Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 30 Januari 2015

5S YANG WAJIB : Panduan Amalan 5S Islamic

5S YANG WAJIB:
S1 : Solat Subuh
S2 : Solat Zohor
S3 : Solat Asar
S4 : Solat Maghrib
S5 : Solat Isyak

SISIHkan diri dari perkara-perkara dosa
SUSUNkan amalan ibadah tanpa bertangguh-tangguh
SUCIkan hati dari hasad dengki dan andaian
SERAGAMkan perjuangan bersama Islam
SENTIASA AMALkan semua amalan 4S diatas

Selamat Beramal.....:)

Selanjutnya...

Jumaat, 23 Januari 2015

5S : Promosi Berkesan Majlis Perbandaran Manjung, Perak

Ruangan Iklan MPM di Bandar Manjung
Promosi yang baik dilakukan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan pelaksanaan Amalan 5S yang telah mereka laksanakan. Dimana MPM telah memasang pemakluman/info berkenaan Pengiktirafan yang diterima termasuk Pensijilan Amalan 5S MPC. Ruangan Iklan adalah satu ikhtiar yang dibuat oleh MPM bagi pemasangan kain rentang / banner bagi agensi-agensi yang ingin mengiklankan perkhidmatan mereka. Ruangan Iklan ini juga dapat mengelakkan iklan-iklan haram yang dipasang merata-rata dan ia nampak lebih tersusun dan setempat. Semoga MPM terus unggul dan melahirkan idea-idea yang bernas.

Ruangan Iklan ini dapat dilihat di persimpangan Lampu Isyarat di Bandar Manjung, Perak
Sedikit info berkenaan pelaksanaan 5S di MPM, di mana Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Majlis Perbandaran Manjung oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) pada tahun 2010 lagi. Setelah 5 tahun, MPM masih mengamalkan 'Sentiasa Amal' untuk terus mengekallkan pensijilannya. Syabas dan tahniah MPM..
#Rujukan 5S MPM, boleh lihat di link berkenaan: http://www.mpm.gov.my/program-amalan5s


Selanjutnya...

Khamis, 1 Januari 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...