Putrajaya, 7 Jun 2011: Amalan 5S / Persekitaran Berkualiti (QE) dilaksanankan di sekolah?.. Selalu yang kita dengar 5S diamalkan di pejabat, ruang kerja, kilang dan sebagainya.. Tetapi bolehkah amalan 5S ini diterapkan di sekolah?.. Sebenarnya semua tempat dan lokasi boleh kita laksanankan amalan yang baik ini..5S tidak semestinya hanya di pejabat..di Surau, di Rumah, di Sekolah pun boleh!!..
Pada 7 Jun yang lalu, KyRe@tiF dan rakan-rakan dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) untuk menyampaikan taklimat dan pengenalan 5S kepada warga kerja sekolah berkenaan. Pihak kami bebesarhati jua apabila Y.Brs Puan Guru Besar (Hjh.Khamisah Noor) telah memberi komitmen tinggi dalam aktiviti berkenaan. Majlis berkenaan dihadiri hampir 25 warga sekolah yang terdiri daripada Guru-guru Penolong Kanan, Guru-Guru, Guru Pra-Sekolah dan pegawai-pegawai yang berkaitan.
Susana Kemas & Ceria di SK.Putrajaya Presint 9 (2) |
Y.Brs.Guru Besar Pn.Hjh.Khamisah turut serta dalam taklimat yang diberikan |
Guru-Guru yang hadir mendengar Taklimat Pengenalan Amalan 5S/QE |
Suasana Sesi Taklimat dijalankan di Bilik Mesyuarat |
Sesi Lawatan ke bilik Pra-Sekolah juga dibuat untuk dinilai |
Syabas SK.Putrajaya Presint 9(2) atas usaha menyemarakkan amalan 5S di peringkat sekolah. Semoga ia menjadi titik permulaan dan diharap usaha murni ini akan menjadikan sekolah ini adalah sekolah yang pertama memperolehi Pensijilan Amalan 5S/QE di Putrajaya.. Sukses!!
Majlis Pelancaran 5S Pra Sekolah (SKPP 9(2)): selanjutnya
Nota : Sekolah Men.Vokasional & Teknik yang pertama memperolehi Pensijilan 5S adalah SM Teknik Klang
Majlis Pelancaran 5S Pra Sekolah (SKPP 9(2)): selanjutnya
Nota : Sekolah Men.Vokasional & Teknik yang pertama memperolehi Pensijilan 5S adalah SM Teknik Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan