Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 31 Disember 2014

5S : Taklimat EKSA @ Perbadanan Perpustakaan Awam Perak


Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Perak telah diadakan pada 17 September 2014. Seramai 40 orang kakitangan telah hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhamad Izzwa Shahril bin Idris dari Seksyen Inovasi dan Pengiktirafan, Bahagian Perunding Pengurusan dari MAMPU. Antara faedah pelaksanna EKSA adalah dapat mewujudkan persekitaran berkualiti di tempat kerja, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi dan meningkatkan imej agensi sektor awam.

Sumber : Buletin PPANPk Jilid 6.Bil.3

Selanjutnya...

Rabu, 24 Disember 2014

Taklimat 5S @ JKR KL 11.12.2014



11 Disember 2014: Jabatan Kerja Raya (JKR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah Berjaya menganjurkan satu taklimat 5S/QE kepada warga jabatanya. Hampir 40 peserta dari semua bahagian telah hadir taklimat berkenaan. Taklimat sehari ini telah disampaikan oleh Perunding 5S, Mr.Yaba. Sesi Perbentangan pula, setiap kumpulan perlu menerangankan secara ringkas Apa Dia 5S yang mereka fahami hasil dari taklimat yang disampaikan. Syabas kepada JKR KL atas usaha ini, semoga Amalan Persekitaran Berkualiti di jabatan ini diteruskan dan dipersijilkan. Syabas!







Selanjutnya...

Khamis, 27 November 2014

5S - 18 Terima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE MPC @ 25 Nov.2014

HAMIM SAMURI (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada penerima pada Seminar Perkongsian Amalan Terbaik dan Majlis Penyampaian Sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S di Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 25 Nov. – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) me­nganugerahkan Sijil Amalan Per­sekitaran Berkualiti QE/5S kepada 18 organisasi di negeri ini yang berpotensi untuk ditingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatannya secara optimum.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd. Razali Hussain berkata, pensijilan diberikan selepas orga­nisasi terlibat melaksanakan amalan QE/5S melalui bimbingan, latihan, panduan dan tunjuk ajar MPC dalam tempoh tujuh bulan.

"Kita mahu organisasi yang dianugerahkan sijil ini dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti, kualiti, penurunan kos operasi, penambahbaikan kepada sistem penyampaian, moral kakitangan dan peningkatan dalam aspek keselamatan.

"MPC berharap amalan persekitaran berkualiti di organisasi yang diberikan pensijilan dapat dikekalkan serta ditingkatkan daripada segi kecekapan sistem dan proses kerja yang boleh menjadi contoh terbaik serta penanda aras kepada organisasi lain,” katanya demikian pada perasmian Seminar Perkongsian Amalan Terbaik dan Majlis Penyampaian Sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S Parlimen Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, di sini semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri merasmikan program tersebut. Mohd. Razali berkata, agensi terpilih menerima manfaat melalui bimbingan berupa persekitaran kerja lebih baik dan kondusif, mendapat pengiktirafan dan lebih penting suntikan anjakan pemikiran untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan.

Sementara itu, Hamim berkata, MPC perlu terus menggandakan usaha agar pelaksanaan sistem amalan persekitaran berkualiti dilakukan lebih banyak organisasi sama ada sektor awam atau swasta khususnya di negeri ini. Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, daripada 18 organisasi yang menerima pensijilan itu, 12 organisasi dari daerah ini dan kejayaan berkenaan amat membanggakan.

Pada majlis itu, organisasi di sini yang menerima pensijilan itu ialah Pejabat Daerah Ledang; Majlis Daerah Tangkak; Pejabat Kadi Daerah Ledang; Majlis Agama Islam Johor Daerah Ledang; Masjid Jamek Tangkak dan Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas.

Bagi kategori pendidikan pula, Pejabat Pelajar Daerah Muar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Persisiran Perdana; SMK Tengku Mahmud Iskandar; SMK Ledang; SMK Tun Mamat dan Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek.

Turut menerima pensijilan itu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang; Johor Corporation; Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora); Kolej Komuniti Segamat; Politeknik Ibrahim Sultan dan Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru.

 Sumber : UTUSAN ONLINE

Selanjutnya...

Jumaat, 21 November 2014

5S - Kursus EKSA Jab.Pendidikan WP K.Lumpur 12-14 Nov.2014

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah Berjaya menganjurkan Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12 hingga 14 November 2014 yang lalu di Ipoh, Perak. Hampir 35 peserta dari kalangan urus setia dan jawatan kuasa telah menghadiri bengkel ini. Objektif utama penganjuran aktivti ini adalah untuk memberi pendedahan pelaksanaan EKSA dan menghasilkan dokumentasi yang sistematik dan seragam.
Bengkel 3 hari ini telah menjemput Penceramah dan Fasilitator dari Champion EKSA MAMPU iaitu saudara Mohd.Daud Mahdzur dan saudara Rabiulkhair Mohd Nor bagi perkongsian amalan-amalan 5S dalam pelaksanaan EKSA ini. Bengkel yang diketuai oleh Tn.Hj.Mohd Noh Buhari, serta penyelaras Pn.Norainon Ramli telah mencapai objektifnya atas komitmen semua peserta dan jadual bengkel yang teratur.
Hari Pertama : Pengenalan EKSA / 5S / QE

Hari Ke-2 : Audit EKSA, Dokumentasi dll

Hari k-3 : Pembentangan & Rumusan

Pembentangan Kumpulan - Hasil Kerja
Urus setia Kursus  EKSA JPWPKL
 Sedikit info berkenaan pelaksanaan 5S di agensi ini, ia telah memperolehi Pensijilan 5S dari MPC pada tahun 2013-2014, di mana kini JPWPKL kini dalam peralihan ke pensijilan EKSA MAMPU yang disasarkan pada tahun 2015. Semoga Berjaya dan menjadi contoh kepada aegnsi-agensi lain. Sukses JPWPKL!

Selanjutnya...

Rabu, 19 November 2014

Karnival UPIN & IPIN @ Putrajaya 20-23 November 2014

Jom meriahkan lagi Karnival Upin & Ipin di Putrajaya pada 20-23 November 2014 ini. bawa anak-anak anda dan kita yang dewasa pun pasti teruja..sebab ada kemunculan istimewa ULTRAMAN!!!

Wahhhh...nak tahu lanjut..jom ke Putrajaya..
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Temui UPIN, IPIN & UTRAMAN


Info :
Karnival yang dinanti-nantikan bakal kembali lagi pada tahun ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan oleh Les’ Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain.Karnival Upin & Ipin akan dianjurkan secara besar-besaran di Putrajaya Interational Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 21 hingga 23 November 2014. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin. Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.

Butiran lanjut :
http://upindanipin.com.my/blog/karnival-upin-ipin-2014-picc-putrajaya/

Selanjutnya...

Selasa, 11 November 2014

5S - Skrin (Desktop) PC pun 5S!!

Jangan kita ingat kalau buat 5S/QE ni, hanya persekitaran sahaja yang berkualiti. Tapi skrin komputer (Desktop) kita sendiri jangan lupa. Hari-hari pakai PC, tapi lupa nak '5S' kan dia..
Oleh itu, SISIH folde/file yang ada pada Desktop tu, (buang apa icon atau file yang tidak perlu, atau buat satu folder, bagi nama (label), SUSUN ikut keperluan / folder yang ditetapkan. Yang penting sahaja di luar (skrin) desktop, yang lain simpan dalam sisitem/PC. SAPU juga PC tu, berabuk/debu , keyboard tu ketuk-ketuk sikit (banyak bendasing akan kelaur..hihihihi), SERAGAM kan folder/file di desktop. Akhir sekali SENTIASA AMAL apa yang kita lakukan.(sebulan sekali, ulangi). 
Jom '5S' kan Desktop anda!!
Contoh '5S' kan Desktop PC - warga Jabatan Penerangan Malaysia

Selanjutnya...

Khamis, 30 Oktober 2014

HARIAN METRO : 5 MINIT SAHAJA

Berikut keratan akhbar Harian Metro (21 Oktober 2014) berkenaan aktiviti dalam pelaksanaan Amalan 5S di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dengan tajuk 5 Minit Saja...
 

5 minit saja

Satu siri 'Kempen 5S' mengisi program perhimpunan bulanan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memupuk kesedaran dan motivasi dalam kalangan anggotanya mengenai amalan Konsep 5S.

Bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, program gotong-royong perdana itu dihadiri lebih 400 kakitangan pelbagai jawatan.

Pelbagai acara diaturkan antaranya, Gimik Pelancaran Kempen Amalan 5S '5 Minit Selepas Waktu Kerja' dan Penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan.

Turut diadakan aktiviti penyampaian kit peralatan gotong-royong, tayangan video LPP dan amalan 5S. Majlis itu disempurnakan Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan. Hadir sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu.

Kempen itu bagi memupuk kesedaran anggota LPP termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk mengamalkan Konsep 5S.

Setiap peserta dikehendaki menjadikan 5S sebagai amalan harian dengan memperuntukkan kira-kira lima minit sebelum pulang membersihkan ruang masing-masing.

Amalan 5S adalah alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima lima lang­kah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan 'S'.

Ia bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun diring­kaskan menjadi 5S.

Perkataan itu diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S adalah budaya memilih cara kerja yang lebih sesuai dan menghasilkan impak yang lebih praktikal melalui persekitaran kerja yang kondusif.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat multinasional.

Kini banyak agensi perkhidmatan awam me­ngamalkan Amalan 5S malah ada yang mendapat pengiktirafan menerusi persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)


Sumber Harian Metro : See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3129?m=1#sthash.zuQeAwh3.dpuf > sab@hmetro.com.my

Selanjutnya...

Selasa, 14 Oktober 2014

KREATIF : Trek atas Bumbung

Trek atas bumbung : Oleh kerana kekurangan tanah untuk buat balapan/trek, maka dengan kreatifnya sebuah sekolah di China, dibuat Trek nya atas bumbung.. 

Kalau nak PJ (Pendidikan Jasmani), kena naik tingkat atas. Kreatif juga idea mcm ni.. Ada berani buat sekolah macam ni?




SEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.

Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail. Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.

Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah. Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini

SUMBER :
Akhbar SINAR HARIAN : 14.10.2014

Selanjutnya...

Rabu, 8 Oktober 2014

KREATIF : Cipta Logo & Slogan KPWKM

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO & SLOGAN KPWKM 2014

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo baru dan slogan Kementeriannya bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Pertandingan ini bertujuan memperkasakan imej korporat, reputasi dan kredibiliti KPWKM dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sejahtera dalam usaha penjenamaan semula Kementerian ini.

Semua warganegara Malaysia yang berbakat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dalam poster dibawah, atau layarai laman web http://www.kpwkm.gov.my/ atau dalam akhbar tempatan (kosmo 5 Oktober 2014)

Selanjutnya...

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA 1435



Salam Aidiladha buat semua umat Islam, pada 10 Zulhijjah 1435 yang jatuh pada Ahad 5 Oktober 2014 ini, marilah kita bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Berikut beberrapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:
(sumber http://shafiqolbu.wordpress.com/)

SEBELUM 10 ZULHIJAH
  • Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah
  • Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha
  • Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran

PAGI 10 ZULHIJAH
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak

Selanjutnya...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bengkel 5S @ Jabatan Penerangan Malaysia, 29 Sept - 1 Okt. 2014

Tahniah kepada Bahagian Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat , Jabatan Penerangan Malaysia atas penganjuran Bengkel 5S/QE yang sukses. Aktiviti 3 hari ini (29 September hingga 1 Oktober) telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks KKMM, Putrajaya atas ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh Mr.Yaba. 

Pelbagai aktiviti dan sesi taklimat telah diberikan oleh penceramah seperti tugasan 5S/Sisih/Susun (individu), Penyelesaian Masalah (Berkumpulan), Persembahan dan Percambahan Idea.

Berikut dikongsi gambar-gambar aktiviti berkenaan:

Sesi taklimat disampaikan oleh Mr.Yaba

Kerja Berpasukan (Penyelesaiaan masalah) - Tulang Ikan

Antara Hasil Tugasan Individu - Pelaksanaan 5S di ruang Individu

Antara Hasil Tugasan Individu - Pelaksanaan 5S di ruang Individu

Persembahan / Perbentangan oleh 4 Kumpulan - Pasuka Persembahan Terbaik (Kumpulan Agent 5)

Penutup - Penyampaian Sijil Penyertaan oleh En. Md.Rizal Redzuan (Bos Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
dan Hadiah Berpasukan berupa sepasu Pokok Buluh Japan oleh Mr.Yaba

Selanjutnya...

Khamis, 25 September 2014

Kreatif @ Khamis : Tempat Gantung Charger HandPhone

Jom kretaifkan diri anda dengan buat tempat gantung Plug/Charger handphone. Guna barang terpakai je, botol plastik (cari le yang cantik-cantik), potong dan letak pada soket. Dengan cara ini, tidak le berselirat wayar charger dan tidak merbahayakan, jika tertarik dan sebagainya. Selamat mencuba

Selanjutnya...

Rabu, 17 September 2014

Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 @ 22-23 Sept.2014

SEMINAR INOVASI SEKTOR AWAM 2014
22 & 23 SEPTEMBER 2014
INTAN BUKIT KIARA, K.LUMPUR

PENGENALAN
Sektor awam masa kini mendepani isu globalisasi, kemajuan sains dan teknologi, persaingan bakat dan peningkatan daya saing negara menuntut transformasi ke arah sistem penyampaian yang lebih mantap dan responsif. Justeru, pemerkasaan elemen kreativiti dan inovasi dalam meningkatkan prestasi organisasi dilihat sebagai inisiatif transformasi yang lebih strategik untuk menyediakan sektor awam Malaysia bertaraf dunia dan berprestasi tinggi. Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 selama dua hari ini bertemakan “Anjakan Inovasi ke arah Transformasi Perkhidmatan Awam” bermatlamat memberi pemahaman tentang ekosistem inovasi sektor awam antaranya matlamat model (proses, sumber manusia, pemimpin dan asas) dan mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan awam. Seminar ini turut memberi pendedahan tentang kajian kes inovasi sektor awam yang dibentangkan oleh agansi terkemuka pengamal inovasi sektor awam dari dalam dan luar negara.

MATLAMAT SEMINAR
  • Memahami ekosistem inovasi sektor awam (proses, manusia, pemimpin dan asas)
  • Mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan awam
  • Memanfaatkan perhubungan dan membina rangkaian serta jalinan di antara peserta
  • Berupaya menjadi agen transformasi dalam melonjakkan proses transformasi
Brosur Seminar Inovasi ektor Awam
ANJURAN 
Anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia

Maklumat Lanjut : http://pippa.usm.my

Selanjutnya...

Isnin, 15 September 2014

5S @ PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad)

Syabas kepada PAIP iaitu singkatan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad, iaitu salah satu agensi di negeri Pahang yang telah Berjaya melaksanakan Amalan 5S/QE.

Serba sedikit mengenai PAIP, ia secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Ia berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

PAIP telah memperolehi Pensijilan 5S/QE MPC pada 21 November 2013, dan kini dalam proses pengekalan amalan 5S ini.




Terima kasih kepada sahabat Mohd Azam B. Mohamed <azam@paip.com.my> atas info dan perkongsian info dan gambar, semoga 5S @ PAIP sentiasa sukses dan janglan lupa Sentiasa Amal..

Nota : kepada agensi/jabatan di negeri Pahang / Zon Wilayah Timur yang ingin melawat 5S di PAIP, boleh lah menghubungi Pengurusan Air Pahang Berhad,  Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan,  Pahang Darul Makmur (Tel : 09-5712222 Fax : 09-571222)

Selanjutnya...

Selasa, 1 Julai 2014

5S - Taklimat Audit 5S/QE @ UTM Johor

Skudai, Johor : Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor Bahru telah menganjurkan Program Kursus Audit Dalam bagi Amalan 5S/QE selama dua hari pada 22 dan 23 Jun 2014 yang lalu, bertempat di Dewan Sri Alam Kolej Tun Fatimah UTM.

Ucapan Alu-aluan oleh Penyelaras (En.Taha Othman) dan taklimat oleh Mr.Yaba
Taklimat ini telah di sampaikan oleh Mr.Yaba kepada hampir 35 perserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan HEMA. Aktiviti dua hari ini meliputi sesi refresh 5S, Salah Faham 5S, Tips Audit 5S, Kriteria Pemarkahan Audit, Sesi Pratikal Audit Dalam 5S dan lain-lain lagi, serta beberapa tips akan kejayaan memeperolehi pensijilan 5S.

Berikut dikongsi beberapa gambar aktiviti berkenaan:
Sesi pemanas badan, Aktivti 'SALAM' , mengeratkan lagi kemesraan
Sesi pratikal Audit Dalam 5S/QE oleh peserta yang dipecahkan mengikut kumpulan
Perbincangan Kumpulan, hasil Audit dan persembahan keputusan
Kumpulan SINERGY membentangkan hasil audit yang diperolehi
Kumpulan SENTAP, tidak kurang hebatnya. Dan ia juga dinobatkan sebagai kumpulan persembahan terbaik (pantun)
Kumpulan SINAR membentangkan hasil pengauditan di Zon Soul HEMA
Kumpulan Terbaik jatuh kepada Kumpulan SUKA-SUKA, hasil dari perincian audit 5S yang dibentangkan
Penyampaian Sijil dan Cenderhati kepada semua peserta oleh Mr.Yaba dan En.Taha
Terima kasih kepada penyelaras program berkenaan, iaitu En.Taha Othman dan urus setia yang telah berjaya menganjurkan program berkenaan. Semoga sukses selalu HEMA UTM..

Selanjutnya...

Ahad, 29 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H

Ramadan bulan mulia,
Jalani ibadah kita bersama,
Ucapan selamat berpuasa,
Penuh sihat penuh ceria...

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...