Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada
tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi
Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan
Pengiktirafan). Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem
Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti
Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah
selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam
ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of
Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa
agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan
MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah
memperolehi pensijilan ini
Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini,
dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun
: Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal
5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan, dengan menggunakan kriteria yang ditambah
baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi sektor awam
yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.
Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah
dilaksanakan, dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi
Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan
berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi
tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung
kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan
EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program
pengauditan dan pensijilan EKSA.
Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih
dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014
akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.
Tujuan Penjenamaan Semula
Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada
EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus
kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi,
mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.
Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
- Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
- Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
- Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
- Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru (lebih
terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta perlantikan ‘Champion EKSA' kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang terpilih.
Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan
dengan aliran seperti berikut :
- PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
- PENGAUDITAN – 1 @ 2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung kepada lokasi dan bilangan zon
- PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi pengauditan
- PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan (jika memenuhi syarat)
Semoga matlamat EKSA terus tercapai dan memudahkan lagi
pengiat amalan 5S dengan lebih berimej korporat, tidak membebankan dengan tugas
hakiki, melahirkan banyak idea krativiti dan inovasi serta memberi impak yang
besar dalam sektor awam. K'2014
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Sekyen Pengiktirafan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,62502 Putrajaya, Malaysia
Sekyen Pengiktirafan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,62502 Putrajaya, Malaysia
Slide Pengenalan EKSA boleh diperolehi di link berkenaan:
atau emel kepada ksukses5s@gmail.com
Sekian, semoga sukses selalu, sejahtera sentiasa...k'2014
6 ulasan:
Mohon Share..
Salam tuan moderator.
Saya salah seorang kakitangan awam yang juga terlibat dengan konsep 5S yang diamalkan oleh pejabat-pejabat kerjaan.
Setelah membaca semua rational penjenamaan semula konsep 5S, saya tidak nampak sedikit pun akan keperluan penjenamaan semula melainkan mengarahkan kepada pembaziran yang menjadi salah satu tujuan penjenamaan semula.
- Tidakkah konsep 5S tidak mampu mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti??
- Tidakkah konsep 5S gagal meningkatkan kecekapan dan juga kebersihan pengurusan organisasi??
- Tidakkah konsep 5S tidak mampu mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran?? semangat kekitaan, displin dsb???
Inilah hakikat yang harus kita terima sikap pentadbiran yang suka membuat keputusan melulu yang akhirnya membazirkan masa, tenaga dan juga sumber.
Penjenamaan semula ini adalah merupakan satu hiburan kepada ketua pentadbir yang tiada kerja melainkan mencari jalan untuk memuaskan nafsu individu tertentu.
Pendapat saya ialah konsep 5S tiada cacat cela walaupun ia berasal dari jepun kita kena terima hakikat, sebab ketua pentadbir kita tidak mampu mencipta konsep baru yang boleh menyaingi konsep 5S melainkan hanya mampu menciplak dan menamakan semula produk luar.
Salam Sukses, Tuan, terima kasih atas pandangan tuan. Memang diakui konsep 5S yang selama ini diterapkan adalah terbaik. Pandangan tuan ada benarnya. Cuma bagi pihak saya tidak boleh 'sokong' atau 'bantah' perancanaan Penjenamaan Semula 5S Sektor Awam ini..kepada EKSA. Mungkin ada sebab tertentu yang dibuat bergini..mungkin pihak MAMPU yang tahu jawapannya..
Salam Kpd MAMPU
Saya juga tidak nampak kelebihan EKSA dari AMALAN 5S yang telah berjaya dan diperbaiki olih pihak MPC.
Sebagai satu badan mengeluarkan Persijilan AMALAN 5S atau Persijilan EKSA adalah tidak mengikut syarat2 yang di keluarkan olih Standards Of Malaysia
Pada pandangan peribadi saya, EKSA adalah program 100% ciplak dari program AMALAN 5S untuk mendapatkan nama dan menggunakan kuasa olih pihak tertentu. Saya berasa amat kecewa dengan perlaksanaan EKSA yang tiada mempunyai identity dan integrity
Assalammu'alaikum w.b.t . Minta izin utk copy sbg slh satu laporan teknikal latihan industri saya.. In shaa Allah.. Syukran jazilan ats pkongsian..
Assalammu'alaikum w.b.t .. Saya minta izin utk copy mklumat di atas sbg slh satu laporan teknikal latihan industri saya.. In shaa Allah.. Syukran jazilan ats pkongsian..
Catat Ulasan