18 & 19 Februari 2014, Putrajaya : MAMPU telah menganjurkan Program Training of Trainers (ToT) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Putrajaya. Hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih dan yang telah berjaya melaksanakan Amalan 5S Sektor Awam telah di panggil bagi ToT ini.
EKSA adalah penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam oleh MAMPU adalah bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan menyemarakkan aktiviti kerativiti dan inovasi.
Antara objektif ToT EKSA adalah untuk :
- memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif
- memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA
- menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA
- melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA
Ceramah I : oleh DR. SALMAH BT ISHAK
Ceramah II : oleh PN. MALATHY A/P NARAYANAN
|
Program 2 hari ini mengandungi aktiviti yang padat dan menyeluruh seperti :
- CERAMAH I : Pengenalan EKSA
- CERAMAH II : Etika Pengauditan EKSA
- SESI PERKONGSIAN ILMU I : Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM)
- SESI PERKONGSIAN ILMU II : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JKSS)
- LAWATAN / LATIH AMAL AUDIT EKSA : Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Masjid Putra Putrajaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Mahkamah Syariah Putrajaya
- PERBINCANGAN & PEMBENTANGAN
Sesi Perbincangan Kumpulan |
Sesi Perkongsian Ilmu dari JKDRM (Pn. Kamaliah Kasim) dan dari JKSS (YA Shaiful Azli) |
Sesi Perbincangan Kumpulan dan Perbentangan |
Sesi Latihan Amal / Audit ke Agensi yang berkenaan di Putrajaya |
Majlis Penutup dan Penyampian Sijil Perlantikan telah di sampaikan oleh KALIBASKARAN A/L MUNIANDY (Pengarah Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, MAMPU) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan