Sekarang ni semua tempat nak buat 5S, kalau dahulu hanya kilang-kilang sahaja, diikuti sektor swasta. Kini rancak pelaksanaannya di Sektor Awam pula. Sekolah pun dah 5S (5S @ School) , kini Hospital dan Klinik pun turut sama mengikuti amalan yang sistematik ini. Selalu kalau kita pergi ke Klinik/Hospital kita akan ternampak Amalan 10'S mereka. Tetapi ia bukan termasuk pelaksanaan Amalan 5S/QE, sebaliknya adalah nilai / budaya kerja yang diterapkan iaitu Selidik, Selia, Senyum, Sopan, Salam, Sentuh, Segak, Sensitif, Semangat & Segera.
Tetapi kita akan perasan jugak banyak sudah klinik-klinik / hospital telah melaksanakan Amalan 5S/QE (Persekitaran Berkualiti) ini. Walaupun kita tahu mereka yang bertugas di sini amat sibuk (Jururawat dan Doktor) kerana setiap masa perlu berhadapan dengan pesakit/pelanggan, tetapi kita patut bangga akan kesanggupan mereka melaksanakan Amalan 5S ini. Antara klinik kesihatan yang KyRe@tiF perasan telah melaksanakan Amalan 5S adalah Klinik Putrajaya, Hospital Serdang, Klinik Bandar Seri Putra, Bangi dan banyak lagi. (Sesiapa ada info 5S @ Klinik, boleh kongsi bersama)
Berikut dikongsi beberapa gambar yang sempat dirakam di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra (BSP), Bangi, Kajang, Selangor akan pelaksanaan Amalan 5S nya dan kerana asas pelaksanaan amalan tersebut, klinik ini telah menerima Surat Penghargaan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan perkhidmatan cemerlang yang diberikan.. Tahniah!!
|
Klinik BSP, Bangi di luar , Kaunter Pendaftaran dan Farmasi |
|
Pelaksanaan Label-label yang berkesan di Kaunter Farmasi |
|
Kaedah Penilaian Perkhidmatan, Tangga yang dihiasi dan Sudut Info Kesihatan |
|
Surat Penghargaan dari KSU KKM atas Perkhidmatan Cemerlang Klinik BSP |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan