Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 30 Jun 2011

Konvensyen 5S/QE JUPEM 2011

28 Jun 2011, Kuala Lumpur: Syabas diucapkan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atas kejayaan menganjurkan Konvensyen Sistem Persekitaraan Berkualiti (QE/5S) kali ke-2 pada 28 Jun 2011 di Dewan Ukur JUPEM, Jalan Semarak, K.Lumpur. Atas sasaran JUPEM sebagai organisasi pertama mewajibkan semua agensi di setiap negeri memperolehi pensijilan 5S/QE sebelum Julai 2011 ini, konvesyen ini telah menjemput kesemua wakil negeri untuk membentangkan pelaksanaan amalan 5S di negeri masing-masing. Konvesyen ini juga telah menjemput wakil dari Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Putrajaya (Pn.Rozita Md.Rosli) berkongsi pengalaman BPP dalam pelaksanaan amalan 5S dan BPP juga adalah pemenang Anugerah Kebangsaan 5S MPC (Sektor Awam) tahun 2010.
Antara Pembentang yang mewakili JUPEM negeri masing-masing
Suasana Konvensyen 5S JUPEM 2011
Penyampaian Hadiah kepada wakil JUPEM Negeri terbaik
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Ketua Pengarah JUPEM (YBrs.Sr Ahmad Fauzi Nordin) ini dihadiri hampir 200 peserta dari semua negeri dan sebanyak 11 Pembentangan telah diadili oleh Juri jemputan dari MAMPU, MPC dan wakil kementerian (NRE). Keputusan keseluruhan bagi pembentangan dan impak pelaksanaan Amalan 5S terbaik jatuh kepada JUPEM Pahang, diikuti JUPEM Kedah dan JUPEM Selangor. Tahniah diucapkan dan semoga JUPEM terus sukses dalam meneraju Sistem Persekitaran Berkualiti ini

Selanjutnya...

Rabu, 29 Jun 2011

KREATIF - Hanger, Selain Sangkut Baju...

Hanger atau Penyangkut Baju adalah peralatan harian yang selalu kita guna... tapi dengan kreativiti tersendiri.. Penyangkut baju ni, bukan sekadar boleh sangkut baju/seluar je..macam-macam benda boleh buat..jom cuba



Selanjutnya...

Ahad, 26 Jun 2011

SEPAH - Juara Maharaja Lawak

Tahniah! Sepah Kumpula Komedi Terbaik (Bujang Lapok Moden)
Syabas SEPAH Semoga Sukses Selalu!! Akhirnya setelah 13 minggu pertarung dalam gelanggang Maharaja Lawak Musim Pertama 2011 (ML), Kumpulan Sepah telah dinobatkan antara pelawak yang paling lawak dalam pertandingan ini. Lawak yang mereka ketengahkan pun ada banyak unsur-unsur lawak tradisional melayu seperti Rewang, Berkhatan dan lain-lain lagi. Atas komitmen dan konsisten lawak mereka, ia telah menjadi pilihan penonton dan juri dengan markah tertinggi mengatasi kumpulan JOZAN (naib juara), NABIL (no.3) dan JAMBU (no.4).

Dalam ML akhir, setiap peserta diberi 2 tugasan iaitu dengan tema bebas dan muzikal komedi. SEPAH telah membuat lawak berkenaan 'Pencuri yang masuk ke rumah Ustazah dan telah diberi tazkirah'.,manakala lawak muzikal pula adalah berkenaan 'Perbalahan rumah tangga dan gimik kemunculan penyanyi Dafi (yang selalu si Suib sebut-sebut dalam lawak terdahulu).'.Jom kita saksikan lawak diorang.. Kreatif dan segar lawak Sepah..sukses
Tugasan Pertama Kumpulan Sepah (Komedi Bebas)
Tugasan Kedua Kumpulan Sepah (Muzikal Komedi)

Selanjutnya...

Sabtu, 25 Jun 2011

KREATIF - Papan Tanda 'Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas'

Terserempak satu papan tanda di bandar Melaka "Dilarang Membuang Sampah Merata-rata" yang lain-dari yang lain..iaitu dengan memaparkan gambar kartun monyet...kenapa?  masej nya simple je..siapa yang buang sampah ia ibarat seperti 'monyet'..hihihi.. (Siapa makan cili, dialah rasa pedas) Cukup kreatif, ringkas dan menarik. Tahniah kepada kerajaan negeri Melaka atau usaha yang bersepadu dalam menangani kebersihan. Selaras dengan hasrat Melaka menjadi sebagai Bandar Teknologi Hijau dan pelaksanaan Kempen Zon Bebas Asap Rokok.. fokus KEBERSIHAN memang didahulukan..seperti juga kita dalam melaksanakan Amalan 5S.. fokus 5K perlu di utamakan..


Selanjutnya...

Selasa, 21 Jun 2011

5S - Jemputan Konvensyen 5S/QE Peringkat Wilayah Tengah 2011

Buat julung kalinya MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) akan menganjurkan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Tengah bagi tahun ini. Ia akan diadakan pada 25-26 Julai 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor.



Pemenang-pemenang bagi Peringkat Wilayah ini akan dijemput untuk menyertai pula Konvensyen Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 18 & 19 Oktober 2011. Jika organisasi atau agensi anda layak (mengikut markah audit pensijilan 5S yang lalu), secara automatik pihak MPC akan mengeluarkan surat jemputan bagi menyertai konvensyen ini. Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi sekretariat konvensyen iaitu Cik Nurul Syamimi Ismail 03-7955 7266 atau Pn.Dasina Ibrahim  03-7951 2391.

Manakala untuk Konvensyen 5S/QE bagi Peringkat wilayah-wilayah lain adalah seperti berikut:

  • Wilayah Timur 27-28 Jun 2011@ Pulau Duyong, butiran lanjut klik sini.
  • Wilayah Utara  18-19 Julai 2011@ Pulau Langkawi, butiran lanjut klik sini.

Selanjutnya...

Isnin, 20 Jun 2011

KREATIF - Vandalisme @ Tugu

Kreatif tak kena tempat!.. di Jerman, satu Tugu peringatan telah di vandalisme dengan dicat bergitu 'berseni' sekali menghasilkan watak-watak super hero.. butiran lanjut bacalah keratan akhbar Kosmo Ahad (19 Jun 2011) ini..
Lihat lah..'Tugu' yang telah di 'kartun' kan..emmm macam-macam hal

Tugu jadi mangsa vandalisme

SOFIA - Satu tugu peringatan yang dibina untuk mengingati ulangtahun liberalisasi Tentera Merah Rusia ke atas Bulgaria pada tahun 1944 di Sofia, Bulgaria telah ditukar menjadi karektor adiwira dan kartun popular seperti Superman. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu artis grafiti mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme itu, lapor sebuah akhbar.
Berada di tengah-tengah ialah watak Superman dengan lambang huruf 'S' berwarna kuning merah dan baju berwarna biru. Di sebelah kiri pula ada watak Santa Claus, manakala maskot rangkaian makanan segera McDonalds, Ronald McDonald berada di sebelah kanan. Tidak ketinggalan, watak Joker yang diambil daripada filem Batman. Pada bahagian bawah, artis grafiti itu menulis "Bergerak bersama masa" dalam bahasa Bulgaria menggunakan cat berwarna hitam. 

Selanjutnya...

Ahad, 19 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA

KyRe@tiF mengucapkan 'SELAMAT HARI BAPA' kepada semua bapa, bapak, abi, ayah, papa, dad, bak, baba, appa, father dan yang seumpamanya. Semoga menjadi bapa yang kreatif untuk mentadbir family dan menangani karenah anak-anak kita. Sukses!!

Selanjutnya...

Sabtu, 18 Jun 2011

KREATIF - Pertandingan ROBOCON Kebangsaan 2011

Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2011 telah berlangsung dari 14-18 Jun 2011. KyRe@tiF berkesempatan meninjau kreativiti pelajar-pelajar IPT merekacipta robot yang dipertandingkan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Dengan tema ' Bunga Raya: Inity For 1 Nation', pertandingan kali ini disertai 28 institusi pendidikan tinggi seluruh Malaysia. Antara objektif pertandingan ini adalah meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidand sains & teknolongi dan Menerapkan minat di kalangan masyarakat Malaysia terhadap bidang robotik. Wakil yang menang pertandinagn ini akan mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa = ABU Asia Pacific Robot Contest di Bangkok, Thailand.
Pertandingan yang dijalankan di Stadium Tertutup Nilai, N9
'Padang' pertandingan - Gelanggang robot-robot bersaing
Klip-Klip Robocon 2011



Selanjutnya...

Selasa, 14 Jun 2011

Taklimat Audit 5S - JKPTG & NRE

Putrajaya, 10 Jun 2011: Taklimat Audit 5S telah dijalankan kepada wakil-wakil Juru Audit 5S dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) dan wakil Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE). Taklimat yang dijalankan ini adalah usaha JKPTG untuk memantapkan kaedah pengauditan 5S bagi mengharungi pensijilan kedua 5S sekitar bulan Ogos/September nanti.
Sesi Taklimat di pengerusikan oleh Puan Mahila Sofina (JKPTG)
Antara peserta yang hadir dan memantapkan ilmu Audit 5S
Antara isi/skop taklimat yang telah dibentangkan kepada hampir 40 peserta ini adalah:
  1. Kaedah Berkesan Audit 5S
  2. Ragam Juru Audit 5S
  3. Kriteria Audit MPC
  4. Draf Kriteria Baru Audit MPC 2011
Semoga usaha untuk pengekalan dan 'kaizen' amalan 5S/QE ini diteruskan bagi mewujudkan organisasi yang cemerlang. Sukses selalu...

Selanjutnya...

KREATIF - Tempat 'Parking' Wayar

Dalam 5S aspek KESELAMATAN adalah fokus utama, oleh itu bab-bab wayar-wayar yang berselirat, tiada label, tidak terurus dan seumpamanya akan mengundah padah!.. tidak kiralah akan jadi punca kebakaran, litar pintas, terjatuh (sebab kaki tersandung wayar) dan lain-lain..
AWAS!! dengan wayar yang tidak terurus..
Di sini KyRe@tiF nak berkongsi idea kreativiti dalam hendak buat 'parking' wayar dengan menggunakan bahan yang ringkas, tetapi nampak kemas..Pertama : Hanya gunakan 'klip kertas' dan Kedua menggunakan 'paku pengikat wayar dinding'.. dan Ketiga: menggunakan Tag Roti!!   ... lihat image di bawah:

Kreatif : Menggunakan Tag Roti terpakai untuk melebel wayar : Sumber 5S @ ADTEC Kulim


Mantap..hanya guna 'klip kertas' dah terhasil tempat letak wayar
Kreatif - guna 'paku pengikat wayar dinding'  (nama betul 'benda' ni tak tahu le pulak)
Lihat, mudah bukan..kemudain buat lah 'label' untuk memudahkan pengesanan
 

Selanjutnya...

Isnin, 13 Jun 2011

5S @ SCHOOL..

Putrajaya, 7 Jun 2011: Amalan 5S / Persekitaran Berkualiti (QE) dilaksanankan di sekolah?.. Selalu yang kita dengar 5S diamalkan di pejabat, ruang kerja, kilang dan sebagainya.. Tetapi bolehkah amalan 5S ini diterapkan di sekolah?.. Sebenarnya semua tempat dan lokasi boleh kita laksanankan amalan yang baik ini..5S tidak semestinya hanya di pejabat..di Surau, di Rumah, di Sekolah pun boleh!!.. 
Pada 7 Jun yang lalu, KyRe@tiF dan rakan-rakan dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) untuk menyampaikan taklimat dan pengenalan 5S kepada warga kerja sekolah berkenaan. Pihak kami bebesarhati jua apabila Y.Brs Puan Guru Besar (Hjh.Khamisah Noor) telah memberi komitmen tinggi dalam aktiviti berkenaan. Majlis berkenaan dihadiri hampir 25 warga sekolah yang terdiri daripada Guru-guru Penolong Kanan, Guru-Guru, Guru Pra-Sekolah dan pegawai-pegawai yang berkaitan.
Susana Kemas & Ceria di SK.Putrajaya Presint 9 (2)
Y.Brs.Guru Besar Pn.Hjh.Khamisah turut serta dalam taklimat yang diberikan
Guru-Guru yang hadir mendengar Taklimat Pengenalan Amalan 5S/QE
Suasana Sesi Taklimat dijalankan di Bilik Mesyuarat

Sesi Lawatan ke bilik Pra-Sekolah juga dibuat untuk dinilai
Syabas SK.Putrajaya Presint 9(2) atas usaha menyemarakkan amalan 5S di peringkat sekolah. Semoga ia menjadi titik permulaan dan diharap usaha murni ini akan menjadikan sekolah ini adalah sekolah yang pertama memperolehi Pensijilan Amalan 5S/QE di Putrajaya.. Sukses!!

Majlis Pelancaran 5S Pra Sekolah (SKPP 9(2)): selanjutnya

Nota : Sekolah Men.Vokasional & Teknik yang pertama memperolehi Pensijilan 5S adalah SM Teknik Klang

Selanjutnya...

Jumaat, 10 Jun 2011

KREATIF - Meja Kotak Kertas

Ni ada satu idea kreatif dalam menghasilkan meja dari Kotak Kertas sahaja. Ia mungkin lebih jimat, ringan dan bentuknya yang unik... tapi rasa-rasanya meja kertas ini bukan buat sendiri, tapi untuk dijual...cuma rasa-rasa kalau banyak kotak kat opis anda, boleh le design meja sedemikian...kreatif selalu..

Selanjutnya...

Selasa, 7 Jun 2011

KREATIF - Bahasa Melayu Terkini?

Emm..zaman teknologi canggih ni, dengan perkembangan yang pesat dan banyak perubahan. Bahasa Melayu (BM) kita pun banyak berubah.. kreatif kah remaja dan pelajar sekarang? kerana bahasa dan ayat dalam BM pun boleh di'canggihkan'..ikuti laporan Berita Harian ini..

Bahasa terlarang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/06/07

CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.
Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.
Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).
Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.


Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan panduan singkatan SMS bahasa Melayu bagi penggunaan umum, dan bukannya digunakan pelajar dalam pemeriksaan awam.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kecenderungan masyarakat terutama remaja dan pelajar sekolah yang gemar mencipta singkatan SMS bahasa Melayu pelik hanya boleh difahami rakan sebaya.

Katanya, lebih membimbangkan, golongan ini semakin biasa menggunakan bahasa SMS dalam pelajaran sehingga terbawa-bawa ketika menulis karangan yang akhirnya menjejaskan keputusan peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu.Guru bahasa Melayu, Noor Hafizah Jauhari, berkata gejala itu menyebabkan beban guru bertambah kerana perlu memberi tumpuan lebih kepada pelajar untuk menasihat dan menegur supaya tidak terus menggunakan bahasa SMS dalam penulisan formal.

“Dulu, penggunaan bahasa singkatan SMS hanya terbatas menerusi telefon bimbit saja, tetapi kini pelajar terdedah kepada teknologi, internet dan laman sembang sosial terutama Facebook. Lama-kelamaan pelajar menjadi biasa menulis jawapan atau mengarang menggunakan singkatan SMS. Kebiasaan ini boleh menjejaskan markah peperiksaan kerana setiap kesalahan ejaan dalam subjek Bahasa Melayu akan menyebabkan pemotongan tiga markah maksimum,” katanya yang mengajar di sekolah berasrama penuh di Melaka.

Beliau berkata, kadang-kadang ada guru terpaksa menghukum pelajar menulis menggunakan bahasa SMS dengan mengarahkannya menulis perkataan formal sebanyak 100 kali sebagai pengajaran bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Segamat, Mohd Noor Abdullah, berkata pengaruh internet di kalangan pelajar mendominasi cara penulisan karangan peperiksaan, sekali gus mencacatkan mutu karangan.Katanya, pelajar bukan saja menggunakan bahasa SMS, malah menulis ayat pendek, bahasa songsang dan bahasa rojak disebabkan kebiasaan menulis seperti itu dalam laman sembang internet.

“Ia amat mendukacitakan guru bahasa Melayu kerana pelajar bukan saja dikesan melakukan kesalahan ejaan, malah membina ayat pendek dan tergantung serta melanggar tatabahasa. Lebih teruk lagi ada pelajar mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau membuat ejaan baru dalam karangan yang akhirnya mewujudkan pelbagai versi ayat atau perkataan baru dalam penulisan mereka,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Noor berkata, beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi menangani perkembangan tidak sihat itu, termasuk menggalakkan guru mengajar bukan bahasa Melayu lebih kerap menggunakan bahasa formal atau baku bagi mengelak pelajar keliru atau gagal menguasai tatabahasa Melayu.

Katanya, setiap pelajar juga perlu sedar perbezaan penggunaan bahasa baku dengan bahasa harian dalam penulisan, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mendidik anak menggunakan bahasa perbualan di rumah yang tidak merosakkan bahasa Melayu.

Sementara itu, guru panitia Bahasa Melayu sebuah sekolah di Melaka, Rohana Karno berkata, masalah penggunaan singkatan SMS dalam penulisan atau karangan peperiksaan bergantung kepada tahap pencapaian seseorang pelajar dan status sesebuah sekolah sama ada sekolah biasa atau berasrama penuh. “Masalah itu mungkin kurang berlaku di kalangan pelajar yang belajar di sekolah berasrama atau sekolah kluster kerana majoriti pelajarnya bijak atau cemerlang. Namun, perkara itu tetap mendapat perhatian guru bagi mengelak ia menjejaskan prestasi sekolah,” katanya.

Selanjutnya...

Ahad, 5 Jun 2011

Seminar Standard Amalan 5S/QE @ Melaka

Melaka, 2 Jun 2011 : KyRe@tiF dan rakan-rakan berpeluang menghadiri Seminar Sehari Pembangunan Standard/Piawaian Sistem Persekitaran Berkualiti Kriteria Baru Standard Amalan 5S / QE MPC anjuran Pejabat SUK Negeri Melaka dan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM). Seminar ini fokus kepada cadangan pelaksanaan kriteria baru dalam melaksanakan 5S/QE. Pembentangan telah disampaikan oleh pegawai MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) Y.Bhg.Tn.Hj.Omar bin Osman. 
Seminar Standard 5S/QE @ Melaka - 2 Jun 2011
Penyertaan pelbagai organisasi termasuk agensi luar Melaka
Sebahagian peserta seminar
Hampir 100 peserta menyertai seminar ini
Antara mereka yang hadir
Kriteria baru pelaksanaan Amalan 5S dibentangkan
Nota Standard Baru 5S & Konvensyen 5S/QE
Antara topik yang dibentangkan adalah: 
     1. Standard Baru QE
     2. Cadangan Kriteria Audit (Draf)
     3. Kriteria Baru Konvensyen QE 2011
(jika berminat untuk dapatkan handout nota ini, bolehleh emel ke suskses_5s@yahoo.com)
Seminar sedemikian amat berguna kepada agensi yang akan melaksanakan dan telah memperolehi pensijilan 5S, dan akan meneruskan pensijilan berikutnya dan selanjutnya menyertai konvesyen 5S/QE anjuran MPC. Seramai hampir 100 peserta telah menghadiri seminar ini dan KyRe@tiF berpeluang berkenalan dengan ramai pengiat 5S di Melaka. Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri Melaka dan INSPIM atas kejayaan menganjurkan seminar ini. Semoga kita terus sukses dalam meningkatkan kualiti kerjaya dan diri.

Selanjutnya...

Sabtu, 4 Jun 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 4

Senyum Selalu..hilang Stress...layannnn


Selanjutnya...

Jumaat, 3 Jun 2011

Karnival Inovasi Islam 2011

Salam Sukses!! Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 sedang berlangsung dari 2 hingga 5 Jun 2011 ini bertempat di Perkarangan Masjid Negara dan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.. Apa lagi sempena cuti sekolah ni, boleh le bawak anak-anak lihat pelbagai inovasi dan aktiviti menarik di sana.

Pelbagai atur cara telah disusun, masuk percuma.. karnival ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penganjuran karnival yang bertemakan “Inovasi Teras Tamadun Ummah” ini merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran pertama dilaksanakan dengan jayanya pada 5-8 Ogos 2010 bertempat di Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ia dianjurkan bagi menyahut saranan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya produk-produk inovasi dan penemuan baru dalam bidang hal ehwal Islam dapat ditonjolkan kepada masyarakat.

Karnival pada tahun ini juga mencatit sejarah tersendiri apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqul Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah perkenan untuk berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Inovasi Islam yang berlangsung pada 2 Jun 2011 (Khamis). Klik sini untuk Aturcara Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011.


Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...