Pernahkah anda mengumpul Sampul Duit Raya @ Sampul Angpau?.. memang selalu setiap tahun bermacam-macam design dan warna kita akan lihat time raya ini.. cuma tidak terpikir nak kumpul atau buat koleksi... Tetapi sahabat saya ini, iaitu
En. Nasir telah membuktikannya bahawa ia boleh dijadikan hobi dan ia suatu perkara unik. menarik bukan!
Kalau nak tahu lanjut, berkenaan hobi ini bolehlah melayari facebook Haji Nasir Haji Daud, blog www.hajinasirdaud.blogspot.com dan email
kelabsampulduitraya@yahoo.com
Semoga usaha kreatif beliau ini mendapat sokongan dan mengumpulkan ramai ahli kelab. Sukses selalu...
Sumber Akhbar Sinar Harian:
Kemaruk sampul duit raya
ROSHLAWATY RAIEH
16 Ogos 2012

Mohd Nasir di samping sebahagian koleksi sampul duit raya.

Sebahagian koleksi sampul duit raya milik Mohd Nasir sejak tahun 1986 hingga 2012.

Sampul Malayan Banking Berhad, sampul pertama menjadi kesayangan Mohd Nasir.
Mengumpul sampul duit raya setiap kali lebaran menjelma tidak pernah difikirkan penulis. Namun tidak bagi Mohd Nasir Mohd Daud yang ketika itu berusia 11 tahun. Dia seolah-olah mahu Aidilfitri kunjung tiba secepat yang mungkin.
Bukan kerana tidak sabar untuk menerima duit raya berganda-ganda daripada keluarga sebaliknya apa yang dinanti-nantikan dengan penuh keterujaan adalah sampul duit raya yang pelbagai corak dan reka bentuk.
"Saya kemaruk kumpul sampul duit raya. Tak kisahlah sampul yang macam mana asalkan ia ada imej korporat, saya akan kumpul.
Selanjutnya...