Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 14 November 2013

INOVASI : Mercy Malaysia dinobat pemenang AIPM 2013

Sumber : Utusan @ 14 Nov.2013

NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 kepada Ahmad Faizal Mohd. Perdaus (dua, kanan) di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ali Hamsa (kanan) dan Setiausaha Kehormat Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan (tiga, kiri). - BERNAMA
PUTRAJAYA 13 Nov. - Mercy Malaysia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2013 atas pengiktirafan terhadap sumbangan organisasi itu khususnya bantuan perubatan dan kemanusiaan yang dijalankan di lebih 19 negara.

Menerusi pengiktirafan itu, Mercy Malaysia menerima wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pemilihan dan pencalonan AIPM dilakukan jawatankuasa pemilihan yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan serta individu terkemuka dalam sektor swasta, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain Mercy Malaysia, finalis lain termasuk Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

Turut disenarai sebagai finalis adalah kerjasama strategik Kementerian Kewangan; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam menjayakan projek Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan pemenang AIPM tahun lalu dan pemenang tahun-tahun sebelumnya adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kerjasama strategik dua pasukan itu.

Ali berkata, pemenang dipilih berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, keberkesanan, signifikan dan relevan.

"Selain itu, kriteria dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu kreativiti dan keunikan, kepantasan penyampaian, tahap keberkesanan dan kelestarian perubahan turut dinilai," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada Mercy Malaysia sekali gus membantu organisasi itu menjalani pelbagai projek dan memenangi AIPM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...