Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 25 Julai 2013

5S - Masjid : Kebersihan Tandas & Tempat Wuduk

Syabas di ucapkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.

Semalam, K' ada pergi ke Masjid Al-Akram (Kg.Datuk Keramat,KL) dan terasa amat bangga dan kagum atas usaha MAIWP dan JAWI yang menitik berat KEBERSIHAN di masjid berkenaan terutama di Tandas,Bilik Air dan Tempat Wuduk. Memang semuanya telah dinaiktaraf (berbanding sebelum ini). Aspek-aspek Amalan 5S memang dah ada di masjid ini dan kalau nak dapat Sijil pun dah boleh dah...

Langkah-langkah pihak berkenaan antaranya adalah:
  • Naiktaraf tempat wuduk dan bilik air
  • Promosi untuk menjaga kebersihan bersama (banner)
  • Poster di setiap Tempat Wuduk dan Bilik Air
  • Senarai Aset (Inventori) Masjid
  • Penyelia yang menjaga tempat Wuduk dan Bilik Air
  • Sistem Pemberian Gred / Nilai (Cemerlang, Baik, Lemah dll)
Harapan usaha ini diperluaskan dan dapat dikekalkan...




 

Selanjutnya...

Khamis, 18 Julai 2013

5S - Label Besar, Kemas & Menarik

Selalunya kalau nak buat label / tanda nama, kita buat kecil2, sedang2 sahaja. Kalau besar sangat nanti orang kata 'Melampau' le pulak... Selalu pesan kat member2 yang buat label/tagging buat dengan kemas dan jangan lah besar-besar sangat.Tetapi, Perasan tak, kalau sekarang ni kita perhatikan banyak label-label di supermarket, hotel dan seumpamnya menggunakan label-label 'petunjuk' yang besar-besar. Tapi walaupun dibuat besar-besar, hasilnya nampak kemas, menarik dan ekselusif.. Agak-agak kalu buat label-label macam ni kat pejabat kita ok tak?

Label @ Shah Alam (SACC)
Label @ Tandas_1
Label Buang Sampah @ Lif


Label Gantung Beg Yang Dilukis @ IKEA

Label Tandas @ IKEA





Selanjutnya...

Selasa, 16 Julai 2013

SEMAKAN ARAH KIBLAT - HARI INI (16 Julai 2013 @ 7 Ramadhan 1434)

Buat semakan Arah Kiblat kita pada hari ini 16 Julai 2013 @ 7 Ramadhan 1434 di rumah anda jam 5.27 petang (waktu Malaysia). Dimana penentuan arah kiblat yang dijalankan adalah menggunakan Kaedah Matahari Istiwa (Transit) Atas Kaabah.

 
Serba sedikit megenai info Matahari Istiwa (Transit) Atas Kaabah: 
  1. Fenomena ini hanya berlaku dua (2) kali dalam setahun iaitu bagi tahun 2013 adalah pada 28 Mei 2013 dan 16 Julai 2013. 
  2. Pada ketika berlakunya Matahari Istiwa Atas Kaabah, arah kiblat sesuatu lokasi dapat ditentukan berdasarkan masa berlakunya transit Matahari tersebut. 
  3. Arah kiblat yang diperolehi semasa berlakunya transit akan memberikan arah kiblat yang tepat, kerana bayang-bayang yang terbentuk di sebelah Timur menunjukkan arah kiblat yang tepat. 
  4. Masa bagi melihat arah kiblat pada 28 Mei 2013 adalah pada 5.16 petang Waktu Piawai Malaysia (WPM). Bagi 16 Julai 2013, masa bagi penentuan arah kiblat pada 5.27 petang (WPM).
Jom buat semakan arah kiblat di tempat anda. Apa yang diperlukan bagi tujuan semakan arah kiblat menggunakan kaedah ini adalah mudah, iaitu:
  
  • Satu (1) batang kayu
  • Benang atau tali
  • Paku atau apa-apa objek yang boleh dijadikan tanda
 Nota : Kang boleh le mintak bos balik awal hari ni, nak buat semakan Arah Kiblat..hi3 (tapi jangan pulak singgah Pasar Ramadhan pulak)..kuang kuang kuang

Selanjutnya...

Selasa, 9 Julai 2013

SALAM RAMADHAN 1434

Selamat menyambut Bulan Penuh Berkat, Salam Ramadhan 1434 Semoga Bulan Ini Diperlipatkan Segala Usaha Ibadah Semoga Dirahmati Oleh-Nya

Untuk dapatkan poster ini : KP03_Poster 5S @ Ramadhan, emel atau isi borang di bawah (format PDF-A4 size)

Selanjutnya...

Isnin, 8 Julai 2013

KREATIF : Logo Dilarang e-Rokok

Biasa kita dengan logo NO SMOKING je.. mungkin akan datang pejabat-pejabat akan paparkan logo NO E-CIGARETTE le pulak.. sebab semenjak benda ni popular, ramai kaki rokok dah tukar kepada Rokok Eletronik ini (macam-macam perasa ada), dan 'mereka' ini dengan sewenang-wenangnya 'merokok' di mana-mana termasuk kawasan ber air-cond (opis, klinik, kedai makan dll)

Dan ada juga negeri-negeri tertentu dalam usaha untuk MENGHARAMkan penggunaan e-Cigarette ini kerana walaupun tidak mengeluarkan asap, tapi ia membahayakan.

BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...