Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 13 Julai 2011

5S - Keperluan Logo 5S



Apa tujuan kita wujudkan LOGO 5S?, perlu ke?.. Adakah wajib setiap agensi ada logo 5S nye tersendiri..? Adakah setiap Zon pun perlu ada logo jugak?.. Pada pandangan KyRe@tiF, menghasilkan, mewujudkan, mencipta, mereka (design) logo adalah salah satu 'lambang' untuk melahirkan satu identiti bagi 'kumpulan' yang melaksanakan amalan 5S berkenaan. Dengan identiti berkenaan, kita merasakan berada dalam satu pasukan yang mantap dan mewujudkan perasaan bangga akan kumpulan yang telah melaksanakan amalan yang baik ini. Tidak kira lah satu logo untuk keseluruhan agensi atau setiap zon ada logonya tersendiri.. Bila dibuat carian berkenaan logo 5S, akan banyak design-design logo yang menarik dan pelbagai warna ditemui. Cuma, apabila KyRe@tiF perhatikan..banyak logo-logo 5S ini memilih konsep atau bentuk 'bulat'..mungkin bulat ini membawa banyak maksud seperti Sepakat, Berkerjasama, Sentiasa Amal, Muafakat, Bersatu dan lain-lain. Jom kita tengok-tengok logo yang dihasilkan oleh pelbagai agensi pengamal 5S di negara kita ini.. (mungkin ada salah satu logo ini di agensi anda, mohon maaf, sekadar berkongsi)

Antara Logo 5S menggunakan bentuk 'bulat'

Rekabentuk logo 'bersegi'..menarik dan nampak kemas

Antara logo yang mempunyai bentuk tersendiri.. kraeatif
Lagi contoh logo 5S di negara ini
Pilihan logo semasa Pertandingan Logo 5S @ ICU
Logo 5S JPN
Bergitulah antara logo-logo yang terhasil dari kreativiti-kretiviti semua pelaksan Amalan 5S/QE ini.. dengan 5S semua kreativiti akan terhasil. Dalam banyak-banyak logo 5S yang KyRe@tiF temui..ada satu logo 5S yang menjadi pilihan iaitu dari  (JPN) Jabatan Perndaftaran Negara, Ibu Pejabat, Putrajaya - (seperti di rajah) ia adalah satu logo yang lain-dari yang lain, ringkas, kemas, pilihan warna yang sedikit dan mempunyai identiti tersendiri.. so kepada anda yang ingin berkongsi keunikan logo 5S ditempat anda, boleh le kita kongsi di blog Sukses 5S ini.. 

Cadangan untuk SERAGAMkan LOGO PENSIJILAN 5S MPC rujuk post berkenaan. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...