Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 27 Februari 2014

5S - ToT Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) @ 18-19 Februari 2014


18 & 19 Februari 2014, Putrajaya : MAMPU telah menganjurkan Program Training of Trainers (ToT) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Putrajaya. Hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih dan yang telah berjaya melaksanakan Amalan 5S Sektor Awam telah di panggil bagi ToT ini.

EKSA adalah penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam oleh MAMPU adalah bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan menyemarakkan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Antara objektif ToT EKSA adalah untuk :
  • memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif 
  • memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA
  • menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA
  • melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA
Ceramah I : oleh DR. SALMAH BT ISHAK
Ceramah II : oleh PN. MALATHY A/P NARAYANAN
Program 2 hari ini mengandungi aktiviti yang padat dan menyeluruh seperti :
  • CERAMAH I : Pengenalan EKSA
  • CERAMAH II : Etika Pengauditan EKSA
  • SESI PERKONGSIAN ILMU I : Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM)
  • SESI PERKONGSIAN ILMU II : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JKSS)
  • LAWATAN / LATIH AMAL AUDIT EKSA : Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Masjid Putra Putrajaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Mahkamah Syariah Putrajaya
  • PERBINCANGAN & PEMBENTANGAN
  • Sesi Perbincangan Kumpulan
    Sesi Perkongsian Ilmu dari JKDRM (Pn. Kamaliah Kasim) dan dari JKSS (YA Shaiful Azli)
Sesi Perbincangan Kumpulan dan Perbentangan
Sesi Latihan Amal / Audit ke Agensi yang berkenaan di Putrajaya
Majlis Penutup dan Penyampian Sijil Perlantikan telah di sampaikan oleh KALIBASKARAN A/L MUNIANDY (Pengarah Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, MAMPU)

Selanjutnya...

Rabu, 12 Februari 2014

KREATIF - Karangan Menggunakan Huruf 'P"

Arahan:
Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..

Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang. Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !Penamat...Perghhhhh

 Sumber : FB

Perrrghhh Pening Punya Penerangan, Pepe Pun Pandai Punye...Poyo!!

Selanjutnya...

Selasa, 11 Februari 2014

5S - Lawatan 5S Kolej Komuniti Selayang ke MPC



Lawatan Sistem Amalan 5S/QE dari Kolej Komuniti Selayang, Selangor ke MPC telah diadakan pada 10 Februari 2014. Berikut dikongsi gambar sesi lawatan berkenaan. (gambar sumber FB: MPC)





Sumber : FB : MPC : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.769753509720486.1073741993.116585418370635&type=1

Selanjutnya...

Jumaat, 7 Februari 2014

KREATIF - CARA BUNUH NYAMUK (DIY)



CARA BUNUH NYAMUK (DO-IT-YOURSELF)

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.

3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.

4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.

5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba...

Nota: Sumber : FB - takpernah cuba lagi..hi2

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...