Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 22 September 2011

JEMPUTAN KONVENSYEN 5S/QE KEBANGSAAN (MPC) 2011

Mari mari mari.. ke Konvensyen 5S/QE (Persekitaran Berkualiti) Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran MPC. Seminar kali ini yang bertemakan Productivity in the era of Innovation digabung sekali dengan 3 aktiviti iaitu National ICC Convention, National QE Convention dan Productivity Conference. Acara akan dianjurkan pada 19 dan 20 Oktober 2011 di Sunway Pyramid Convention Centre, Selangor.

Bagi yang berminat ke Konvensyen QE Kebangsaan ini bolehlah menghubungi pihak urus setia program iaitu En.Omar Othman (03-7951 2448) atau Pn.Ati Djam (03-7951 2408). Cuma kalau nak pergi konvesyen ini ada bayarannya... Nak tahu kos pakej bayaran, hubungi lah pegawai berkenaan... Ok Sukses Selalu....

Selanjutnya...

Selasa, 20 September 2011

5S - Amalan 5S @ JPS Ampang

Pada 14 September 2011 yang lalu, KyRe@TiF ada mengunjungi Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) Cawangan Ampang, Selangor atas urusan kerja. Dan amat membanggakan, agensi ini telah melaksanakan amalan 5S dan konsep 'sentiasa amal' diterapkan sekali. JPS telah memperolehi pensijilan 5S/QE MPC sejak setahun yang lalu. Berikut mari kita kongsi bersama antara gambar-gambar yang sempat di'curi' bagi perkongsian kita bersama..
Antara Sudut 5S @ JPS
Contoh : Label P.I.C
Label 'Kebersihan' yang terbesar
Label-label pada Tong Sampah
Antara pelaksanaan / label 5S yang diterapkan
Semoga JPS akan terus mengekalkan dan kaizen dalam pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti ini dengan lebih baik dan menjadi contoh agensi lain. Syabas dan Sukses Selalu JPS!!




Selanjutnya...

Jumaat, 16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat menyambut Hari Malaysia dan yang paling best Selamat Bercuti, Selamat Ber'Open House'..hi2 (maklumle bulan raya lagi...).. Semoga Negara Kita Aman Sejahtera, Kedaulatan Terpelihara, Rakyat Berjaya..



Selanjutnya...

Ahad, 11 September 2011

5S - Lawatan 5S Jabatan Perkhidmatan Verterina (DVS)

Pada 8 September 2011 yang lalu, satu lawatan ringkas oleh sebahagian pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah dilaksanakan. Lawatan yang diketuai oleh Dr.Wan Kamil ini diberi penerangan dan lawatan ringkas berkenaan amalan pelaksanaan 5S/QE di agensi berkenaan. Semoga DVS mendapat munafaat dan idea dari lawatan yang ringkas ini dalam merealisasikan amalan 5S di tempat mereka. Berikut antara gambar yang sempat dirakam. Sukses selalu.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...