Salah satu 'fokus' dalam pelaksanaan Amalan 5S/QE adalah 'KOMUNIKASI'. Ia telah diperkatakan dalam post 'Fokus 5S = 5K' yang terdahulu. Komunikasi dalam 5S adalah 'perhubungan' yang lancar, berkesan dan mudah difahami. Ia interaksi antara pengguna/ orang terhadap arahan yang diberi melalui Label, Simbol, SOP, Tatacara, Logo, Sudut 5S dan seumpamanya. Sebagai contoh Sudut 5S yang lengkap akan memudahkan interkasi antara pengguna (tidak kira orang dalaman / luaran) hanya dengan membaca bahan/maklumat yang disediakan. Bergitu juga dengan Label, ia akan berkesan jika penghasilan label berkenaan adalah menarik, kemas, mudah difahami dan ringkas (seperti di post "Label @ 5S"). Hendak tahu 'Komunikasi' itu berkesan atau tidak adalah "bila tiada orang yang berTANYA kembali apa yang kita 'label'!!" ... Sebagai contoh lagi, kita membuat Tatacara Penggunaan Alat/Mesin (SOP), jika pengguna baru yang menggunakan peralatan itu buat pertama kali dengan membaca SOP yang kita sediakan tanpa bertanya kembali kepada kita.. maka konsep Komunikasi 5S kita berkesan dan berjaya. Oleh itu mantapkan lah aspek komunikasi @ 5S kita dengan lebih baik agar fokus amalan 5S kita sukses!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan