Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 2013

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia! Pada 1 Mei 2013 ini. Tema pada tahun ini adalah "Pekerja Pemangkin Tranformasi Negara". Oleh kerana tarikh mengundi PRU ke-13 jatuh pada 5 Mei 2013, maka sambutan dan perhimpunan Pekerja Seluruh Malaysia ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan. Apa-apa pun Selamat BerCUTI..hi2 Sukses Sokmo!



Selanjutnya...

Selasa, 23 April 2013

5S - Impaknya...

Salam Sukses,
Berikut beberapa impak atau kesan hasil dari pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti / Amalan 5S / QE, antaranya adalah :

  1. Penjimatan Ruang
  2. Penjimatan Masa
  3. Penjimatan Tenaga Eletrik & Air
  4. Penggunaan Barang Terpakai / Recyle
  5. Penggunaan Aset Kerajaan / Aset Organisasi Lebih Efisien
  6. Kepuasan Pelanggan
  7. Core Business
  8. Lebih Kreatif & Inovasi
  9. Keseronokan Bekerja

Selanjutnya...

Isnin, 15 April 2013

KREATIF : Pusat Jagaan Suami, Time Isteri Shoping!!



Ha..ha..ha.. selalunya time kita shoping, ada pusat penjagaan ANAK disediakan oleh sesebuah pasaraya / kompleks berkenaan. Contoh di IKEA yang menyediakan pusat jagaan / penempatan anak-anak semasa ibubapa gie jalan-jalan membelibelah / window shoping. Tapi kalau kes pusat jagaan SUAMI / HUSBAND!!! rasanya belum pernah jumpa lagi..hi2. Apa-apa pun satu idea kreatif bagi si suami yang tak larat nak ikut isteri bersoping sakan!!.. di sediakan Day Care Center.. mahu cuba...


Selanjutnya...

Jumaat, 12 April 2013

5S - KONVENSYEN 5S/QE MPC TAHUN 2013 (Peringkat Wilayah)



Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Peringkat Wilayah bagi tahun 2013 kembali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. Dimana antara objektif konvensyen ini adalah untuk berkongsi pengalaman denagn perlaksanaan QE/5S di dalam meningkatkan kecekapan di tempat kerja dan memberi pengiktirafan kepada organisasi cemerlang dalam pelaksanaan sistem persekitaran berkualiti ini. Bagi tahun 2013, jadual konvesyen mengikut wilayah adalah seperti berikut :

  1. WILAYAH UTARA (4-5 JUN 2013) @ Hotel Equatorial, Penang
  2. WILAYAH SELATAN (11-12 JUN 2013) @ The Zon Regency Hotel, Johor
  3. WILAYAH SABAH/SARAWAK (3-4 JULAI 2013) @ Pacific Sutera Hotel, Sabah
  4. WILAYAH TIMUR (25-26 JULAI 2013) @ Bkt.Gambang Resort City, Kuantan
  5. WILAYAH TENGAH (2-3 OGOS 2013) @ SACC, Shah Alam
  6. PERINGKAT KEBANGSAAN (1-3 OKTOBER 2013) @ Bkt.Gambang Resort City, Kuantan
* sebarang pindaan tempat / tarikh : rujuk blog MPC
 
Butiran lanjut : Rujuk Brosur Kon.5S/QE 2013:
 
Berikut adalah Format dan Kriteria bagi penyertaan Konvensyen ini:

http://www.mpc.gov.my/publication/qebrochure.pdf


Dapatkan KOLEKSI KERTAS PEMBENTANGAN 5S/QE MPC 2010-2012 di http://koleksi5s.blogspot.com/

Selanjutnya...

Jumaat, 5 April 2013

APA DIA 5S?.... Part II

Antara yang dimaksudkan dengan Pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti 5S/QE adalah untuk mewujudkan tempat kerja yang produktif dan membina budaya kerja berpasukan yang positif & dinamik. Berikut disertakan huraian bagi Apa dia 5S .. Part ii oleh KyRe@TiF :
 








Rujuk juga : APA DIA 5S? ... Part I

Selanjutnya...

Isnin, 1 April 2013

Kreatif : GERAM 2.0!!

Ini buka perhimpunan BERSIH 2.0 atau ANAK dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Walaupun namanya GERAM, tapi ia bukan himpunan yang nak lepaskan 'geram'.. hihihi Hasil kreatif kumpulan-kumpulan sukerelawan 'kenduri' kahwin, makin terbit le nama GERAM 2.0 yang bermaksuk GENG REWANG MALAYA, dan 2.0 adalah dah 2 kali kenduri dilaksanakan kat rumah berkenaan.
Tahniah kepada tuan rumah kenduri berkenaan yang telah melahirkan satu kumpulan sukarelawan / rewang kenduri kahwin yang berbaju 'pink' yang seragam dan rajin2 belaka. Kenduri telah dihadiri oleh K' pada awal Mac yang lalu dan terima kasih atas jemputan dan minuman yang disediakan oleh GERAM yang beraneka (Air Jagung, Asam Boi, Soya, Limau) emmmm nikmatnya diminum dipanas hari..hahahaha. semoga bertemu di GERAM 3.0!!!







Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...