Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Sabtu, 26 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433


"Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Rasullah Dan Umat Islam
Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan,
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan"

 Salam Ma'al Hijrah dari : KyRe@tiF 1433/2011

Selanjutnya...

Jumaat, 25 November 2011

KREATIF - Mini Motorbike dari Jam Tangan Terpakai

Hanya dari Jam Tangan terpakai, kita boleh buat hiasan seperti model motosikal (motorbike) yang nampak 'real' dan 'mahal'. Tapi kena ada kreativiti yang tinggi dan hasil seni tangan yang halus le. Jom layan gambar-gambar kreatif ini.



Selanjutnya...

Khamis, 24 November 2011

5S - Kertas Pembentangan Konvensyen 5S MPC 2011


Salam Sukses! Bagi rakan-rakan 5S/QE sekalian, berikut dikongsi bersama kertas-kertas pembentangan semasa Konvensyen 5S MPC 2011 yang berlangsung pada 19-20 Oktober 2011 yang lalu. Salinan hasil semua pembentangan ini telah di kumpul oleh pihak urus setia (MPC) dan telah di CD kan, seterusnya di beri kepada peserta yang telah hadir. CD berkenaan saya telah terima dari saudara Alhanzoli. (TQ bro..) Sejumlah 46 agensi yang terlibat dalam Konvensyen ini, dan dari CD berkenaan hanya 35 kertas pembentangan yang dapat dikongsi. Selebihnya terdapat masalah teknikal untuk dipaparkan. Kepada yang berminat akan kertas-kertas pembentangan amalan 5S bagi agensi-agensi berkenaan, bolehlah isikan borang maklum balas dibawah atau emel ke ksukses5s@gmail.com dengan menyatakan no KOD bagi kertas pembentangan berkenaan. Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam memantapkan lagi 5S/QE di negara kita. Sukses selalu..

note: Dapatkan Kertas Pembentangan ini dengan menyatakan KOD KZxx pilihan anda dan emel ke  KyRe@tiF
Mohon gunakan emel ksukses5s@gmail.com - emel sukses_5s@yahoo.com ada masalah
Antara Kertas Pembentangan adalah dari Johan Konvensyen 5S 2011 berkenaan iaitu TNB Kulaijaya. 
Lain-lain adalah dari Agensi Kerajaan dan Swasta seperti MODENAS, CMS, HICOM, TNB (Muar, Pahang, Jitra, Langkawi, Muar, Melaka), MD Cameron Highland, MP Alor Gajah, KD Pelandok, JUPEM Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JPN Kelantan dan banyak lagi..

DAPATKAN DVD KOLEKSI KERTAS PEMBENTANGAN KONVENSYEN 5S/QE MPC 2010,2011 & 2012

Selanjutnya...

Selasa, 22 November 2011

SYABAS MALAYSIA - Juarai Emas Bola Sepak Sukan Sea 2011

Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Harimau Malaya atas perjuangan tinggi untuk mempertahankan Pingat Emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta malam tadi. Cukup mendebarkan perlawanan akhir ini yang berlangsung dalam 120 minit dan ditentukan dengan sepakan penalti.. Peh!! memang mantap dan  rasa bangga atas usaha skuad OKS - Harimau Malaya ini.. ysememangnya layak sebagai skuad terbaik di Asia Tenggara.

Berita penuh @ Utusan Malaysia 22.11.2011: 
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.

Syabas sekali lagi, semoga sukses selalu!!!

Selanjutnya...

Selasa, 15 November 2011

KREATIF - Mangga Kunci -Kreatif Tak Kena Tempat!

Mangga ada macam-macam jenis.. tapi bukan buah mangga ye. Kali ni KyRe@tiF nak berkongsi tentang Mangga Kunci yang kita gunakan, tetapi sedarkah anda akan fungi dan keberkesanan mangga kunci anda itu .. Di sini, ada beberapa gambar yang dikumpul KyRe@tiF yang boleh buat anda senyum sendirian melihat gelagat orang yang menggunakan Mangga Kunci ini. Tapi ingat dalam Amalan 5S, kunci / aspek KESELAMATAN amat penting. Oleh itu jangan amalkan kaedah kunci mangga sedemikian. Jom layan..

Selanjutnya...

Rabu, 9 November 2011

KREATIF - Logo Dilarang Merokok

Kebiasaanya kita selalu nampak LOGO/ SIMBOL ' Dilarang Merokok/No Smoking' yang jenis bulat sahaja, seperti rajah di bawah. Tetapi hasil kreativiti, logo-logo 'No Smoking' yang di buat berbeza dari selalu. Sekali pandang kita dah tahu, dengan merokok ia boleh merosakkan hati, gigi, jantung dan seumpamanya.. Boleh le buat logo sedemikian di tempat kerja anda dalam melaksanakan Amalan 5S/QE.. Dengan logo ini, perokok tegar dah tahu kesan dari merokok..hi2.. ok semoga Sukses & Kreatif selalu..
Logo 'Larangan Merokok' yang biasa dilihat
Logo 'Larangan Merokok' luar biasa dan kreatif

Boleh jua rujuk kreativiti bagi POSTER ROKOK yang menginsafkan di post sebelum ini....

Dan Logo NO.E-ROKOK : http://sukses5s.blogspot.com/2013/07/kreatif-logo-dilarang-e-rokok.html

Selanjutnya...

Ahad, 6 November 2011

SALAM AIDILADHA 1432

KyRe@TiF mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1432 H. Semoga apa yang kita lakukan dibuat dengan penuh kesabaran, perlu pengorbanan dan hanya pada-Nya kita berserah.

Selanjutnya...

Jumaat, 4 November 2011

5S - Mini Konvensyen 5S NRE 2011

Atur cara Konvensyen 5S NRE 2011
31 Oktober, Putrajaya : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah berjaya menganjurkan Mini Konvensyen 5S NRE 2011 buat kali ke-4 dengan jayanya. Aktiviti ini telah menjemput semua agensi dan jabatan dibawah NRE mempersembahkan pelaksanaan Amalan 5S/QE ini dengan memberi fokus kepada impak pelaksanaannya. Antara impak 5S kepada organisasi adalah:
  1. Penjimatan Ruang dan Masa
  2. Penjimatan Tenaga Eletrik dan Air
  3. Penggunaan Barang Kitar Semula
  4. Penggunaan Aset Kerajaan (Lebih Efisien)
  5. Kepuasan Pelangan Dalaman dan Luaran
  6. Impak kepada Kerja Hakiki
  7. Kreativiti dan Inovasi Kakitangan
  8. Keseronokan Bekerja
Antara Jabatan/Agensi yang mengambil bahagian dalam Konvensyen 5S NRE ini adalah Jab.Alam Sekitar, JPS, FRIM, JUPEM, Jab.Taman Laut, NAHRIM, PERHILITAN, INSTUN, Jab.Perhutanan, JKPTG. Dan bagi mengadili persembahan setiap pasukan, 3 juri jemputan telah diundang, iaitu:
  • En. Muhammad bin Omar (Wakil MPC)
  • Pn. Rozita binti Mohd.Rosli (Wakil Bhg.Pinjaman Perumahan)
  • Wakil MAMPU
Syabas atas penganjuran aktiviti sedemikian, semoga ia dapat diteruskan di masa hadapan dan menyemarakkan lagi amalan 5S/QE ini. Dikongsi bebarapa gambar bagi aktiviti berkenaan. Sukses selalu....
Suasana Acara berlangsung @ Dewan Baiduri, NRE

Peserta dan Tetamu yang hadir
Antara Persembahan dari wakil Agnesi/Jabatan
Acara Penutup : Ulasan Juri dan Penyampaian Cenderahati
Menarik & Kreatif ! Kuih 5S - diberi kepada peserta yang dapat menjawap soalan kuiz 5S

Selanjutnya...

Khamis, 3 November 2011

5S - Konvensyen QE/5S Kebangsaan MPC 2011

Seperti yang pernah dimaklumkan dalam post : Jemputan Konvesyen QE/5S Kebangsaan 2011 yang lalu, berikut dikongsi sedikit berita konvensyen yang telah berlangsung ini, dimana Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan jayanya telah menganjurkan ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE & EXPOSITION 2011 (APIC) pada 19 dan 20 Oktober 2011 yang bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC), Subang Jaya, Selangor. APIC 2011 ini merupakan satu program buat pertama kalinya diadakan yang merangkumi tiga program utama MPC iaitu Konvensyen ICC Kebangsaan, Konvensyen QE (5S) Kebangsaan dan Persidangan Produktiviti 2011.
Yang Berhormat Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), merasmikan APIC 2011

Salah satu kreativiti persembahan pembentangan

JUARA QE/5S Keseluruhan : TNB Kulaijaya
Sumber Berita dari Blog MPC Headquartes : APIC 2011
# Nantikan jua kesemua slide/kertas pembentangan semasa Konvesyen QE/5S ini yang akan KyRe@tiF kongsikan dengan semua rakan-rakan 5S pada post akan datang..

Selanjutnya...

Selasa, 1 November 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 7

Sumber : Alif Firdaus Azis > cartoonrama.blogspot.com

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...