Apa dia 5K ni pulak?..belum selesai lagi 5S dah ada 'K' la pulak. Sebenarnya dalam kita hendak memulakan proses melaksanakan Amalan 5S adalah perlu tahu apa fokus atau matlamat utama dalam merealisasikan kejayaan amalan 5S/QE ini.. sebelum ini apabila kita memperkatakan 5S, apa yang tergambar dalam fikiran kita adalah perkara-perkara 'menghias' seperti label, parking, hias sana sini dan seumpamanya. Kita lebih banyak mencantik dan makeup tempat kerja/opis kita daripada tahu apa yang perlu di fokuskan dalam 5S. Baiklah disini dihuraikan apa fokus pelaksanaan 5S itu adalah 5K..iaitu :
- KEBERSIHAN (itu yang paling utama, bersih, tiada kotoran, sampah, debu dll),
- KESELAMATAN (aspek penting, ciri keselamatan seperti Pelan Kecemasan, wayar, pili bomba, susun atur dll),
- KEKEMASAN (berkenaan susunan, aturan, kemas dan tertib),
- KEMUDAHKESANAN iaitu cepat dalam kita membuat carian, pengesanan dengan sistematik dan SOP yang dinyatkan perlulah jelas / mudah difahami, dan
- KOMUNIKASI iaitu satu interkasi yang berkesan (tidak perlu banyak pertanyaan) seperti Label, SOP, Sudut 5S, Arahan, Logo, Simbol dan sebagainya..
Inilah 5K berkenaan (fokus dalam melaksanakan Amalan 5S) |
Begitulah huraian ringkas bagi 5K..oleh itu kepada yang hendak melaksanakan Amalan 5S tu, jangan lah 'lebih-lebih' membuat hiasan atau kecantikan...utamakan apa yang difokus. Dengan cara ini, matlamat kejayaan 5S/QE yang berkesan akan tercapai. Semoga Sukses Selalu, Semangat Sejahtera..