Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 16 Oktober 2011

5S - Buku Dasar Amalan 5S MBSA

Baru-baru ini KyRe@tiF kemas-kemas le barang-barang lama (sebab kena pindah opis lain), terjumpa lah satu buku Dasar Amalan Sistem 5S MBSA . Bila ingat-ingat balik,tak silap pada tahun 2008, ada buat lawatan 5S ke MBSA, dan salah satu goodies nya adalah buku ini. Pada tahun berkenaan, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang paling mantap melaksanakan amalan 5S ini adalah MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor), ruang kerja yang kemas dan kreativiti pegawai-pegawainya amat tinggi dalam mengekalkan persekitaran berkualiti ini. Harap-harap ia berkekalan sehingga sekarang. 
Buka Dasar Amalan Sisitem 5S MBSA
Berbalik kepada buku rujukan 5S ini, dirakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada MBSA akan penerbitannya, sebab pada masa mula-mula 5S ni nak berkembang di sektor awam, agar sukar hendak dapatkan bahan rujukan 5S. Oleh kerana KyRe@tiF nak berkongsi dengan pengamal-pengamal 5S di negara ini, maka minta izinlah kepada MBSA untuk KyRe@tiF meng'digital' kan buku ini. Kepada yang berminat untuk memperolehi buku ini (dalam format PDF), bolehlah isi borang maklum balas / jadi ahli blog / emelkan ke sukses_5s@yahoo.com. Sekian semoga sukses selalu...
Ini lah rupa setalah buku berkenaan di'digital'kan


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...