Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 31 Disember 2013

2014 - Dia Sudah Mari...

2013 dah pergi
2012 tinggal memori
2014 dia mari
2015 tak tahu lagi
2020 hidup ke dah mati....

2014 dia mari
Azam baru silih ganti
Yang lepas tercari-cari
Tak fokus tu jadi begini

2014 dia mari
Cabaran menanti
Tak menentu ekonomi
Cukup ke duit gaji
Untuk anak bini
Moga murah rezeki

2014 dia mari
Sentiasa mohon Ilahi
Bencana dijauhi
Kemungkaran dilaknati
Negara dilindungi
Agama disanjungi
 
KyRe@TiF 1435 / 2014

Selanjutnya...

Isnin, 30 Disember 2013

5S - Pensijilan 5S/QE MPC @ Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak


 28 November 2013 - Syabas kepada Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) Perak atas kejayaan mengharungi Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) pada 28 November 2013 yang lalu.
Wakil MPC Zon Utara, En.S.Sivasena telah mengaudit persekitaran KKPS dan institusi ini layak untuk dianugerahkan Sijil 5S/QE MPC. Penat lelah warga KKPS akhirnye berbaloi. Sukses dan Sentiasa Amal selalu..

Sumber : TQ kepada Umi Sanisah atas maklumat yang diberi dan koleksi gambar merujuk FB https://www.facebook.com/pages/KK-Pasir-Salak/497820483584750



https://www.facebook.com/pages/KK-Pasir-Salak
http://www.kkpsa.edu.my/my/









Selanjutnya...

Jumaat, 27 Disember 2013

KREATIF - Papan Tanda LARANGAN BUANG SAMPAH

Dikongsi gambar yang dirakam di Bali, Indonesia.
Papan tanda yang Kreatif bagi Larangan Buang Sampah yang membawa maksud yang mendalam dan unik...hihihi"Kalau Anda Bukan Orang Sembarangan, Janganlah Buang-Buang Sampah SEMBARANGAN!!"



Selanjutnya...

Rabu, 18 Disember 2013

Taklimat 8S @ UM Siri 2/2013

Taklimat Amalan 8S : SALAM> SAYANG> SEGAK> SEGERA> SEMPURNA> SENSETIF> SENYUM> SOPAN



Taklimat berkenaan Amalan 8S Siri 2/2013- Semasa Berurusan Dengan Pelanggan telah di buat di Wisma R&D Universiti Malaya (UM) pada 16-17 Disember 2013 yang lalu. Antara objektif taklimat ini adalah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan serta menerapkan nilai-nilai murni dalam amalan harian penjawat awam.








Semua peserta kursus sentiasa SENYUM, SEDIA, SEHATI, SERONOK dan SEMANGAT sepanjang 2 hari kursus ini berlangsung.. Terbaik leee. Taklimat telah disampaikan oleh En.Yaba (Perunding 5S) kepada pegawai/kakitangan UM.

Lagi gambar @ FB : Kursus 8S @ UM_16-17 Dis.2013

Taklimat 8S @ UTM Siri 1/2013

Selanjutnya...

Khamis, 12 Disember 2013

1001 INVENTIONS : Pameran Kegemilangan Islam

Jom, sempena cuti sekolah ini, bawalah keluarga kita ke Pameran yang hebat ini :
1001 Inventions Di Malaysia :

Pameran blockbuster, 1001 Inventions yang telah memenangi anugerah, merupakan sebuah pameran tentang pencapaian Tamadun Muslim dalam sains dan teknologi. Pameran ini telah bermula pada pertengahan 2013 sebagai pameran ulung kali di rantau Asia. Pameran yang mendedahkan 1,000 tahun dalam sains dan teknologi di Pusat Sains Negara. Pameran ini akan berakhir pada 28 Febrauari 2014. Butiran lanjut : http://www.1001inventions.com.my/bm/index.php



Layari laman Facebook “1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim.”

TEMUI WARISAN TAMADUN ISLAM

Tamadun
 Muslim telah bermula dari Sepanyol hingga ke China. Bermula dari abad ke-7, para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai latarbelakang dan budaya telah membina ilmu dari tamadun purba, dan telah menemui pelbagai ciptaan yang mempunyai kesan di dunia kita masa kini. Terokai Warisan Tamadun Islam menerusi zon-zon permulaan ini:
Home

School

Market

Hospital

Town

World

Universe

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...