Apa lagi yang boleh kita buat kat tangga dalam nak me'label' bagi konsep Amalan 5S?.. Kadang-kadang dah takde idea sangat, kita sekadar hiasi sahaja dengan meletak pasu bunga, poster dan sebagainya. Disini KyRe@tiF nak berkongsi sedikit idea dari pengamatan tinjauan 5S/QE di beberapa tempat. Antaranya penambahbaikan Label @ Tangga adalah:
- Meletakkan Penunjuk Arah lokasi seterusnya (Tinggkat Atas ke mana & Tinggat Bawah ke mana)
- Membahagikan arah laluan tangga itu kepada 2, iaitu TURUN dan NAIK
- Meletakan Label 'AWAS' atau Line Kuning, sebagai tanda Berhati-hati dalam melangkah di anak tangga.
- Meletakkan Poster yang berkenaan dengan penggunaan tangga. Seperti yang telah ceritakan dalam post sebelum ini:
Label Anak Panah NAIK dan TURUN serta label AWAS |
Poster Peringatan agar berhati-hati menggunakan tangga |
Penunjuk Arah bagi lokasi yang seterusnya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan