Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 14 November 2013

INOVASI : Mercy Malaysia dinobat pemenang AIPM 2013

Sumber : Utusan @ 14 Nov.2013

NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 kepada Ahmad Faizal Mohd. Perdaus (dua, kanan) di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ali Hamsa (kanan) dan Setiausaha Kehormat Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan (tiga, kiri). - BERNAMA
PUTRAJAYA 13 Nov. - Mercy Malaysia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2013 atas pengiktirafan terhadap sumbangan organisasi itu khususnya bantuan perubatan dan kemanusiaan yang dijalankan di lebih 19 negara.

Menerusi pengiktirafan itu, Mercy Malaysia menerima wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pemilihan dan pencalonan AIPM dilakukan jawatankuasa pemilihan yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan serta individu terkemuka dalam sektor swasta, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selanjutnya...

Rabu, 6 November 2013

PECIPTA 13 - Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 7-9 Nov.2013



Jom ke Persidangan & Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 7-9 Nov.2013 di KLCC

Transforming Research and Innovation Towards Commercialisation

PECIPTA is an acronym for PERSIDANGAN DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA, is created to achieve a platform to network with innovative & creative, buyers & sellers and to create a strategic mix of business networking, showcasing IPTA’s research & development products towards the establishment of a developed nation.

Regarded as the region's premier IPTA’s R&D expo, which will feature local IPTs including IPTA, IPTS, Polytechnics and Community Colleges, exhibitors will have the opportunity to secure new markets, network with industry experts, obtain new technology insights and engage in exploratory business matching line-ups planned during the event.

Above all, this event is an exhibition of research and development to exhibit the inventions, innovations and other outcomes emanating from research undertaken by all the public institutions of higher learning in the country
 

Selanjutnya...

Sabtu, 12 Oktober 2013

KREATIF - Imej Kasi Pening

Tenung dan lihat tengah-tengah imej ini..apa jadi..mata pinau, ada pening?...


Selanjutnya...

Khamis, 10 Oktober 2013

KEPUTUSAN : KONVENSYEN 5S/QE MPC PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Kebangsaan 2013 anjuran MPC (Malaysia of Productivity Corporation) telah melabuhkan tirainya. Acara kemuncak 5S ini telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2013 di Gambang Water Park Resort, Kuantan Pahang. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Haji Adnan bin Haji Yaakob,Menteri Besar Pahang.

Konvensyen anjuran MPC ini yang dikenali sebagai APIC 2013 - ANUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION, adalah gabungan bersama program National ICC Convention (NICC), Quality Environment Convention (QE) and Productivity Conference (PC).
 
Bagi keputusan penuh, Konvensyen 5S/QE Peringkat Kebangsaan 2013 ini, adalah seperti berikut :
  • JOHAN KESELURUHAN:  Continental Automotives Components (M) Sdn Bhd
  • JOHAN SEKTOR AWAM (PERSEKUTUAN): Jabatan Tenaga Manusia, Kem.Sumber Manusia.
  • JOHAN SEKTOR AWAM (NEGERI): Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • JOHAN SEKTOR BADAN BERKANUN (PERSEKUTUAN): Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
  • JOHAN SEKTOR BADAN BERKANUN (NEGERI): Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • JOHAN SEKTOR KATEGORI MNC/BESAR (PERKHIDMATAN): Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, TNB Janamanjung Sdn Bhd
  • JOHAN SEKTOR MNC/BESAR (PERKILANGAN): Continental Automotives Components (M) Sdn Bhd
 # Sumber : Facebook MPC
Sukses kepada semua yang berjaya dan kepada yang memasuki peringkat akhir kebangsaan ini juga adalah yang terbaik juga walaupun tidak mendapat Johan...Sukses selalu..
 
Berikut dikongsi beberapa gambar untuk tatapan bersama:
Suasana APIC 2013 @ Gambang, Kuantan
KBN Pagoh, Johor : sumber : http://www.ikbnpg.gov.my/
Johan Keseluruhan 5S/QE Kebangsaan 2013 : Continental Automotives Components
Suasana Bilik Pembentangan / Penilaian
Suasana Bilik Pembentangan / Penilaian
Penilaian- Juri
Wakil Peserta dari KV Temerloh, Pahang : Sumber https://www.facebook.com/noor.mala.98
 

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...