Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 9 Disember 2011

KREATIF - 10 Tip "Islam Adalah Cara Hidup"

Salam Jumaat, hari ini KyRe@TiF nak kongi sedikit bahan bacaan ilmiah yang di perolehi dari Majalah GenQ (sebuah majalah baru). Berkenaan 'Islam Adalah Cara Hidup' di mana kreativiti yang ditonjolkan disini adalah penggunaan 'bahasa' teknologi 'komputer' yang biasa kita gunakan dalam perkongsian tips ini. Selamat beramal...
Berikut adalah Perkongsian Tip 'Islam Adalah Cara Hidup" :
  1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa
  2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati
  3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa
  4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
  5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar
  6. Jika kita bersedih - SELECT ibubapa untuk meluahkan perasaan
  7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat
  8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati
  9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
  10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha
Majalah GenQ Bilangan 4
Sumber dari Majalah GenQ : Bilangan 04 (Bulan Oktober 2011)
Info: Malajah GenQ - atau Perintis Generasi Quran Kreatif adalah majalah yang baru berada dipasaran sekitar bulan Julai yang lalu. Majalah Gen-Q membawa remaja atau generasi baru agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif penerbitan Gen-Q adalah untuk membimbing pembacanya bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup. Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

Selanjutnya...

Rabu, 7 Disember 2011

5S - SMT Klang > Sekolah Menegah Teknik Pertama Memperolehi Pensijilan 5S/QE

Syabas kepada Sekolah Menengah Teknik Klang, Selangor atas pensijilan Amalan 5S/QE MPC pada 18 November 2011 yang lalu. Ia merupakan sekolah menengah Teknik yang pertama memperolehi pengiktirafan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Amalan 5S di semua Sekolah Menegah Teknik dan Vokasional telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV) selaku satu bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengawalselia semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia sekitar tahun 2009. Sehubungan itu semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional digalakkan menerapkan amalan 5s disekolah masing-masing. Dan SMT Klang mengorak langkah cemerlang dengan mendahului sekolah-sekolah SMT/V yang lain. Syabas diucapkan sekali lagi.

Berikut coretan semasa proses pengauditan 5S oleh MPC (En.Ismail Mohd Nor) di SMT Klang yang telah dilaporkan oleh Ketua Zon Binaan Bangunan SMT Klang : En.Mohd Zaidi Moh Endon :
Juruaudit 5S MPC melakukan audit di Bengkel Binaan Bangunan sambil diberi penerangan oleh Ketua Bengkel Binaan Bangunan, sambil diperhatikan oleh Puan Pengarah (Pn.Hjh.Fuzyah Abdullah) dan Penyelaras 5S SMT Klang.
Audit 5S dijalankan di Pejabat Sekolah
Auditor sedang membuka almari simpanan fail Bilik Guru Akademik
Kelas juga tidak ketinggalan diaudit oleh pihak MPC
Sesi Rumusan dijalankan setelah selesai proses Audit 5S
Majlis Penyerahan Sijil Sementara oleh auditor sebagai tanda SMT Klang telah memperolehi pensijilan 5S
Menurut Sahabat Sukses5S (En.Mohd Zaidi), Pihak MPC telah memberi markah 90% dan penarafan 5 bintang akan pelaksanaan Amalan 5S disini. Begitu cemerlang akan pelaksanaan 5S @ SMT Klang, semoga akan terus mantap, sukses dengan menerapkan aspek 'Sentiasa Amal' dan 'Kaizen'. Teruskan!! dan selepas ini, sesiapa nak buat lawatan ke SMT Klang boleh lah berhubung dengan pihak sekolah berkenaan. Sukses selalu...

Selanjutnya...

Ahad, 4 Disember 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 8

Sumber : cartoonrama.blogspot (alif firdaus)

Selanjutnya...

Khamis, 1 Disember 2011

7S - Success @ Exam

Rasanya masih tidak lewat untuk diucapkan selamat menjalani Peperiksaan kepada yang mengambil SPM dan STPM pada kali ini. Dalam suasana exam ini (walaupun musim hujan dan banjir) diharap semua calon tabah menghadapinya. Kepada adik-adik yang telah selesai final exam, UPSR, PMR di harap bersedia pula untuk menghadapi exam yang lagi 'besar' pada tahun mendatang. Disini KyRe@tiF nak berkongsi dengan semua akan tips untuk menduduki peperiksaan semoga sukses selalu. Ini dinamakan Amalan 7S @ Success Exam. Jom sama-sama amalkanya...



Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...