Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah bersamaan tanggal 12 Rabiulawal (5 Februari 2012), dimana tahun ini diperingkat kebangsaan ia bertemakan Persefahaman AsasPerpaduan Ummah. Maulidur yang membawa maksud 'Kelahiran' yang disambut setiap tahun bagi mengenangkan dan menghayati perjuangan nabi yang kita sanjung. Pelbagai aktiviti yang bermanafaat dan ilmiah sempena sambutan hari yang mulia ini, dimana bagi peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:
- Bacaan Doa
- Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
- Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
- Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
- Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
- Ceramah agama
- Upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
Maklumat lanjut aturcara sambutan boleh dirujuk di laman Islam.gov.my
Menghayati Perjuangan Nabi
Selanjutnya...
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.




