Jom ramai-ramai semarakkan Seminar Melahirkan Budaya Inovasi di Perkhidmatan Awam 2014 di Persada Johor pada 20 April 2014, Ahad..
Butiran lanjut : https://www.facebook.com/inovasi.johor
Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Isnin, 31 Mac 2014
Seminar Melahirkan Budaya Inovasi di Perkhidmatan Awam 2014
Khamis, 27 Mac 2014
Taklimat 8S @ UM Siri 1/2014
Taklimat Amalan 8S : SALAM> SAYANG> SEGAK> SEGERA> SEMPURNA> SENSETIF> SENYUM> SOPAN
17-18 Mac 2014, Wisma R&D Universiti Malaya, Kuala Lumpur : Taklimat 8S diteruskan lagi bagi tahun 2014 dengan siri pertama 1/2014 telah diadakan pada pertengahan bulan Mac yang lalu.
Pada kali ini penyertaan dari warga UM amat menggalakkan dan hampir 60 peserta telah berjaya menghadiri taklimat dua hari ini. Sebanyak 6 kumpulan telah dibentuk dengan menamakan kumpulan mereka kumpulan SENSASI, SUKSES, SENANG2 JE, SYOK SENDIRI, SEMPOI dan SELMBER JER.. . Mereka telah menyempurnakan tugasan Amalan 5S @ Home dan Amalan 5S @ Wisma R&D UM dengan baik dan dibentangkan dengan style masing-masing.
Pada kali ini penyertaan dari warga UM amat menggalakkan dan hampir 60 peserta telah berjaya menghadiri taklimat dua hari ini. Sebanyak 6 kumpulan telah dibentuk dengan menamakan kumpulan mereka kumpulan SENSASI, SUKSES, SENANG2 JE, SYOK SENDIRI, SEMPOI dan SELMBER JER.. . Mereka telah menyempurnakan tugasan Amalan 5S @ Home dan Amalan 5S @ Wisma R&D UM dengan baik dan dibentangkan dengan style masing-masing.
![]() |
Pembentangan Kumpulan SELAMBER JE... |
Game ' SALAM' yang menceriakan |
![]() |
Aktiviti kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi (Kump. SENSASI) |
Kumpulan SUKSES membentangkan Amalan 8S @ Wisma RnD |
Pelbagai jenis SALAM muncul... |
Warga UM yang terdiri daripada staff/kakitangan yang berlainan latar belakang bidang memberi maklum balas positif akan taklimat ini , dan aktivit berkumpulan / perbentangan berjalan dengan sukses nya. Semoga ilmu yang di sampaikan oleh tenaga pengajar Encik Yacob Abas akan dipratikakan di tempat tugas masing-masing..
Selanjutnya...
Selasa, 25 Mac 2014
Jumaat, 21 Mac 2014
5S - Apa itu EKSA?
EKSA adalah
singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak
MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan
penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan
untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat
dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.
Latar Belakang:
Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada
tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi
Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan
Pengiktirafan). Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem
Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti
Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah
selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam
ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of
Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa
agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan
MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah
memperolehi pensijilan ini
Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini,
dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun
: Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal
5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan, dengan menggunakan kriteria yang ditambah
baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi sektor awam
yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.
Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah
dilaksanakan, dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi
Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan
berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi
tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung
kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan
EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program
pengauditan dan pensijilan EKSA.
Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih
dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014
akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.
Tujuan Penjenamaan Semula
Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada
EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus
kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi,
mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.
Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
- Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
- Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
- Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
- Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru (lebih
terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta perlantikan ‘Champion EKSA' kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang terpilih.
Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan
dengan aliran seperti berikut :
- PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
- PENGAUDITAN – 1 @ 2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung kepada lokasi dan bilangan zon
- PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi pengauditan
- PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan (jika memenuhi syarat)
Semoga matlamat EKSA terus tercapai dan memudahkan lagi
pengiat amalan 5S dengan lebih berimej korporat, tidak membebankan dengan tugas
hakiki, melahirkan banyak idea krativiti dan inovasi serta memberi impak yang
besar dalam sektor awam. K'2014
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Sekyen Pengiktirafan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,62502 Putrajaya, Malaysia
Sekyen Pengiktirafan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,62502 Putrajaya, Malaysia
Slide Pengenalan EKSA boleh diperolehi di link berkenaan:
atau emel kepada ksukses5s@gmail.com
Sekian, semoga sukses selalu, sejahtera sentiasa...k'2014
Selanjutnya...
Rabu, 12 Mac 2014
5S - Keratan Akhbar 'Selangor Kini' berkenaan Amalan 5S
Selangor Kini - 17-24 Januari 2014 memaparkan rencana berkenaan amalan 5S dengan tajuk "Amalan 5S Mantapkan Sistem Kerja dan Persekitaran"
![]() |
Keratan Akhbar Selangor Kini > Januari 2014 |
![]() |
Sebahagian Warga Kerja Organisasi yang Menyertai Aktiviti 5S Komuniti Bersama MBSA |
![]() |
Petikan : Oleh Penulis : Lizawati Madfa |
Langgan:
Catatan (Atom)