Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 10 Februari 2012

5S @ KLINIK

Sekarang ni semua tempat nak buat 5S, kalau dahulu hanya kilang-kilang sahaja, diikuti sektor swasta. Kini rancak pelaksanaannya di Sektor Awam pula. Sekolah pun dah 5S (5S @ School) , kini Hospital dan Klinik pun turut sama mengikuti amalan yang sistematik ini. Selalu kalau kita pergi ke Klinik/Hospital kita akan ternampak Amalan 10'S mereka. Tetapi ia bukan termasuk pelaksanaan Amalan 5S/QE, sebaliknya adalah nilai / budaya kerja yang diterapkan iaitu Selidik, Selia, Senyum, Sopan, Salam, Sentuh, Segak, Sensitif, Semangat & Segera.
Tetapi kita akan perasan jugak banyak sudah klinik-klinik / hospital telah melaksanakan Amalan 5S/QE (Persekitaran Berkualiti) ini. Walaupun kita tahu mereka yang bertugas di sini amat sibuk (Jururawat dan Doktor) kerana setiap masa perlu berhadapan dengan pesakit/pelanggan, tetapi kita patut bangga akan kesanggupan mereka melaksanakan Amalan 5S ini. Antara klinik kesihatan yang KyRe@tiF perasan telah melaksanakan Amalan 5S adalah Klinik Putrajaya, Hospital Serdang, Klinik Bandar Seri Putra, Bangi dan banyak lagi. (Sesiapa ada info 5S @ Klinik, boleh kongsi bersama)
Berikut dikongsi beberapa gambar yang sempat dirakam di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra (BSP), Bangi, Kajang, Selangor akan pelaksanaan Amalan 5S nya dan kerana asas pelaksanaan amalan tersebut, klinik ini telah menerima Surat Penghargaan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan perkhidmatan cemerlang yang diberikan.. Tahniah!!
Klinik BSP, Bangi di luar , Kaunter Pendaftaran dan Farmasi
Pelaksanaan Label-label yang berkesan di Kaunter Farmasi
Kaedah Penilaian Perkhidmatan, Tangga yang dihiasi dan Sudut Info Kesihatan
Surat Penghargaan dari KSU KKM atas Perkhidmatan Cemerlang Klinik BSP




Selanjutnya...

Khamis, 9 Februari 2012

5S - Video JOM 5S!

Perkongsian KyRe@TiF seterusnya adalah satu video pendek (sketsa) yang diberi nama JOM 5S!. Video ini memaparkan keadaan 'huru-hara' sebelum pelaksanaan 5S/QE. Ia adalah sumber dari video Perancis yang telah disusun dan edit kembali untuk perkongsian bersama. Mari saksikan ia di JOM 5S @ Youtube :


Selanjutnya...

Ahad, 5 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah bersamaan tanggal 12 Rabiulawal (5 Februari 2012), dimana tahun ini diperingkat kebangsaan ia bertemakan Persefahaman AsasPerpaduan Ummah. Maulidur yang membawa maksud 'Kelahiran' yang disambut setiap tahun bagi mengenangkan dan menghayati perjuangan nabi yang kita sanjung. Pelbagai aktiviti yang bermanafaat dan ilmiah sempena sambutan hari yang mulia ini, dimana bagi peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:

  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
  • Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
  • Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
  • Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Ceramah agama
  • Upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M

Maklumat lanjut aturcara sambutan boleh dirujuk di laman Islam.gov.my

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...