Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 20 November 2013

Taklimat 8S @ UM Siri 1/2013

Amalan 8S : SALAM> SAYANG> SEGAK> SEGERA> SEMPURNA> SENSETIF> SENYUM> SOPAN
 
Taklimat berkenaan Amalan 8S - Semasa Berurusan Dengan Pelanggan telah di buat di Wisma R&D Universiti Malaya (UM) pada 11-12 November 2013 yang lalu. Antara Objektif taklimat 8S ini adalah untuk:
  • Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Keraja
  • Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi Kerajaan secara keseluruhan.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam amalan harian penjawat awam.
  • Meningkatkan imej Sektor Awam ke arah perkhidmatan bertaraf dunia, dan
  • Memupuk budaya kerja yang mesra pelanggan di agensi Kerajaan dalam berurusan dengan orang ramai.
Taklimat telah disampaikan oleh En.Yaba (Perunding 5S) kepada pegawai/kakitangan UM.
 

Selanjutnya...

Khamis, 14 November 2013

INOVASI : Mercy Malaysia dinobat pemenang AIPM 2013

Sumber : Utusan @ 14 Nov.2013

NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 kepada Ahmad Faizal Mohd. Perdaus (dua, kanan) di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ali Hamsa (kanan) dan Setiausaha Kehormat Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan (tiga, kiri). - BERNAMA
PUTRAJAYA 13 Nov. - Mercy Malaysia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2013 atas pengiktirafan terhadap sumbangan organisasi itu khususnya bantuan perubatan dan kemanusiaan yang dijalankan di lebih 19 negara.

Menerusi pengiktirafan itu, Mercy Malaysia menerima wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pemilihan dan pencalonan AIPM dilakukan jawatankuasa pemilihan yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan serta individu terkemuka dalam sektor swasta, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selanjutnya...

Rabu, 6 November 2013

PECIPTA 13 - Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 7-9 Nov.2013



Jom ke Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 7-9 Nov.2013 di KLCC

Transforming Research and Innovation Towards Commercialisation

PECIPTA is an acronym for PERSIDANGAN DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA, is created to achieve a platform to network with innovative & creative, buyers & sellers and to create a strategic mix of business networking, showcasing IPTA’s research & development products towards the establishment of a developed nation.

Regarded as the region's premier IPTA’s R&D expo, which will feature local IPTs including IPTA, IPTS, Polytechnics and Community Colleges, exhibitors will have the opportunity to secure new markets, network with industry experts, obtain new technology insights and engage in exploratory business matching line-ups planned during the event.

Above all, this event is an exhibition of research and development to exhibit the inventions, innovations and other outcomes emanating from research undertaken by all the public institutions of higher learning in the country
 

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...