Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 22 Mei 2012

5S - Tahniah JPM- Pensijilan 5S MPC tahun ke-2

Tahniah buat warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) - Pentadbiran Am atas kejayaan memperolehi pensijilan ke-2 5S MPC pada 7 Mac 2012 yang lalu.

Sumber : Blog PAJPM : http://5spajpm.blogspot.com/
Pengauditan 5S oleh MPC yang dilaksanakan pada (7 Mac 2012), PAJPM telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula 5S dengan cemerlang untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga 7 Mac 2013.
Syabas dan tahniah kepada semua warga PAJPM. Semoga prinsip dan amalan 5S berkembang menjadi budaya dan jatidiri kita semua.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PAJPM yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengekalkan pensijilan 5S. Kejayaan ini adalah kejayaan anda semua yang telah banyak memberikan sokongan kepada pihak pengurusan. Amalan terbaik ini hendaklah dikekalkan dalam apa juga program yang akan dilaksanakan nanti.


Selanjutnya...

Jumaat, 18 Mei 2012

INOVASI - Tong Gas Moden

Hasil Inovasi dan kreativiti, maka terhasilah Tong Gas yang nampak lebih cantik, ringan dan tidak boleh meletup (itu yg penting tu).. berikut berita dari akhbar Kosmo (16 Mei 2012)...

Silinder komposit hanya 4.7kg
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR (Akhbar Kosmo)



TAMPIL dengan rekaan yang lebih ringan, unik dan paling penting dijamin tidak meletup dalam apa jua situasi, pengeluaran silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit buatan tempatan bakal menyuntik inovasi baharu dalam penggunaan tong gas memasak.

Dengan variasi rekaan tong gas yang dihasilkan, pengguna juga boleh memilih rekaan yang digemari untuk diguna pakai di dapur masing-masing.

Inovasi tersebut bakal dibangun dan dipasarkan oleh syarikat 100 peratus milik bumiputera, Faidhi Holdings Sdn. Bhd. (FHSB) menjelang awal tahun hadapan.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...