Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 5 Oktober 2011

5S - Label @ 5S

Label atau 'tanda nama' adakah kemestian dalam amalan 5S?.. Fikir-fikirkan lah..ini kerana dalam kes ‘Label’ lah yang menjadikan sesuatu organisasi melaksanakan amalan 5S dengan betul, bijak, sesuai, kemas atau menjadi ala-ala tadika!

Sebab..., ada sesetengah amalan yang selalu menjadi ikutan adalah SEMUA BENDA NAK KENA LABEL!!..perkara inilah yang menjadikan orang selalu was-was dengan amalan 5S ni..betul ke macam ni?, takkan semua nak label? banyaknya nak kena label!, dan macam-macam persoalan lagi.

Disini, KyRe@tiF ingin berkongsi..antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum sesuatu LABEL itu dihasilkan adalah:
  1. Bila nak buat Label, pastikan ia bersesuaian dan ia ada fungsi/berguna
  2. Saiz Label itu adalah yang sesuai (tidak terlalu kecil atau terlalu besar!)
  3. Jelas dan senang baca (font / huruf yang mudah baca, penggunaan warna yang sesuai, pemasangan label yang senang untuk dibaca)
  4. Label yang mudah difahami/ringkas/kemas (tidak perlu ayat-ayat yang panjang, atau kurang difahami, bahasa yang kasar dan sebagainya)
# huraian lanjut : dapatkan eBook 5S YES!!

Apa-apa pun, sebelum membuat label, kina ingat apa FOKUS kita dalam melaksanakan Amalan 5S/QE ini.. ingat 5K seperti yang pernah diceritakan dahulu.. (5S - Fokus Utama 5S adalah 5K!).. ok semoga sukses selalu ;)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...