KEMBALI MENGUASAI BUMI,
DENGAN IZINMU YA RABBI..
RABBUL IZZATI..
 
Tanggal  12 Rabiul Awal 1435 H, bersamaa 14 Januari 2014 M (Selasa), Salam Maulidur Rasul S.A.W - Hari Keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kita semua umat Islam sentiasa menperingatinya dan selawat ke atas Nabi serta mengikut sunah-sunah beliau. Amin

Selanjutnya...

Jumaat, 10 Januari 2014

KREATIF - Tip Memudahkan Kerja Di Rumah

Berikut dikongsi satu artikel di akhbar KOSMO (30 Disember 2013) berkenaan Tip Memudahkan Kerja di Rumah. Kiranya kreativiti di rumah le ni..

Antara tipnya adalah:
1) Memotong Buah Dengan Sekata
Letakkan buah atau sayur di antara dua penutup bekas plastik. Dan potong /pisau ditengah-tengah. Untuk kerja mudah dan cepat.. Macam tomato, kira air-air buah berkenaan tidak le mengalir ke luar dan buah tu dengan sekali gus terbelah dua..


2) Menyusun Wayar dan Kabel Peralatan Eletrik
Gelungan tisu tandas yang telah habis tisunya digunakan untuk emnyusun wayar-wayar / kabel eletrik.. baru nampak tersusun dan tidak berselirat..

3) Susun Pisau Dapur Lebih Kemas
Gunakan bekas kodong/tin letakkan lidi sate banyak-banyak dan dengan mudah pisau-pisau anda akan diletakkan dengan tersusun dan kemas.. serta nampak cantik..

Jom cuba kreatif @ home ni....

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...