Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 24 Februari 2012

KREATIF - Pertandingan Cipta Logo JAIM

http://jaim.melaka.gov.my/bm/index.htm
Adalah dimaklumkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mempelawa individu yang berminat untuk menyertai pertandingan logo JAIM. Logo yang terpilih akan memenangi hadiah berupa wang tunai RM300.00
Penyertaan boleh terus dihantar ke alamat email berikut :
jaim@melaka.gov.my @ zuraidah@melaka.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi no talian 06-333 3333

Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Mac 2012


Butiran lanjut, sila layari laman web -
http://jaim.melaka.gov.my/bm/index.htm

Ok kepada yang berminat dan nak serlahkan kreativitinya boleh le join. Semoga Sukses!!

Selanjutnya...

Isnin, 20 Februari 2012

5S - Logo Pensijilan 5S MPC

Berikut Logo Standard 5S MPC yang telah KyRe@TiF lukis semula, kepada yang berminat untuk dapatkan softcopy boleh le emel ke sukses_5s@yahoo.com
Setiap agensi atau zone akan mempunyai Logo 5S nya tersendiri, seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini di post : 5S - Keperluan Logo . Cuma KyRe@TiF nak cadangkan disini kepada semua pengamal-pengamal 5S/QE kita gunakan 1 logo yang seragam (seperti rajah: Logo 5S MPC) apabila kita/ agensi telah memperolehi Pensijilan 5S dari MPC.
 
Dengan cara atau kaedah ini, apabila kita terpandang logo 5S ini, maka kita dah tahu kawasan ini telah diiktiraf oleh MPC sebagai lulus dan disyorkan Pensijilan 5S!! Amacam setujuk tak? Logo Standard 5S MCP ini kita boleh letak di Web, Kaki Surat Rasmi, Bangunan dan sebagainya. Seperti yang kita amalkan bila dapat pengiktirafan ISO, SIRIM, Halal dan sebagainya. Untuk membuktikan ia 'sah' kita letak Nombor Sijil dibawah logo berkenaan.. Baru le seragam...
 
Mungkin MPC boleh pertimbangkan cadangan ini.. Seragamkan Semua Supaya Senang & Sempurna!!!

Nota: CONTOH jika Logo 5S MPC diletakkan sebagai 'pengiktirafan' kualiti di agensi:
Hanya CONTOH sahaja


Selanjutnya...

Sabtu, 18 Februari 2012

SELAMANYA HARIMAU MALAYA - Blog Terbaru KyRe@TiF



http://malayaharimau.blogspot.com/

Blog terbaru dari KyRe@TiF setelah setahun blog SUKSES 5S di terbitkan (11.02.2011) adalah blog SELAMANYA HARIMAU MALAYA, boleh dilayari di alamat berikut  http://malayaharimau.blogspot.com/

Blog ini diwujudkan atas minat terhadap skuad bola sepak negara kita dan sokongan terhadap Harimau Malaya ni. Berita-berita, gambar, info terkini HM akan dikongsi diblog ini. Jom join dan beri sokongan.

Selanjutnya...

Jumaat, 17 Februari 2012

5S - JAIM Terus Sukses!!


Tahniah sekali lagi kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas berterusan kejayaan Pensijilan Semula Amalan 5S/QE MPC pada Januari 2012 yang lalu. Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mencapai pensijilan yang berikutnya ini. En.Shahrir selaku JK Promosi 5S di JAIM telah berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian akan pelaksanaan yang dibuat terutamanya perananan Jawatankuasa Promosi dalam bersama-sama menyemarakkan lagi semangat warga JAIM untuk 'Sentiasa Amal' mereka.

Antara Pelaksanaan JK Promosi JAIM adalah :
  1. Kempen Amalkan 15 minit Sebelum dan Selepas
  2. Poster Kempen Sukses 5S
  3. Mengwujudkan Akaun Facebook "Sistem 5S JAIM"
  4. Poster Jom Jimat!

*Nota: Sementara itu, semasa KyRe@TiF buat carian 5S JAIM, rupa-rupanya berita mengenai JAIM melaksanakan Amalan 5S ini telah mendapat liputan Akhbar Berita Harian pada bulan Ogos 2010: Berikut sedutan berita berkenaan: 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Melaka & Negeri Sembilan: JAIM lancar program 5S

2010/08/04
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited mewujudkan persekitaran berkualiti di tempat kerja dengan melancarkan program 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal untuk semua kakitangannya. 
Pengarah JAIM, Sulaiman Harmain Shah berkata, langkah itu bertujuan memperoleh suasana kerja yang ceria dan harmoni, selain bagi menjamin kualiti perkhidmatan terbaik dan pemangkin kepada peningkatan produktiviti pekerja.
Selain itu, katanya, ia juga untuk memastikan setiap kos dapat dijimatkan sekali gus mengelakkan pembaziran serta mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
“Amalan 5S ini adalah langkah yang tepat diambil selepas JAIM memperoleh sijil ISO9000. Kini kita menyasarkan untuk memperoleh sijil berkenaan daripada Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) dalam tempoh enam bulan ini. 
“Saya percaya perkara ini mudah dilakukan, tetapi susah untuk diamalkan. Oleh itu, bermula dengan pelancaran ini, saya berharap ia akan menjadi kayu pengukur kepada semua kakitangan bagi menguruskan persekitaran di tempat kerja masing-masing,” katanya pada majlis berkenaan di Auditorium Masjid Al-Azim, dekat sini. 
Sempena majlis itu, taklimat mengenai amalan 5S turut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Latihan MPC, Mustafa Sufaat. Ia dihadiri kira-kira 500 kakitangan, guru sekolah rendah agama dan guru tadika di bawah kelolaan JAIM. 
Sulaiman berkata, budaya dan amalan 5S itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua agensi di bawah jabatan itu supaya semuanya akan memperoleh sijil daripada MPC

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...