Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 27 November 2014

5S - 18 Terima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE MPC @ 25 Nov.2014

HAMIM SAMURI (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada penerima pada Seminar Perkongsian Amalan Terbaik dan Majlis Penyampaian Sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S di Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 25 Nov. – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) me­nganugerahkan Sijil Amalan Per­sekitaran Berkualiti QE/5S kepada 18 organisasi di negeri ini yang berpotensi untuk ditingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatannya secara optimum.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd. Razali Hussain berkata, pensijilan diberikan selepas orga­nisasi terlibat melaksanakan amalan QE/5S melalui bimbingan, latihan, panduan dan tunjuk ajar MPC dalam tempoh tujuh bulan.

"Kita mahu organisasi yang dianugerahkan sijil ini dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti, kualiti, penurunan kos operasi, penambahbaikan kepada sistem penyampaian, moral kakitangan dan peningkatan dalam aspek keselamatan.

"MPC berharap amalan persekitaran berkualiti di organisasi yang diberikan pensijilan dapat dikekalkan serta ditingkatkan daripada segi kecekapan sistem dan proses kerja yang boleh menjadi contoh terbaik serta penanda aras kepada organisasi lain,” katanya demikian pada perasmian Seminar Perkongsian Amalan Terbaik dan Majlis Penyampaian Sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S Parlimen Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, di sini semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri merasmikan program tersebut. Mohd. Razali berkata, agensi terpilih menerima manfaat melalui bimbingan berupa persekitaran kerja lebih baik dan kondusif, mendapat pengiktirafan dan lebih penting suntikan anjakan pemikiran untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan.

Sementara itu, Hamim berkata, MPC perlu terus menggandakan usaha agar pelaksanaan sistem amalan persekitaran berkualiti dilakukan lebih banyak organisasi sama ada sektor awam atau swasta khususnya di negeri ini. Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, daripada 18 organisasi yang menerima pensijilan itu, 12 organisasi dari daerah ini dan kejayaan berkenaan amat membanggakan.

Pada majlis itu, organisasi di sini yang menerima pensijilan itu ialah Pejabat Daerah Ledang; Majlis Daerah Tangkak; Pejabat Kadi Daerah Ledang; Majlis Agama Islam Johor Daerah Ledang; Masjid Jamek Tangkak dan Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas.

Bagi kategori pendidikan pula, Pejabat Pelajar Daerah Muar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Persisiran Perdana; SMK Tengku Mahmud Iskandar; SMK Ledang; SMK Tun Mamat dan Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek.

Turut menerima pensijilan itu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang; Johor Corporation; Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora); Kolej Komuniti Segamat; Politeknik Ibrahim Sultan dan Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru.

 Sumber : UTUSAN ONLINE

Selanjutnya...

Jumaat, 21 November 2014

5S - Kursus EKSA Jab.Pendidikan WP K.Lumpur 12-14 Nov.2014

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah Berjaya menganjurkan Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12 hingga 14 November 2014 yang lalu di Ipoh, Perak. Hampir 35 peserta dari kalangan urus setia dan jawatan kuasa telah menghadiri bengkel ini. Objektif utama penganjuran aktivti ini adalah untuk memberi pendedahan pelaksanaan EKSA dan menghasilkan dokumentasi yang sistematik dan seragam.
Bengkel 3 hari ini telah menjemput Penceramah dan Fasilitator dari Champion EKSA MAMPU iaitu saudara Mohd.Daud Mahdzur dan saudara Rabiulkhair Mohd Nor bagi perkongsian amalan-amalan 5S dalam pelaksanaan EKSA ini. Bengkel yang diketuai oleh Tn.Hj.Mohd Noh Buhari, serta penyelaras Pn.Norainon Ramli telah mencapai objektifnya atas komitmen semua peserta dan jadual bengkel yang teratur.
Hari Pertama : Pengenalan EKSA / 5S / QE

Hari Ke-2 : Audit EKSA, Dokumentasi dll

Hari k-3 : Pembentangan & Rumusan

Pembentangan Kumpulan - Hasil Kerja
Urus setia Kursus  EKSA JPWPKL
 Sedikit info berkenaan pelaksanaan 5S di agensi ini, ia telah memperolehi Pensijilan 5S dari MPC pada tahun 2013-2014, di mana kini JPWPKL kini dalam peralihan ke pensijilan EKSA MAMPU yang disasarkan pada tahun 2015. Semoga Berjaya dan menjadi contoh kepada aegnsi-agensi lain. Sukses JPWPKL!

Selanjutnya...

Rabu, 19 November 2014

Karnival UPIN & IPIN @ Putrajaya 20-23 November 2014

Jom meriahkan lagi Karnival Upin & Ipin di Putrajaya pada 20-23 November 2014 ini. bawa anak-anak anda dan kita yang dewasa pun pasti teruja..sebab ada kemunculan istimewa ULTRAMAN!!!

Wahhhh...nak tahu lanjut..jom ke Putrajaya..
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Temui UPIN, IPIN & UTRAMAN


Info :
Karnival yang dinanti-nantikan bakal kembali lagi pada tahun ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan oleh Les’ Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain.Karnival Upin & Ipin akan dianjurkan secara besar-besaran di Putrajaya Interational Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 21 hingga 23 November 2014. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin. Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.

Butiran lanjut :
http://upindanipin.com.my/blog/karnival-upin-ipin-2014-picc-putrajaya/

Selanjutnya...

Selasa, 11 November 2014

5S - Skrin (Desktop) PC pun 5S!!

Jangan kita ingat kalau buat 5S/QE ni, hanya persekitaran sahaja yang berkualiti. Tapi skrin komputer (Desktop) kita sendiri jangan lupa. Hari-hari pakai PC, tapi lupa nak '5S' kan dia..
Oleh itu, SISIH folde/file yang ada pada Desktop tu, (buang apa icon atau file yang tidak perlu, atau buat satu folder, bagi nama (label), SUSUN ikut keperluan / folder yang ditetapkan. Yang penting sahaja di luar (skrin) desktop, yang lain simpan dalam sisitem/PC. SAPU juga PC tu, berabuk/debu , keyboard tu ketuk-ketuk sikit (banyak bendasing akan kelaur..hihihihi), SERAGAM kan folder/file di desktop. Akhir sekali SENTIASA AMAL apa yang kita lakukan.(sebulan sekali, ulangi). 
Jom '5S' kan Desktop anda!!
Contoh '5S' kan Desktop PC - warga Jabatan Penerangan Malaysia

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...