Seremban, 20-21 Februari 2013 : Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan (JUPEM N9) telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Auditor 5S/QE selama 2 hari di D'S2 Mall Seremban. Objektif kursus adalah:
- Meningkatkan pemahaman dalam pengamalan 5S/QE secara amnya dan secara khususnya dalam pengauditan 5S/QE
- Memupuk kesedaran terhadap kepentingan Pengamalan 5S/QE secara beterusan
- Meningkat kualiti dan produktiviti juruaudit 5S/QE serta organisasi
- Memupuk semangat kerja berpasukan dan berkongsi pegetahuan dan pengalaman
Para peserta yang terdiri dari 35 orang telah menunjukkan semangat dan pengetahuan dalam bidang pengauditan 5S/QE yang mana hasil dari kursus ini akan diimplikasikan di jabatan mereka.
 |
Taklimat yang disampaikan oleh Mr.Yaba |
 |
Sesi Perbincangan Berkumpulan |
 |
Setiap Kumpulan akan membentangkan hasil 'Kaizen' mereka |
 |
Tekun dalam memberi idea dan cadangan |
Kursus ini melibatkan tenaga Pengajar luar iaitu
En.Yaba dan En.Mumahmad bin Omar (ex-MPC) dengan pada hari pertama menekankan aspek Kretria Pengauditan dan Pelaksanaan Audit 5S/QE. Manakala pada hari kedua adalah sesi berkumpulan dalam mengutarakan idea dan penambahbaikan (kaizen) bagi jabatan.
JUPEM N9 telah melaksanakan amalan 5S/QE sejak tahun 2011, dan diharap jabatan ini terus mantap dan sukses dalam aktivti sedemikian.
Selanjutnya...