Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 30 Disember 2011

SUKSES - eBook Panduan Didik Anak - Pintar & Beriman

Salam Jumaat, berikut dikongsi satu eBook yang baik dalam kita menambah ilmu 'mendidik anak-anak' agar menjadi lebih pintar dan beriman. eBook PERCUMA ini adalah karya FAUZI AHMAD yang bertajuk PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR & BERIMAN. Antara isi kandungan buku ini adalah :
  • Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak. 
  • Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah
  • Didik anak cara Luqmanul Hakim
  • Surah Amalan – Kisah Ibu Adi Putra
  • Doa Yang Boleh Anda Amalkan
  • Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur 
  • Panduan Dapat Anak Pintar
  • Pemilihan Benih Pintar
  • Latihan Anak Pintar
  • Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu
  • Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar 
  • Apakah Rahsia Mereka
  • Makanan kecerdasan otak
  • Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak
  • Petua Belajar Cemerlang
Kepada rakan-rakan Sukses5S yang berminat bolehlah ke link berkenaan  untuk download:
>
http://cpintrass.com/anak.zip   atau PDF file : > http://cpintrass.com/anak.pdf

untuk maklum balas :> http://cpintrass.com/anak.html

Sekian utk perkongsian bersama semoga sukses anak-anak kita.,.. amin..

Selanjutnya...

Khamis, 29 Disember 2011

SAYANGI SELANGOR CARNIVAL

Sempena cuti sekolah dan penutup tirai 2011, satu Karnival Sayangi Selangor telah dianjurkan bermula semalam (28 Disember) hingga 31 Disember 2011. Pelbagai acara dan aktivit menarik telah dibuat oleh pihak penganjur. Berdasarka laporan media dan brouser berkenaan, karnival ini penuh aktiviti dan warna warni (maklumlah dibuat di iCity, Shah Alam), antaranya Pameran Kereta/Motosikal Klasik, Pertunjukan Belon Panas, Karaoke, Game untuk Kanak-kanak, Pertandingan Bola Sepak, Konsert Artis dan pelbagai lagi (rujuk brousur dibawa)
Objektif aktiviti dan karnival ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dijadualkan menghadiri karnival ini. Jom le ke sini bawak anak-anak, ia dibuka selama 4 ahri bermula jam 9pagi hingga 12malam. Semoga Sukses Selangor dan Sayangi Selangor Selalu..





Selanjutnya...

Isnin, 19 Disember 2011

5S - 'Komunikasi' Berkesan



Salah satu 'fokus' dalam pelaksanaan Amalan 5S/QE adalah 'KOMUNIKASI'. Ia telah diperkatakan dalam post 'Fokus 5S = 5K' yang terdahulu. Komunikasi dalam 5S adalah 'perhubungan' yang lancar, berkesan dan mudah difahami. Ia interaksi antara pengguna/ orang terhadap arahan yang diberi melalui Label, Simbol, SOP, Tatacara, Logo, Sudut 5S dan seumpamanya. Sebagai contoh Sudut 5S yang lengkap akan memudahkan interkasi antara pengguna (tidak kira orang dalaman / luaran) hanya dengan membaca bahan/maklumat yang disediakan. Bergitu juga dengan Label, ia akan berkesan jika penghasilan label berkenaan adalah menarik, kemas, mudah difahami dan ringkas (seperti di post "Label @ 5S"). Hendak tahu 'Komunikasi' itu berkesan atau tidak adalah "bila tiada orang yang berTANYA kembali apa yang kita 'label'!!" ... Sebagai contoh lagi, kita membuat Tatacara Penggunaan Alat/Mesin (SOP), jika pengguna baru yang menggunakan peralatan itu buat pertama kali dengan membaca SOP yang kita sediakan tanpa bertanya kembali kepada kita.. maka konsep Komunikasi 5S kita berkesan dan berjaya. Oleh itu mantapkan lah aspek komunikasi @ 5S kita dengan  lebih baik agar fokus amalan 5S kita sukses!!



Selanjutnya...

Khamis, 15 Disember 2011

5S - Label Tangga Yang Berkesan

 Sebelum ini, ada di coretkan mengenai : 5S -Label @ Tangga di post-post terdahulu. Dan kita juga biasa melihat label seperti AWAS! TANGGA, Hati-Hati Menggunakan Tangga, LICIN dan sebagainya. Tapi pernahkah anda melihat Label / Simbol tangga seperti gambar-gambar berikut?.
Memang agak unik, kreatif dan menarik idea meletak terus 'gambar' orang telah terjatuh dari tangga. Dengan ini pengguna akan terus berhati-hati/ slow semasa menuruni anak tangga.. Bijak-bijak.. mungkin boleh buat di tempat anda.. Sukses selalu!!

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...