Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 28 Februari 2011

SURAU - Label Surau yang Unik


Kebiasaannya bagi menghasilkan Label, kita mesti akan membuat label yang biasa orang lain buat, sebab dengan label/simbol yang mudah difahami, akan mencapai tujuan/fokus 5S iaitu KOMUNIKASI. Dalam amalan 5S label/simbol/tanda nama amat penting dalam menerangkan maksud agar cepat difahami. Saya terjumpa dengan satu label SURAU yang lain dari yang lain. Selalunya kalau label Surau/Masjid/Tempat Solat mesti gambar Kubah Masjid atau Simbol Orang pakai songkok atau tudung. Tetapi baru-baru ini saya terjumpa dengan label Surau gambar orang 'duduk tahiyat'...OK jugak ia unik dan mudah faham..so kalau nak buat label lain dari yang lain boleh le buat macam ini, atau fikir idea yang lebih kreatif agar ia menjadi 'rujukan' atau 'bualan' oarang lain... nota : Label Surau ini ditemui di Hotel Empress, Sepang, Selangor.

Selanjutnya...

Rabu, 23 Februari 2011

Kreatif @ Gambar

Jom kita buat effect pada gambar!..caranya masuk ke Website Befunky . Pastu kita boleh le buat 'kesan' pada gambar kita seperti cartoonizer, charcola, stencil, sunburst, warholizer dan pelbagai lagi. Atau banyak lagi pilihan untuk kita berkreatif.. Ikut langkah yang diberi.. .muat turut gambar dan pilih effect mana yang berkenan, pastu save..mudah je..jom ke Befunky

Selanjutnya...

KREATIF : Apa dia Kreatif & Inovasi?

Menurut sumber wikipedia.. Kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.
Manakala perbezaan antara kreatif dan inovasi adalah :
Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.
Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi. Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seiring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing..
Nak senang faham...kreatif berasal dari perkataan Create = Cipta...so dia adalah benda baru, manakala Inovasi adalah penambahbaikan idea kreatif tersebut,...betul ke?...kalau salah 'tafsiran' saya ini tolong bagitahu ye...

Selanjutnya...

Selasa, 22 Februari 2011

SIHAT - Label Kreatif untuk Naik Tangga

Label yang menarik.. salah satu item dalam 5S adalah label yang berkesan. Label ini mengsyorkan kita menggunakan anak tangga. Satu amalan SIHAT yang perlu dipratikkan. Bila kita baca label ini, kita akan tergerak untuk menggunakan tangga, sebab hanya 18 anak tangga je..so tercabar la..daripada godaan naik lif..hi3. Gambar ini adalah kiriman sahabat Ghapok Ghacheng semasa beliau kursus di Gambang, Pahang. semalam. Terima kasih sahabatku..

Selanjutnya...

Ahad, 20 Februari 2011

Promosi 5S - Melalui Kalendar

Pelbagai kaedah boleh kita mempromosikan 5S ni, antaranya adalah penerbitan kalendar 5S. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) ada menghasilkan kalendar 5S yang ringkas dan menarik sempena Konvensyen 5S NRE 2010 yang lalu dan telah mengedarkan kepada peserta dengan kalendar 2011 ini. Siapa yang berminat, boleh le buat lawatan 5S kat NRE, kalau kalendar tu masih ada stok lee..hi7

Selanjutnya...

Sabtu, 19 Februari 2011

SEGAR - Nyaman udara di Cherengin

Sekali sekali menghirup udara SEGAR best jugak. Hari ini ada urusan kerja di Janda Baik, Pahang. Menginap di sebuah hotel baru yang tak sampai setahun dibina iaitu Cherengin Hills Convention & Spa Resort ...Ok lah tempatnya damai dan nyaman. Unik jugak setiap nama bilik diberi nama bermula dengan huruf C, seperti Chemara, Chemperai, Cherengin, Chermai.. .kreatif..kreatif..


Selanjutnya...

Rabu, 16 Februari 2011

Taklimat 5S Standard : JABATAN TENAGA MANUSIA

16 Februari 2011, Putrajaya - Taklimat 5S berkaitan Standard dan Audit telah disampaikan kepada pelawat dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Seramai 15 orang telah hadir dan mendengar sesi taklimat 5S berkenaan. Beberapa tips dan gambar berkenaan audit 5S dikongsi dengan mereka.. Selamat maju jaya JTM untuk buat 5S!

Selanjutnya...

Selasa, 15 Februari 2011

SENYUM - Kempen Amalan Senyum

Senyum.. satu sedekah yang mudah.. oleh itu senyumlah selalu, agar orang sekeliling mudah dekat dengan kita, dan kita akan sentiasa selesa dan sukses!!
Pihak kerajaan dibawah MAMPU sedang mempergiatkan Kempen Amalan Senyum kepada penjawat awam dalam memberi perkhidmatan dengan senyuman terutamanya kepada petugas agensi-agensi barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai. Rujuk Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk ‘Usaha-Usaha Memantapkan Amalan Senyuman Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam’ bertarikh 17 Disember 2010 untuk rujukan semua. .....Senyumlah, senyumlah....ahai cek mek molek!!
 

Selanjutnya...

Salam Maulidur Rasul 1432

KyRe@tiF mengucapkan Salam Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal 1432 bersamaan 15 Februari 2011



Selanjutnya...

Ahad, 13 Februari 2011

Preview eBook - 5S YES

Nantikan eBook : 5S YES pada APRIL 2011 ini....

video

Selanjutnya...

Berita 5S @ KOSMO - 11 Feb.2010 Jumaat

Seminar 5S tingkat semangat daya saing pekerja


SEBAHAGIAN daripada kakitangan kerajaan dan swasta yang menyertai seminar 5S di Kepala Batas baru-baru ini.



BIMBINGAN. Seramai 300 kakitangan kerajaan dan swasta di Pulau Pinang mengikuti seminar Transformasi Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di Dewan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Pengarah MPC wilayah itu, Sarimah Misman berkata, amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa diamal diperkenalkan bagi meningkat semangat daya saing di kalangan kakitangan agensi berkenaan.
Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan pada seminar itu.
Pegawai Perunding Kanan Ibu Pejabat MPC Petaling Jaya, Mokhzani Aris Mohd. Yusoff membentangkan kertas kerja bertajuk: ''Panduan Pembangunan Piawaian Persekitaran Berkualiti.''
Kertas kerja bekas pegawai Institut Kamahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis, Ramli Muhammad pula bertajuk: ''Impak Kerja Menjadi lebih efisyen'', manakala ''Teknik Pengurusan Amalan'' disampaikan oleh Eksekutif Pengurusan Modenas, Sazari Mohamad.

Selanjutnya...

APA DIA 5S? ... Part I

Apa dia 5S ? ada juga yang mengenalinya dengan Persekitaran Berkualiti (QE), oleh itu 5S/QE adalah perkara yang sama dan amalan ini telah dimulakan di negara Jepun.  Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan (Kaizen).
Konsep Amalan 5S di Malaysia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional (seperti kilang-kilang yang berasal dari Jepun seperti Toyota dan seumpamanya). Kini dalam tahun 2000an banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam pula telah mengamalkan Amalan 5S. Bagi memperolehi Pengiktirafan Pelaksanaan Amalan 5S - satu sijil akan dikeluarkan setelah mematuhi proses pengauditan 5S oleh satu badan yang dikenali sebagai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) - dahulunya dikenali sebabagi NPC. Dan kini bagi agensi-agensi sektor awam boleh juga memperolehi pengiktirafan/pensijilan 5S dari MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia)

Penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal....ingin lebih detail, rujuklah dokumen-dokumen yang telah KyRe@tiF kongsikan ini seperti Amalan 5S MAMPU, MPC, MBSA dan lain-lain. Tetapi kalau nak lagi mudah faham dan informasi yang menarik, marilah daptatkan eBook : 5S YES - Tips & Panduan Amalan Berkesan 5S..... apa tunggu lagi..

Rujuk juga : APA DIA 5S? .... Part II

Selanjutnya...

Sabtu, 12 Februari 2011

Perkongsian Dokumen Amalan 5S!

Jom 5S!! Berikut KyRe@tiF berkongsi bersama-sama dokumen, buku panduan, slide yang berkaitan dengan Amalan 5S di negara kita. Di kongsi bersama dengan klik pada icon dokumen-dokumen berkenaan. Dan terus download.. percuma jeeee.. yang tak boleh nak download boleh emelkan kepada sukses_5s@yahoo.com dan nyatakan dokumen yang dikehendaki..InsyaAllah akan KyRe@tiF uruskan dengan mengemel ke alamat  emel anda.. sukses!!
Perkongsian sehentian dokumen 5S hanya di SUKSES 5S

Selanjutnya...

Jumaat, 11 Februari 2011

Tarikh 11.02.2011 - BLOG SUKSES 5S - kemunculannya...

11022011 (Jumaat) : Alhamdulilah, akhirnya pada tarikh dan hari yang baik ini, blog SUKSES 5S ini tercipta, semoga ia dapat memberi manfaat untuk kita bersama dalam menjayakan apa-apa bidang dengan penuh kreatif dan inovatif.. Blog ini diwujudkan bagi perkongsian idea, pandangan dan kreativiti dalam semua bidang. Ia juga fokus kepada amalan 5S/ QE (Persekitaran Berkualiti)- Quality Enviroment di Malaysia. Semoga Sukses Selalu Sejahtera Sentiasa!!
p/s: tarikh11.02.2011..kalul terbalikan jadi 2011 jua....

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...