Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 5 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah bersamaan tanggal 12 Rabiulawal (5 Februari 2012), dimana tahun ini diperingkat kebangsaan ia bertemakan Persefahaman AsasPerpaduan Ummah. Maulidur yang membawa maksud 'Kelahiran' yang disambut setiap tahun bagi mengenangkan dan menghayati perjuangan nabi yang kita sanjung. Pelbagai aktiviti yang bermanafaat dan ilmiah sempena sambutan hari yang mulia ini, dimana bagi peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:

  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
  • Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
  • Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
  • Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Ceramah agama
  • Upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M

Maklumat lanjut aturcara sambutan boleh dirujuk di laman Islam.gov.my

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...