Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 29 Mei 2011

KREATIF - Menghasilkan Cover eBook

Manamana nak buat cover eBook atau apa-apa Cover dari imej bentuk biasa yang akan menjadikan ia seperti Buku, Majalah, Fail, Buka Nota dan pelbagai jenis design lagi.. cukup mudah.. lihat contoh cover eBook 5S YES.. dari satu imej yang 'biasa' ia boleh dibuat pelbagai dimensi..
Mudah sahaja, banyak yang software 'free' boleh kita gunakan. Antaranya mari kita cuba guna MyEcover Maker. Aplikasi ini percuma, cuma untuk beberapa design sahaja lah..kalau nak lebih-lebih kena bayar. Jom cuba..sukses & kreatif selalu..
My eCover Maker - free untuk mencuba..nak lebih, kena bayar lee

Selanjutnya...

Khamis, 26 Mei 2011

5S - Jemputan Kursus Pembangunan Standard 5S / QE @ Melaka

Satu Kursus Sehari Pembangunan Standard Sistem Persekitaran Berkualiti (5S) - MPC akan diadakan pada 2 Jun 2011 ini di Hotel Abadi Melaka. Kursus anjuran Pejabat SUK Negeri Melaka dan Institut Pengurursan dan Integriti Melaka (INSPIM) ini terbuka kepada semua jabatan/agensi yang telah dan akan memiliki pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Dan kursus ini berbayar la..Yuran dalam RM180.00 seorang. Jika anda berminat bolehlah menghubungi pihak urus setia En.Khirul Hafiz / Pn.Mazliyana di talian 06-3350334/3350939.. cepat sebelum 28 Mei 2011 ini..
KyRe@tiF berminat jugak nak join kursus ini, tengoklah kalau ada rezeki dan kelapangan akan hadir aktiviti ini..bagus ini sebagai pendedahan dan penyeragaman Amalan 5S..Jom join..

Selanjutnya...

Isnin, 23 Mei 2011

KREATIF - Tempat Letak Kunci

Ok jugak kalau ada idea yang kreatif buat tempat letak kunci menggunakan sudu/garfu macam ni..nampak unik dan cantik..boleh le cuba..

Selanjutnya...

Jumaat, 20 Mei 2011

5S - Label @ Jaya Jusco (JJ)

Korang biasa pergi Jaya Jasco kan (JJ) ? Cuba perhatikan label-label yang seragam dan kemas mereka hasilkan. KyRe@tiF perhatikan JJ ni memang menampilkan idea yang kemas, cantik dan seragam. Banyak jugak idea-idea untuk buat label 5S diceduk dari sini. Maklumlah 5S kan dari Jepun, dan JJ juga dari sana, so memang diorang pakai konsep 5S di sini. Label-label yang berkesan ini akan mengwujudkan persekitaran yang Bersih, Kemas, Teratur, Mudah Faham, dan Aspek Keselamatan diutamakan. Jom kita kongsi label-label di JJ yang sempat KyRe@tiF rakam ni yang mungkin kita boleh terapkan dalam menghasilkan label 5S di pejabat kita.
Label Penunjuk Arah yang berkesan - diletakkan di setiap aras
Tandas - memang dijaga dengan bersih dan label yang ringkas
Simbol bagi penggunaan Kategori Tandas yang mudah faham
Keselamatan - Label/Simbol keselamatan yang mudah difahami
Gambar-gambar ini di rakam di Jaya Jusco Nusajaya (Johor) dan JJ Balakong (Selangor), dan semua JJ AEON di'seragam'kan akan label/simbol/tanda nama. 5S sungguh!!

Selanjutnya...

Selasa, 17 Mei 2011

KREATIF - Lawak Kena Ada Kelainan

Korang minat rancangan realiti Raja Lawak tak?.. KyRe@tiF memang follow Raja Lawak ni hingga Maharaja Lawak. Idea penerbitan rancangan sedemikian amat kreatif, menghiburkan dan banyak peminatnya...yang jenuhnya adalah peserta yang kena pulun mencari idea dalam nak menghibur dan mengelakkan penonton... dan sekarang ni macam-macam idea yang peserta buat untuk mencari kelainan dalam melawak. Baru-baru ini dalam Maharaja Lawak musim pertama minggu ke-7 dengan tema 'komedi senyap' (silent comedy). Peserta berkumpulan JOZAN dengan idea kreatifnya membuat lawak silap mata dengan berkesannya..
Cuma lawak JOZAN ini ada sedikit konsep ala-ala pelawak dari Jepun iaitu pakar silent comedy dari kumpulan GAMARJOBAT..diaorang ni memang pakar dalam komedi silap mata, jom saksikan lawak mereka. Hope lepas ini JOZAN ada idea yang lebih mantap untuk persembahan seterusnya..sukses selalu!!

Selanjutnya...

Ahad, 15 Mei 2011

5S - Taklimat @ Jabatan Perkhidmatan Veterinar

12 Mei 2011, Putrajaya : Jemputan untuk memberi taklimat berkenaan Amalan 5S telah diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bertempat di ibu pejabat DVS, Putrajaya. Antara topik taklimat yang disampaikan adalah Pengenalan Asas Amalan 5S, Perjalanan Kejayaan 5S dan OK ke tak OK 5S!. Hampir 25 peserta dari setiap bahagian di DVS telah hadir dan menunjukkan minat untuk melaksanakan amalan ini. Diharap usaha DVS untuk meneraju dan melaksanakan amalan 5S berjaya dan tercapai. Semoga Sukses selalu!!

Selanjutnya...

Sabtu, 14 Mei 2011

KREATIF - Banner Jom Solat

Kreatif sungguh mereka yang mempunyai idea nak buat banner macam ni untuk semarakkan jamaah di masjid. Apa lagi, moh kita penuhkan saf-saf di masjid berhampiran..

Selanjutnya...

Selasa, 10 Mei 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 3

Layan, jangan tensen-tensen..senyumlah hari ini untuk memantapkan kerja dan kehidupan..semoga sukses...

Selanjutnya...

Ahad, 8 Mei 2011

KREATIF - ABC Generasi Baru

Oleh kerana zaman telah berubah, canggih, moden dan zaman ICT (teknologi maklumat & komunikasi), maka konsep ABC kat sekolah-sekolah dan tadika boleh le diubah.. mengikut peredaran zaman..Budak-budak sekarang ni dah mahir dengan komputer, iPhone, internet dan seumpamanya!!..so kalu dulu A = Ayam, B = Bola..tukar le yang canggih punyee..seperti B= Bluetooth, E= Email..hi3..kreatif-kreatif..Apa2 pun A tetap Apple..hahahah..

Selanjutnya...

Jumaat, 6 Mei 2011

Akupun Blogger Gak!

'Akupun Blogger Gak' adalah satu kempen untuk menghimpunkan semua blogger kat Malaysia serta berkongsi pengalaman dan idea untuk menyemarakkan dunia maya ini.. KyRe@tiF turut serta dalam kempen ini, hasil daripada maklumat saudara Zool dari blog Ligakampung
Bercerita bagaimana terjebak dalam dunia blog ini, KyRe@tiF baru sahaja berjinak-jinak dalam blog-blog ini 3 bulan lalu (tarikh 11.02.2011) ingat tarikh tu sebab diterbalik pun tarikh itu dia tetap 2011.. memberi idea dan perkongsian kreativiti adalah tujuan utama blog SUKSES 5S di lahirkan. Disamping memberi idea dan tips dalam melaksanakan Amalan 5S/ Persekitaran Berkualiti (QE) agar persekitaran kerja lebih bersih, tersusun, sistematik dan meningkat produktiviti. Sebab nak dapat Sijil Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) banyak cabarannya...hanya yang telah melalui detik-detik pelaksanaan 5S je tahu 'azab' nya.. so dengan sedikit pengalaman dan pegetahuan, KyRe@tiF berkongsi dengan semua panduan, tips, gambar dan sebagainya. Rasa seronok dan puas apabila dapat membantu rakan-rakan (yang memang kita tak kenal langsung) secara maya dengan pelbagai kehendak yang mereka mahu dan yang berkaitan. 
Cuma dalam nak menjadi blogger ini, kita perlu kreatif dalam untuk mencari idea dan bentuk persembahan agar pembaca seronok dan mudah ikuti hasil 'penulisan' kita. Akhir kata Syukur Selalu, Sejahtera dan Sukses Sentiasa..Jom kita semarakan kempen 'Akupun Blogger Gak"....

Selanjutnya...

Selasa, 3 Mei 2011

5S - Sebelum & Selepas

Dalam pelaksanaan Amalan 5S/ QE (Persekitaran Berkualiti) perkara yang tampak jelas akan keberkesanannya adalah impak SEBELUM & SELEPAS, sebab itu lah kita perlu merakam/ tangkap gambar banyak-banyak keadaan sebelum 5S bagi persekitaran yang berkenaan. Ini juga adalah bukti bagi pelaksanaan Amalan 5S telah dibuat. Seelok-eloknya gambar 'sebelum' dan 'selepas' 5S perlu diambil diposisi yang sama. Ini akan memudahkan kita menilai hasil keberkesaan 5S. Ingat! sebelum proses 'sisih' buat operasi tangkap gambar 'sebelum' terlebih dahulu..Berikut disertakan satu contoh gambar sebelum dan selepas bagi Ruang Meja Kerja Pegawai.
Berikut contoh gambar SEBELUM & SELEPAS 5S - Ruang Kerja




Dan dalam 5S jugak, jangan kite ter'over' hias!. dengan warna-warna, hiasan gantung-gantung,  susun atur tersendiri, poster, gambar yang tak sepatutnya dan lain-lain. Takut nanti orang akan beranggapan yang pelaksanaan 5S ini akan menjadi makin 'huru-hara'.. oleh itu bab-bab hiasan atau 'make-up' ini haruslah jangan jadi keutamaan. nanti jadi macam ni pulak ruang meja kerja kita..hahahah..
SELEPAS 5S !! - Terlebih sudah!! pink gitu!! - gambar sekadar hiasan

Selanjutnya...

Isnin, 2 Mei 2011

SUKAN - Safee Sali 55


KyRe@tiF minat dan sokong penuh dengan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.. dan penyerang kebangsaan yang paling Sensasi adalah si Safee Sali Kini beliau bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Minggu lepas beliau ada balik Malaysia untuk bercuti kejap. Yang menariknya di kelab Pelita Jaya, dia memakai jersi bernombor 55 (tak tahu le pulak dalam bola sepak no. jersi boleh sampai banyak itu, ingatkan 1 hingga 24 sahaja, hi4)..sebab apa no. 55? kerana 55 adalah SS (Safee Sali), nasib baik tak 5S! hahaha. Dan sehingga kini pencapaian beliau amat membanggakan kerana telah mejaringkan 5 gol bagi 8 perlawanan!. bagus..teruskan tak cukup 5 gol sahaja. Ok lah Safee Sali, Semangat Sentiasa Semoga Sukses Sumbat Score Sebanyaknya!!

Selanjutnya...

Ahad, 1 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

KyRe@tiF mengucapkan Selamat Hari Pekerja (Labour Day) kepada semua..(semua orang mesti kerja kan)..tapi yang paling best hari ini adalah CUTI..hi2..(sampai Isnin maa) selamat merehatkan diri.. tenangkan fikiran dan tanamkanlah semangat, berkerja penuh didikasi, proaktif, positif, kreatif, inovatif dan macam-macam 'tif; lagi..Sukses

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...