Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Tuesday, April 24, 2012

SEMUA 'S' - Nama Kumpulan Muzik Sekitar 80-90 an

Siapa yang lahir tahun 70an dan 80an, mesti masih ingat akan kewujudan kumpulan-kumpulan / band muzik yang banyak sekitar tahun berkenaan. Lagu-lagu yang bertemakan Pop-Rock Letok, Rock Leleh atau yang seakan dengannya tumbuh seperti cendawan.. Maklum le tahun tu tidak banyak hiburan lain (internet takde lagi, MP3, format audio digital masih belum wujud), so hiburan muzik hanya melalui radio, tv,tape dan konsert sahaja..

Tapi perasan tak korang bahawa time tu, kebanyakan kumpulan muzik ini namanya bermula dengan pangkal "S" ?..Emmm hasil carian dan pemerhatian KyRe@TiF, mendapati hampir 30 kumpulan muzik bermula dengan pangkal S, dan paling glamour sudah tentu SEARCH, SPRING, SLAM, SPIDER (Band Rock leee), untuk yang tangkap leleh adalah seperti SPOON, SCOIN, SCREEN dan banyak lagi lee.. So kat sini mari kita perhatikan nama kumpulan dan lagu-lagu popular mereka.. mesti anda mengingati dan terkenang kisah lalu..hihihi jiwang sungguh..
NAMA KUMPULAN MUZIK
ANTARA LAGU POPULAR
SEARCH
Isabela, Kejora, Isi & Kulit, Nur Nilam Sari
SPRING
Sampai Hati, Bourgenvilla, Romantis
SLAM
Nur Kasih, Kembali Terjalin, Buat Seorang Kekasih
SPIDER
Mungkinkah Terjadi, Laukku Cukup Masin, Aladin
SPOON
Rindu Serindu Rindunya, Memori Sekuntum Rindu
SCOIN
Rindu-Rinduan Jadi Kenangan, Ku Menangis Kehilanganmu
SCREEN
Bila Cinta Didusta, Orang Yang Ku Sayang
SWEET CHILD
Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan
SPIN
Janji Kita, Mengusung Rindu, Hadirlah Mustika
SOFEA
Bunga Di Padang Pasir
SAMUDERA
Titian Hasrat, Salam Sejahtera, Kerana Kasih Kepadamu
SCAN
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
SOFAZR
Cintai Aku, Janjiku
SCORR
Bila Hati Dah Sayang
STRAW
Demo Nie Ore Tino, Cinta Bukan Cuma Semalam
STINGS
Ku Sapu Air Mata Perpisahan
SLASH
Taman Astakona
SUCCESS
Kerana Cinta Aku Turutkan
SEJATI
Bila Bunga Dipetik Orang
SUNDAY
Semakin Hampir Semakin Jauh
SELSIUS
Sejarah Sebuah Cinta
STORM
Kau Yang Terindah
SUP
Kau Merasa Aku Terasa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...