Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 28 Oktober 2011

5S - Apakah 5S di Indonesia?

Baru minggu lepas KyRe@tiF balik dari Indonesia. Itu pasal terdetik nak tahu apa pelaksaan 5S di negara seberang itu. Cari punya cari akhirnya jumpa la rumusan ini, iaitu tidak semua awalan 'S' di gunakan bagi membawa maksud 5S. Di Indonesia misalnya 5S dikenali sebagai 5R!.. Tetapi maksudnya sama. Jom kita lihat hurainya yang mana saya copy dari link berkenaan :JobDB.Com
Huraian bagi 5R berkenaan :

Budaya kerja 5S terdiri dari Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke. Jika diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia menjadi 5R, yaitu Ringkas, Rapi, Resik, Rawat dan Rajin. Budaya kerja 5S saat ini sudah banyak diterapkan dalam organisasi maupun perusahaan. Dasar-dasar 5S adalah sebagai berikut:
Seiri (Ringkas)
Merupakan langkah awal dalam menjalankan budaya 5S, yaitu membuang atau menyortir barang-barang, file yang tidak digunkan lagi ke tempat pembuangan atau recycle bin.
Tindakan ini dilakukan agar tempat penyimpanan menjadi lebih efisien, karena dipergunakan untuk menyimpan barang atau file yang memang penting dan dibutuhkan. Selain itu bertujuan agar tempat kerja Anda terlihat lebih rapi, tidak berantakan seperti sebelumnya.
Seiton (Rapi)
Setelah Anda menyortir semua barang atau file yang tidak dipergunakan lagi. Kini saatnya Anda merapikan semua barang dan file penting Anda dengan teliti. Buatlah semuanya menjadi terorganisir dan sistematis. Berikan nama pada setiap tempat penyimpanan yang mudah diingat, bisa juga gunakan kode pada tempat penyimpanan. Jika berbentuk barang, berikan label dengan nama atau visual sebagai ciri khas, jika berbentuk file atau softcopy data manajemenkan folder-folder di komputer Anda. Tujuannya agar mudah mengidentifikasi saat file, barang atau benda tersebut dibutuhkan dan Anda tidak perlu membuang banyak waktu hanya untuk mencarinya.
Seiso (Resik)
Langkah berikutnya adalah membersihkan tempat kerja, ruangan kerja dan lingkungan kerja Anda. Tanamkan dalam diri Anda kebersihan merupakan hal yang fital dalam kehidupan, jika Anda tidak menjaga kebersihan, lingkungan Anda menjadi kotor dan menjadi faktor utama terjangkitnya penyakit. Jika Anda terserang penyakit, sudah pasti pekerjaan Anda akan tertunda bahkan terbengkalai, terhentinya produktifitas Anda akan menyebabkan banyak kerugian. Lakukanlah kebersihan harian, pemeriksaan kebersihan dan pemeliharaan kebersihan.
Seiketsu (Rawat)
Tahap ini adalah tahap yang sulit, karena Anda harus menjaga ketiga tahap yang sudah dijalankan sebelumnya secara rutin. Tahap ini dapat juga disebut tahap perawatan atau maintenance.
Shitsuke (Rajin)
Rajin atau disiplin meliputi suatu kebiasaan dan pemeliharaan program 5S yang sudah berjalan. Ada baiknya, jika Anda berada diposisi sebagai atasan, buatlah standarisasi 5S dan berikan training 5S agar seluruh anggota organisasi atau perusahan paham akan kegunaan dari 5S sebagai dasar kemajuan perusahaan karena dengan menerapan 5S yang praktis dan ringkas bertujuan pada efisiensi, pelayanan yang baik, keamanan bekerja, dan peningkatan produktifitas dan profit

#Ok bapak-bapak, ibu-ibu semua.. nantikan coretan saya di Indonesia nanti dan Label-label pelik di sana.. ketemu lagi yaa

Selanjutnya...

Selasa, 25 Oktober 2011

Ahad, 16 Oktober 2011

5S - Buku Dasar Amalan 5S MBSA

Baru-baru ini KyRe@tiF kemas-kemas le barang-barang lama (sebab kena pindah opis lain), terjumpa lah satu buku Dasar Amalan Sistem 5S MBSA . Bila ingat-ingat balik,tak silap pada tahun 2008, ada buat lawatan 5S ke MBSA, dan salah satu goodies nya adalah buku ini. Pada tahun berkenaan, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang paling mantap melaksanakan amalan 5S ini adalah MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor), ruang kerja yang kemas dan kreativiti pegawai-pegawainya amat tinggi dalam mengekalkan persekitaran berkualiti ini. Harap-harap ia berkekalan sehingga sekarang. 
Buka Dasar Amalan Sisitem 5S MBSA
Berbalik kepada buku rujukan 5S ini, dirakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada MBSA akan penerbitannya, sebab pada masa mula-mula 5S ni nak berkembang di sektor awam, agar sukar hendak dapatkan bahan rujukan 5S. Oleh kerana KyRe@tiF nak berkongsi dengan pengamal-pengamal 5S di negara ini, maka minta izinlah kepada MBSA untuk KyRe@tiF meng'digital' kan buku ini. Kepada yang berminat untuk memperolehi buku ini (dalam format PDF), bolehlah isi borang maklum balas / jadi ahli blog / emelkan ke sukses_5s@yahoo.com. Sekian semoga sukses selalu...
Ini lah rupa setalah buku berkenaan di'digital'kan


Selanjutnya...

Isnin, 10 Oktober 2011

Sambutan BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Setiap bulan Oktober setiap tahun, adalah diistiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuan utama kempen ini adalah:
    # Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia,
# Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan,
# Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan, dan
# Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysai yang cintakan bahasa dan juga bangsa, perlulah bersama-sama martabatkan bahasa kita ini. Walaupun sekarang ni dah banyak Bahasa Rojak, Bahasa Pasar, Bahasa Inggeris+Melayu, Bahasa SMS dan lain-lain. Cubalah memperkukuhkan bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita ini. Akhir kata ' Bahasa Jiwa Bangsa"..
Mari hayati lagu ini, yang sejak kecil rasanya kita dengar lagu ini:

Selanjutnya...

Jumaat, 7 Oktober 2011

KREATIF - Animasi BoBoiBoy - Terbaikk!!

Animasi BoBoiBoy ke persada antarabangsa  (SUMBER : Kosmo 5 Oktober 2011)
DARI KIRI: BoBoiBoy, Gopal, Ying dan Yaya menambat hati penggemar animasi tempatan dan antarabangsa.
GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton. GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.


TUNJANG belakang Animonsta Studios (dari kiri) Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd. Nizam, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Kee Yong Pin
Kehalusan pergerakan karakter, pencahayaan terperinci dan garapan cerita yang baik menghidupkan lagi watak-watak dalam siri animasi 3D itu sehingga kelihatan bak dalam dunia nyata.

Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.

Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd.

ANIMONSTA Studios mempunyai 30 tenaga kerja untuk membikin BoBoiBoy
PROSES rakaman suara perlu dilakukan dengan teliti.



Di sebalik hasil karya yang mempunyai durasi selama 11 minit itu, penonton mungkin tidak mengetahui bahawa pembikinan sebuah episod BoBoiboy mengambil masa kira-kira satu bulan untuk disiapkan sepenuhnya.
Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Abd. Razak berkata, terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilalui terlebih dahulu dalam penghasilan siri animasi BoBoiBoy.

Selanjutnya...

Rabu, 5 Oktober 2011

5S - Label @ 5S

Label atau 'tanda nama' adakah kemestian dalam amalan 5S?.. Fikir-fikirkan lah..ini kerana dalam kes ‘Label’ lah yang menjadikan sesuatu organisasi melaksanakan amalan 5S dengan betul, bijak, sesuai, kemas atau menjadi ala-ala tadika!

Sebab..., ada sesetengah amalan yang selalu menjadi ikutan adalah SEMUA BENDA NAK KENA LABEL!!..perkara inilah yang menjadikan orang selalu was-was dengan amalan 5S ni..betul ke macam ni?, takkan semua nak label? banyaknya nak kena label!, dan macam-macam persoalan lagi.

Disini, KyRe@tiF ingin berkongsi..antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum sesuatu LABEL itu dihasilkan adalah:
  1. Bila nak buat Label, pastikan ia bersesuaian dan ia ada fungsi/berguna
  2. Saiz Label itu adalah yang sesuai (tidak terlalu kecil atau terlalu besar!)
  3. Jelas dan senang baca (font / huruf yang mudah baca, penggunaan warna yang sesuai, pemasangan label yang senang untuk dibaca)
  4. Label yang mudah difahami/ringkas/kemas (tidak perlu ayat-ayat yang panjang, atau kurang difahami, bahasa yang kasar dan sebagainya)
# huraian lanjut : dapatkan eBook 5S YES!!

Apa-apa pun, sebelum membuat label, kina ingat apa FOKUS kita dalam melaksanakan Amalan 5S/QE ini.. ingat 5K seperti yang pernah diceritakan dahulu.. (5S - Fokus Utama 5S adalah 5K!).. ok semoga sukses selalu ;)


Selanjutnya...

Selasa, 4 Oktober 2011

KREATIF - Robot Cari Barang Hilang

TIAN CHUAN (kanan) menunjukkan produk ‘Lost Metal Detector Robot’ yang mengungguli EMYIS 2011 anjuran UniMAP sambil diperhatikan Wan Shahrizal
SUMBER : Berita Harian (4 Oktober 2011)
Pelajar diploma juara keseluruhan pertandingan EMYIS 2011 anjuran UniMAP

KUALA PERLIS: Mencari barangan hilang amat menyulitkan, lebih-lebih lagi jika saiznya kecil. Kini masalah itu boleh diatasi dengan mudah dengan syarat barangan hilang itu diperbuat daripada logam terutama besi.

Percaya atau tidak, itu yang dibuktikan Low Tian Chuan, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui produk dihasilkannya dikenali ‘Lost Metal Detector Robot’.
Berkat kreativiti serta keunikan ditonjolkan Tian Chuan menerusi produk itu bukan saja dipilih menerima pingat emas, malah turut dinobat juara keseluruhan pertandingan EYReC-Minds Young Inventor Show (EMYIS 2011) anjuran UniMAP.

Tian Chuan ketika ditemui mengakui kejayaan berganda dicapai ‘Lost Metal Detector Robot’ sebagai suatu di luar dugaan, walaupun menyedari potensi dimiliki produk itu.

Selanjutnya...

Sabtu, 1 Oktober 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 6

Sumber : ALIF FIRDAUS : cartoonrama.blogspot

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...