Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 12 Ogos 2015

5S: Taklimat EKSA @ Penjara Tapah

Pintu Utama Penjara Tapah, Perak
11 Ogos 2015 yang lalu, pihak Penjara Tapah Perak telah menganjurkan Taklimat Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada hampir 30 orang pegawai dan kakitangannya. Jabatan ini dibawah Kementeria Dalam Negeri telah memperolehi pensijilan Amalan 5S MPC sejak beberapa tahun yang lalu. Dan kini beralih kepada EKSA dan taklimat di sampaikan oleh Juara EKSA MAMPU.
Taklimat Pengenalan EKSA di sampaikan oleh Juara EKSA MAMPU
Antara pegawai/Kakitangan Penjara Tapah yang hadir taklimat
Sasaran Jabatan Penjara Tapah ini untuk memperolehi pensijilan EKSA adalah diakhir tahun 2015. Komitmen dan semangat pegawai/kakitangan dalam usaha mencapai pensijilan adalah tinggi.
Bunting EKSA di Pejabat Pentadbiran Penjara Tapah
Sudut 5S - semasa Amalan 5S MPC
Antara bahan jualan yang dihasilkan oleh banduan
Semoga agensi ini terus memantapkan usaha ke arah pensijilan EKSA dan selamat maju jaya..

Selanjutnya...

Isnin, 10 Ogos 2015

5S SELEPAS RAYA!!!


Raya...raya..raya... sebelum raya macam-macam kita rancang... selepas raya apa citer?...hihihihi. Jom kita singkap 5S SELEPAS RAYA!!...

  1. S1 : SENGKEK > Masa ini lah yang mencabar hidup kita, bab kewangan. Sebelum raya beli macam-macam tak ingat dunia. Selepas raya, sendiri mahu ingat le.. Sengkek, poket kosong. Habis duit dibelanja. Gaji lambat lagi pulak tu...huhuhu
  2. S2 : SERDAK > Semasa hari Raya, kuih-muih raya ni tak pandang pun. Setakat tepung yang diwarna-warnikan. Tetapi selepas raya, masa ini le kita mencari bekas-bekas kuih raya. Yang tinggal serdak kuih. Serdak pun serdak le, boleh alas perut...
  3. S3 : SERBU > Seudah menjadi kelaziman, tradisi Rumah Terbuka Raya (Open House) akan dibuat oleh mereka ynag berhajat. Oleh itu, kita yang dijemput ni, apalagi serbu le. Dah siap awal-awal jadual rumah mana yang nak pergi dulu dan sebaliknya..
  4. S4 : SENDAT > Yang ini memang tidak boleh di elak. Selepas raya, sendat le semua pakaian. Bukan sebab seluar atau baju yang mengecil. tetapi perut yang memboyot atau membuncit...hihihihi
  5. S5 : SOROK > Akibat dari belanja tidak ingat, boros dan main beli sahaja, operasi menyorok dijalankan. Takut orang datang kutip hutang. Atau sorok takut orang datang nak raya...lariii
Hihihihi, 5S Selepas Raya ini, sekadar renungan sahaja, mungkin kena atas hidung sendiri atau tidak. Tetapi yang penting jika kita amalkan perbelanjaan berhemah dan kawal nafsu.. InsyaAllah semua terkawal..
OK Selamat Selepas raya...0-0

Selanjutnya...

Jumaat, 7 Ogos 2015

5S: Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akhirnya telah dikeluarkan oleh pihak urus setia MAMPU pada akhir Jun 2015 yang lalu. Ia boleh dimuat turun di link berkenaan : http://www.mampu.gov.my/penerbitan-mampu atau butiran mengenai EKSA di  http://www.mampu.gov.my/eksa.

Berikut sercara ringkas isi kandungan dalam buku panduan EKSA berkenaan:
Penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA serta objektifnya
Menghuraikan 5 elemen baharu yang dilaksankan dalam EKSA berbanding Amalan 5S Sektor Awam. 5 elemen berkenaan adalah Imej Korporat, Kreativiti, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.
Bab 4 : Akan menerangkan secara ringkas Pelaksanaan EKSA dari proses mewujudkan Jawatankuasa hinggalah pelancaran EKSA di agensi/jabatan berkenaan.
Bab 5 : Mengenai proses pengauditan EKSA (Model A & Model B). Berikut contoh Lampiran Komponen Penilaian EKSA

Panduaan Pelaksanaan ini mengandungi 138 muka surat . Lampiran Komponen Penilaian/Audit EKSA yang merangkumi sebahagian besar buku panduan ini (dari muka surat 32-138). 

Nota : Jika tidak dapat muat turun Panduan ini melalui link MAMPU, boleh diemelkan kepada ksukses5s@gmail.com

Selanjutnya...

Selasa, 14 Julai 2015

SALAM AIDILFITRI 1436H

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini (2015/1436H), maaf di atas segala silap salah, tersalah info, tersilap maklumat, terkomen lebih, ter ter ter ter dan ter lagi.
Maaf zahir batin, semoga sukses selalu..sihat sentiasa..
(raya kali ini jgn banyak sangat nak bermedia sosial, ziarah saudara mara juga, tapi jangan layan handphone)...hihihi
Wifi ada tak?

Selanjutnya...

Khamis, 21 Mei 2015

5S MPC vs EKSA MAMPU

Apakah perbezaan antara Pelaksanaan Amalan 5S/QE yang diterajui oleh MPC (Malaysia Productivity Corporation) dengan Pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) oleh MAMPU?

Berikut dikongsikan antara perbezaan yang boleh dihuraikan disini atas pengalaman KyRe@tiF dalam menceburi pensijilan kedua-dua agensi yang menerajui 5S/QE/EKSA ini, dalam topik MPC vs MAMPU:

AGENSI : MPC adalah satu agensi berkanun dibawah Kementerian Perdagangan Antarbangsa & Industri (MITI), manakala MAMPU sebuah unit yang menguruskan pentadbiran di agensi kerajaan (Sektor Awam).

PELAKSANAAN : Amalan 5S sudah bermula di negara ini sekitar tahun 80an lagi. MPC adalah agensi yang pertama mentauliahkan persijilan 5S berkenaan (Sektor Swasta dan Sektor Awam). Pada waktu itu, kebanyakannya amalan 5S dipraktikan oleh Sektor Swasta dan Syarikat Multinasional seperti kilang, syarikat dan seumpamanya. Manakala EKSA hanya untuk disijilkan oleh agensi dibawah Sektor Awam sahaja (seperti jabatan kerajaan, Kementerian, PBT, Hospital dll). Ia bermula sekitar tahun 2010.

JENAMA : Penjenamaan atau penggunaan nama amalan ini juga berbeza-beza, tetapi nama 5S tetap sinonim dengan amalan ini. Walaupun jenama yang berlainan seperti Amalan 5S, Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti QE dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA, ia tetap dengan konsep yang sama. Seperti EKSA, ia bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebalinya menambah baik elemen 5S dengan menyokong kepada persekitaran yang kondusif.

PENGAUDITAN : Juruaudit bagi kedua-dua agensi adalah dari MPC dan MAMPU itu sendiri. Tetapi mereka boleh melantik wakil juruaudit luar yang telah diiktiraf dan mempunyai sijil bagi menjalankan pengauditan di agensi berkenaan. Manakala kos bagi melaksankan pengauditan ini juga berbeza, dimana MPC bayaran sekitar RM1,000 - RM1,500 (mengikut lokasi dan bilangan juruaudit). Manakala bagi Juruaudit EKSA dari MAMPU, bayaran / saguhati mengikut kelayakan pegawai berkenaan (tuntutan penceramah, perjalanan, penginapan) mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa.

 

LIPUTAN AUDITAN : Dalam pensijilan MPC kawasan liputan atau lokasi yang akan diaudit bagi sesebuah agensi boleh di kecualikan (atas sebab sebab tertentu seperti aspek keselamatan, dokumen rahsia, bangunan terpisah dari agensi induk, bangunan dalam pembinaan, dll). Tetapi dalam EKSA, seboleh-bolehnya semua lokasi perlu diaudit dan tiada pengecualian, Rasionalnya adalah semua kawasan/lokasi dalam dan luar adalah Hak Milik Kerajaan. tetapi semua ini adalah mengikut budi bicara Juruaudit 5S/EKSA ini juga dan atas faktor tertentu.

PERMARKAHAN : Markah keseluruhan audit 5S/EKSA adalah perlu mendapat 80% markah baru layak untuk dipersijilkan. Cuma bagi EKSA ia dipecahkan kepada 2 kategori iaitu BAIK (markah 80-89.9%) dan CEMERLANG (markah 90% ke atas).

ANUGERAH : MPC saban tahun menganjurkan Konvensyen atau majlis untuk mengiktiraf agensi/badan yang cemerlang dalam melaksanakan Amalan 5S ini. Ia kebiasaanyan dipecahkan kepada beberapa sektor seperti Sektor Awam, Sektor Badan Berkanun, Kategori Kilang dan lain-lain. Manakala EKSA dari MAMPU masih baru dan tiada sebarang konvesyen yang diadakan lagi.

RUJUKAN : Banyak bahan rujukan yang diterbitkan oleh MPC dalam memberi pendedahan dan panduan dalam pelaksanaan Amalan 5S ini. Bahan rujukan boleh didapati di pejabat MPC dengan harga belian RM30. Bagi EKSA pula Buku Panduan / Garis Panduan masih dalam peringkat semakan atau draf dan dijangkan akan dikelurkan pada tahun ini (2015). MAMPU telah menerbitkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, tetapi rujukan ini kini tidak beberapa relevan dengan wujudnya EKSA. Ia percuma dan boleh dimuat turun di laman sesawang MAMPU.

Nota : Panduan Pelaksanaan EKSA : talah diterbitkan pada akhir Julai 2015 : 
Butiran lanjut http://sukses5s.blogspot.com/2015/08/5s-panduan-pelaksanaan-ekosistem.html

NOTA : Semua perbandingan ini (MPC vs MAMPU) hanya berdasarklan pengalaman dan bandingan kasar sahaja. Jika ada fakta atau makluan yang tidak tetap, salah dan mengelirukan harap dimaklumkan (ksukses5s@gmail.com) agar kita dapat mengemaskininya. Sekian semoga sukses selalu : KyRe@tiF 2015

Selanjutnya...

Rabu, 20 Mei 2015

5S: KURSUS EKSA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIAN PARIT BUNTAR

Pejabat Kesihatan Daerah Kerian Parit Buntar, Perak telah berjaya menganjurkan Kursus Perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 24-26 April 2015 bertempat di Lumut, Perak. Sejumlah hampir 50 peserta telah menyertai program ini selama 3 hari 2 malam. Pengisian yang penuh dengan informasi terkini berkaitan 5S dan EKSA telah disampikan oleh Juara EKSA MAMPU iaitu Pn.Norhaidah dan En.Rabiulkhair. Program kursus adalah seperti gambar dibawah:

Program dimulakan dengan Lawatan EKSA ke Mahkamah Syariah Daerah Kerian, dimana hasil lawatan berkenaan akan digunakan dalam kursus ini. Perjalanan kursus berjalan lancar denagn kerjasama peserta dan urus setia PKD Kerian.

Penyampaian taklimat oleh Juara EKSA yang dibuat hingga sesi malam, dan peserta memberi komitmen dalam menjayakan kursus ini.

Sesi Pencambahan Idea Kreativiti dalam menghasilkan Label Pergerakan Pegawai di bentangkan oleh semua kumpulan. Agak menarik dengan idea -idea yang bernas...




Sesi Pembentangan Berkumpulan, dalam Aspek Penemuan Audit dan Kaizen

Majlis Sesi Soal Jawap dan Penutup disampaikan oleh Dr. Hjh. Thaherah Nor. Penyampaian cenderahati dan hadiah juga diberi kepada penceramah dan kumpulan. Semoga Sukses PKD Kerian dalam melaksankan program EKSA ini.

Selanjutnya...

Isnin, 20 April 2015

PROGRAM ANJURAN PUSAT INOVASI & PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM (PIPPA)

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM ANJURAN PUSAT INOVASI & PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM (PIPPA), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Selaras dengan usaha menyokong agenda pembangunan modal insan dalam perkhidmatan awam di Malaysia, Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan syarahan umum seperti maklumat berikut:
PROGRAM : KEMAHIRAN PEMBANGUNAN ANALISIS PEKERJAAN DAN DESKRIPSI PEKERJAAN SEKTOR AWAM

TARIKH :28 April 2015
TEMPAT : Bilik seminar PiPPA, USM Pulau Pinang
YURAN : RM 390.00 ( Harga Termasuk GST) 

Butiran lanjut dan hubungi :
En. Mohd Fadzli Rosli 04 653 6057 fadzli@usm.my
En. Mohd Zaidi Zainol Abidin 04 653 6056 mzaidiza@usm.my
Pn. Ana Naziah Abdullah 04 653 6056 ana@usm.my
Tel : 04-6536056 Faks: 04-6536060

Selanjutnya...

5S - Taklimat EKSA @ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak

Taklimat EKSA @ SPA Perak 9 April 2015
Sesi Taklimat Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah diadakan pada 9 April 2015 yang lalu di SPA, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Pegawai dan kakitangan SPA Perak yang sejumlah 17 orang telah hadir taklimat ini yang disampaikan oleh Juara EKSA @ MAMPU. Antara ini taklimat adalah pengenalan 5S/EKSA, Objektif, Penubuhan Jawatankuasa dan lain-lain. SPA Perak diketuai oleh Puan Setiausaha Mufidah binti Mahfodz memberi sokongan penuh akan pelaksaan EKSA di agensi berkenaan. Semoga matlamat dan impian SPA Perak akan terlaksana dan persekitaran perjabat lebih korporat dan kondusif.

Selanjutnya...

Khamis, 16 April 2015

MAJLIS TILAWAH Al-QURAN KE-58


SEMARAKkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan kali ke-58, bermula pada 20-25 April 2015 @ bersamaam 1-6 Rejab 1436H.


Bila dah ada majlis tilawah ini, maksudnya bulan puasa dah nak dekat.. Sudah siap sediakah anda?..

Butitran lanjut mengenai Majlis Tilawah ini boleh ke FB https://www.facebook.com/events/946845758660239/

Selanjutnya...

Rabu, 4 Mac 2015

Jom!! BENGKEL EKSA anjuran MAMPU


BERITA TERKINI & BERITA BAIK!!

BENGKEL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM @ EKSA : 2015

MAMPU akan menganjurkan Bengkel Pelaksanaan EKSA 2015 - mengikut Zon, seperti butiran berikut:

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Zon Utara: 17 Mac 2015 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah
Zon Selatan: 14 April 2015 di Intan Wilayah Selatan, Kluang, Johor
Zon Tengah: 10 Jun 2015 di Kompleks JPM, Putrajaya
Zon Timur: 1 Disember 2015 di Intan Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

CEPAT!! Terbuka hanya 4 orang bagi setiap agensi/jabatan sektor Awam, setiap sesi / zon hanya dibuka kepada 200 penyertaan sahaja..
Butiran lanjut boleh ke : http://www.mampu.gov.my/eksa



Muat turun borang pengesahan kehadiran dan e-mel kepada urus setia di eksa@mampu.gov.my

Selanjutnya...

Isnin, 16 Februari 2015

5S - Bengkel EKSA @ JUPEM P.PINANG

Taklimat EKSA JUPEM PP: 5-6 Feb 2015 @ KOMTAR
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang (JUPEM) telah berjaya menganjurkan Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) / 5S pada 5 dan 6 Februari 2015 yang lalui di KOMTAR. Program 2 hari ini meliputi sesi Pengenalan EKSA, Kriteria Audit dan latih amal Pengauditan EKSA di jabatan berkenaan.
Taklimat telah disampaikan oleh Champion EKSA
Taklimat berkenaan telah di sampaikan oleh wakil MAMPU iaitu Champion EKSA yang telah dilantik (En.Md.Daud dan En.Khair). JUPEM P.Pinang telah dipersijilkan 5S dari MPC sebelum ini, dan berhasrat untuk mendapatkan pensijilan EKSA sekitar pertengahan tahun ini. Jawatankuasa baru dan pembahagian tugas serta zon telah diperincikan bagi mencapai matlamat berkenaan. Semoga terus sukses EKSA di JUPEM PP.
Sesi Perbincangan dan Pembentangan Hasil Audit EKSA JUPEM PP
Latih Amal Audit EKSA : Kriteria Audit baru EKSA
Pelaksaanaan Amalan 5S di JUPEM PP

Selanjutnya...

Jumaat, 30 Januari 2015

5S YANG WAJIB : Panduan Amalan 5S Islamic

5S YANG WAJIB:
S1 : Solat Subuh
S2 : Solat Zohor
S3 : Solat Asar
S4 : Solat Maghrib
S5 : Solat Isyak

SISIHkan diri dari perkara-perkara dosa
SUSUNkan amalan ibadah tanpa bertangguh-tangguh
SUCIkan hati dari hasad dengki dan andaian
SERAGAMkan perjuangan bersama Islam
SENTIASA AMALkan semua amalan 4S diatas

Selamat Beramal.....:)

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...