Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 30 Oktober 2014

HARIAN METRO : 5 MINIT SAHAJA

Berikut keratan akhbar Harian Metro (21 Oktober 2014) berkenaan aktiviti dalam pelaksanaan Amalan 5S di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dengan tajuk 5 Minit Saja...
 

5 minit saja

Satu siri 'Kempen 5S' mengisi program perhimpunan bulanan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memupuk kesedaran dan motivasi dalam kalangan anggotanya mengenai amalan Konsep 5S.

Bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, program gotong-royong perdana itu dihadiri lebih 400 kakitangan pelbagai jawatan.

Pelbagai acara diaturkan antaranya, Gimik Pelancaran Kempen Amalan 5S '5 Minit Selepas Waktu Kerja' dan Penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan.

Turut diadakan aktiviti penyampaian kit peralatan gotong-royong, tayangan video LPP dan amalan 5S. Majlis itu disempurnakan Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan. Hadir sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu.

Kempen itu bagi memupuk kesedaran anggota LPP termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk mengamalkan Konsep 5S.

Setiap peserta dikehendaki menjadikan 5S sebagai amalan harian dengan memperuntukkan kira-kira lima minit sebelum pulang membersihkan ruang masing-masing.

Amalan 5S adalah alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima lima lang­kah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan 'S'.

Ia bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun diring­kaskan menjadi 5S.

Perkataan itu diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S adalah budaya memilih cara kerja yang lebih sesuai dan menghasilkan impak yang lebih praktikal melalui persekitaran kerja yang kondusif.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat multinasional.

Kini banyak agensi perkhidmatan awam me­ngamalkan Amalan 5S malah ada yang mendapat pengiktirafan menerusi persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)


Sumber Harian Metro : See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3129?m=1#sthash.zuQeAwh3.dpuf > sab@hmetro.com.my

Selanjutnya...

Selasa, 14 Oktober 2014

KREATIF : Trek atas Bumbung

Trek atas bumbung : Oleh kerana kekurangan tanah untuk buat balapan/trek, maka dengan kreatifnya sebuah sekolah di China, dibuat Trek nya atas bumbung.. 

Kalau nak PJ (Pendidikan Jasmani), kena naik tingkat atas. Kreatif juga idea mcm ni.. Ada berani buat sekolah macam ni?




SEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.

Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail. Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.

Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah. Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini

SUMBER :
Akhbar SINAR HARIAN : 14.10.2014

Selanjutnya...

Rabu, 8 Oktober 2014

KREATIF : Cipta Logo & Slogan KPWKM

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO & SLOGAN KPWKM 2014

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo baru dan slogan Kementeriannya bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Pertandingan ini bertujuan memperkasakan imej korporat, reputasi dan kredibiliti KPWKM dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sejahtera dalam usaha penjenamaan semula Kementerian ini.

Semua warganegara Malaysia yang berbakat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dalam poster dibawah, atau layarai laman web http://www.kpwkm.gov.my/ atau dalam akhbar tempatan (kosmo 5 Oktober 2014)

Selanjutnya...

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA 1435



Salam Aidiladha buat semua umat Islam, pada 10 Zulhijjah 1435 yang jatuh pada Ahad 5 Oktober 2014 ini, marilah kita bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Berikut beberrapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:
(sumber http://shafiqolbu.wordpress.com/)

SEBELUM 10 ZULHIJAH
  • Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah
  • Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha
  • Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran

PAGI 10 ZULHIJAH
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak

Selanjutnya...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bengkel 5S @ Jabatan Penerangan Malaysia, 29 Sept - 1 Okt. 2014

Tahniah kepada Bahagian Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat , Jabatan Penerangan Malaysia atas penganjuran Bengkel 5S/QE yang sukses. Aktiviti 3 hari ini (29 September hingga 1 Oktober) telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks KKMM, Putrajaya atas ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh Mr.Yaba. 

Pelbagai aktiviti dan sesi taklimat telah diberikan oleh penceramah seperti tugasan 5S/Sisih/Susun (individu), Penyelesaian Masalah (Berkumpulan), Persembahan dan Percambahan Idea.

Berikut dikongsi gambar-gambar aktiviti berkenaan:

Sesi taklimat disampaikan oleh Mr.Yaba

Kerja Berpasukan (Penyelesaiaan masalah) - Tulang Ikan

Antara Hasil Tugasan Individu - Pelaksanaan 5S di ruang Individu

Antara Hasil Tugasan Individu - Pelaksanaan 5S di ruang Individu

Persembahan / Perbentangan oleh 4 Kumpulan - Pasuka Persembahan Terbaik (Kumpulan Agent 5)

Penutup - Penyampaian Sijil Penyertaan oleh En. Md.Rizal Redzuan (Bos Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
dan Hadiah Berpasukan berupa sepasu Pokok Buluh Japan oleh Mr.Yaba

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...